Drama Akulah Balqis TV3

Sinopsis Akulah Balqis Drama TV3 Slot Akasia | Akulah Balqis mengisahkan mengenai kanak-kanak bernama Balqis (Puteri Balqis), yang meneruskan kehidupan tanpa bimbingan kedua orang tua yang lalai dengan tanggungjawab untuk membesarkannya. Gadis seusianya mungkin sedang bermain-main dengan riang tanpa perlu mereka risau memikirkan bagaimana mereka perlu merancang perjalanan untuk meneruskan hidup.


Sinopsis Akulah Balqis Drama TV3 Slot Akasia, pelakon dan gambar drama Akulah Balqis TV3, Akulah Balqis episod akhir – episod 24
Akulah Balqis drama terbaru di slot Akasia TV3 yang menggantikan drama Hello Mr Perfect

 Berlainan dengan Balqis, dia perlu mengorbankan zaman kanak-kanaknya untuk mencorak kehidupannya sendiri, terumbang ambing tanpa bimbingan ibu bapa. Kedua ibu bapanya, Yamin (Aeril Zafril) dan Seri (Nabila Huda) sangat sibuk mencari pekerjaan selepas syarikat tempat bekerja Yamin jatuh muflis.

Seri juga mula bekerja untuk membantu Yamin dan mengabaikan Balqis. Balqis juga terpaksa berhenti sekolah kerana tiada siapa yang boleh menghantarnya ke sekolah. Kerana tertekan dengan desakan hidup, Yamin mula terbabit dengan dadah selepas mereka tinggal di rumah kawan baiknya, Zali (Kamal Kamarudin), seorang pemuzik di kelab malam.

Kerana ketagihan dadah, wang yang diperoleh Yamin dengan bekerja sambilan sering tidak mencukupi. Ketagihan Yamin akhirnya turut mempengaruhi Seri yang kemudiannya menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam Pusat Pemulihan Dadah menyebabkan Balqis hilang tempat bergantung.

Zali pula tidak sanggup untuk menjaga Balqis dan mahu menghantar Balqis ke rumah kebajikan masyarakat. Balqis melarikan diri dan hidupnya semakin melarat apabila terpaksa merempat di jalanan. Muncul pula Milda (Nadia Brian), seorang model terkenal yang sering kali bermimpi mengenai Balqis tanpa dia sendiri mengenali anak kecil itu.

Suatu hari, mimpi Milda menjadi nyata apabila dia telah melanggar Balqis sama seperti di dalam mimpinya. Kerana itu juga, Balqis dibawa pulang oleh Adi (Nazim Othman), suami kepada Milda yang kasihan dengan nasib Balqis.

Pada awalnya, Milda tidak menyenangi kehadiran Balqis dalam keluarga mereka. Berbeza dengan Adi yang menjaga Balqis seperti anaknya sendiri. Adi merasa senang dengan kehadiran Balqis dan mereka menjadi semakin akrab. Adi memang menginginkan zuriat sendiri tetapi tidak bagi Milda.

Setiap kali Milda dan Adi bertengkar, pasti Balqis akan mencari jalan supaya Adi dan Milda berbaik. Kerana itu juga, hati Milda semakin lembut dengan kebaikan Balqis dan mula menerima Balqis.

Sinopsis Akulah Balqis Drama TV3 Slot Akasia, pelakon dan gambar drama Akulah Balqis TV3, Akulah Balqis episod akhir – episod 24
Akulah Balqis drama TV3 Slot Akasia yang menyentuh hati penonton

Hinggalah suatu hari Yamin dan Seri muncul di depan pintu rumah Adi. Milda dan Adi tidak sanggup menyerahkan semula Balqis kepada ibu bapa kandungnya itu. Adi dan Milda takut kehilangan Balqis dan membuat keputusan untuk melarikan Balqis daripada ditemui oleh ibu bapa kandungnya itu.

Bagaimanakah kesudahan hidup Balqis? Berjayakah Yamin dan Seri menemui Balqis dan menebus kesalahan kerana membiarkan satu-satunya zuriat mereka hidup merana? Tonton segalanya dalam drama Akulah Balqis di kaca tv anda. 

Pelakon Drama Akulah Balqis TV3
Puteri Balqis sebagai Balqis
Nabila Huda sebagai Seri
Aeril Zafrel sebagai Yamin
Nazim Othman sebagai Adi
 Nadia Brian sebagai Milda
Kamal Kamarudin sebagai Zali 
 Puteri Aishah
Aziza Kazan

Gambar Drama Akulah Balqis TV3 
Sinopsis Akulah Balqis Drama TV3 Slot Akasia, pelakon dan gambar drama Akulah Balqis TV3, Akulah Balqis episod akhir – episod 24

Sinopsis Akulah Balqis Drama TV3 Slot Akasia, pelakon dan gambar drama Akulah Balqis TV3, Akulah Balqis episod akhir – episod 24

Tonton drama Akulah Balqis Slot Akasia
Tarikh drama Akulah Balqis mula disiarkan: 18 November 2015
Jumlah episod drama Akulah Balqis: 24 (episod akhir)
Akulah Balqis episod akhir - episod 24
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3


Info lanjut:

Biodata pelakon drama Akulah Balqis TV3:
Biodata Puteri Balqis – watak Balqis
Biodata Aeril Zafrel – watak Yamin (ayah Balqis)
Biodata Nabila Huda – watak Seri (ibu Balqis)
Biodata Nazim Othman – watak Adi (suami kepada Milda)

Biodata Nadia Brian  – watak Milda (isteri kepada Adi)
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

Tak minat sgt balqis ni...nampak over nau berlakon...suka yg biasa2 je..