Sinopsis Drama Alif Imani TV9

Sinopsis Drama Alif Imani TV9 Slot Ratu | Alif Imani mengisahkan Imani (Ummi Nazeera), gadis yang dibesarkan di rumah anak yatim mula mendapat sinar bahagia apabila dia diambil Suri / Mahsuri (Fasha Sandha) untuk menjadi sebahagian daripada keluarganya. Alif (Fezrul Khan) merupakan suami kepada Suri. Namun, kebahagiaan rumah tangganya dirundung duka apabila Suri disahkan menghidap penyakit jantung yang kronik.

Sinopsis Drama Alif Imani TV9 Slot Ratu, pelakon dan gambar drama Alif Imani TV9, Alif Imani episod akhir – episod 14
Tonton kisah cinta yang penuh pergolakan menerusi drama Alif Imani di TV9

Mengetahui hidupnya yang begitu singkat, Suri merencana untuk menjadikan Imani sebagai penggantinya kelak. Suri membuat rancangan untuk membuat perangkap antara Imani dan Alif. Tujuannya agar Imani dan Alif ditangkap basah dan akhirnya dikahwinkan. Rancangan Suri menjadi. Segalanya berjalan lancar seperti kemahuannya.

Selepas kes ditangkap basah, Suri menyuarakan hasrat hatinya untuk menjadikan Imani sebagai madunya, dan meminta agar Imani berkahwin dengan Alif. Alif dan Imani terkedu, terkejut dengan permintaan Suri. Alif menolak kerana dia tidak mahu melukakan Suri dan tidak cintakan Imani. Imani juga tidak mahu menikah dengan suami kakak angkat yang amat disayanginya itu.

Desakan demi desakan, akhirnya Imani beralah. Alif dan Imani disatukan sebagai suami isteri. Dua bulan selepas berkahwin, Imani begitu tertekan! Alif melayannya bagaikan sampah, menghinanya setiap kali balik ke rumah dan langsung tidak menyentuhnya. Alif menuduh Imani sengaja memerangkapnya kerana cemburu dengan Suri dan mahu mengikis hartanya.

Alif sengaja melakukan pelbagai perkara untuk menyakitkan hati Imani tetapi Imani tetap taat dan akur sehinggalah satu hari dia tekad untuk melarikan diri setelah permintaan untuk diceraikan Alif tidak ditunaikan.

Kebenaran akhirnya terbongkar, Suri menjelaskan kisah sebenar kes tangkap basah antara suaminya dan Imani. Alif terkejut, pada masa yang sama merasa bersalah terhadap Imani. Suri memberitahu dia sememangnya mahu Imani mengganti tempatnya untuk menjaga Zurin (Amanda Hariz), selepas ketiadaannya kelak.

Alif kesal dengan sikapnya yang kejam terhadap Imani yang ternyata tidak bersalah. Alif cuba untuk mencari Imani tetapi gagal menjejakinya. Setahun kemudian, Suri meninggal dunia. Alif hidup dalam menderita. Menderita atas pemergian isteri tercintanya, Suri. Menderita kerana tidak dapat menemui isetrinya, Imani. 3 tahun usaha Alif mencari Imani namun kesemuanya menemui kegagalan.

Imani telahpun menamatkan pengajiannya. Dia ditawarkan untuk berkerja di sebuah butik milik Dato’ Rohani (Raja Ema). Perwatakan Imani yang sentiasa tenang telah mencuri hati Rafiq (Amar Baharin) anak kepada Dato’ Rohani. Rafiq telah beberapa kali melamar Imani tetapi Imani memberi alasan yang dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki.

Bukan dia tidak terpikat dengan ketampanan dan kebaikan Rafiq, cuma hatinya masih terikat dengan Alif kerana dia masih isteri Alif. Adakah Iman perlu mengorbankan rasa cintanya terhadap Rafiq sekali lagi dek kerana kisah silamnya bersama Alif? Berjayakah Alif menambat semula hati Imani? Siapakah pilihan Imani? Alif ataupun Rafiq?? Saksikan segalanya menerusi drama Alif Imani di kaca tv anda.

Pelakon Drama Alif Imani TV9
Fezrul Khan - Alif
Ummi Nazeera - Imani
Shakilla Khoriri - Nadia
Fasha Sandha - Mahsuri
Amanda Hariz - Zurin
Amar Baharin - Rafiq
Raja Ema - Dato Rohani 
Aripah Damanhuri - Saleha
Fazlina Ahmad Daud - Faridah
Afique Hussain - Razak
Faiez Affandi - Faris
Adik Amanda Hariz - Zurin
 Emma Akma - Rosnah
 Aripah Damanhuri - Saleha
 Rashid Jaafar - Pak long
Sasqia Dahuri - Intan

Gambar Drama Alif Imani TV9 
Sinopsis Drama Alif Imani TV9 Slot Ratu, pelakon dan gambar drama Alif Imani TV9, Alif Imani episod akhir – episod 14
Drama Alif Imani TV9 lakonan Fasha Sandha, Fezrul Khan, Ummi Nazeera dan Amar Baharin

Tonton Alif Imani Slot Ratu TV9
Jumlah episod drama Alif Imani: 14 (episod akhir)
Tarikh drama Alif Imani mula disiarkan: 13 November 2015
Hari: Jumaat
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

2 comments

Cerita ni buat saye nak jugak tengok episod seterusnya... Huhuhu