Sinopsis Drama Stella TV9

Sinopsis Drama Stella TV9 Slot Aurora | Stella mengisahkan sebuah kereta sport berwarna merah yang mempunyai perasaan dan hidup seperti manusia. Stella telah lama ditinggalkan di garaj dan ianya dimiliki oleh Tok Rejab / Ismail (Hilal Azman).

Sinopsis Drama Stella TV9 Slot Aurora, pelakon dan gambar drama Stella TV9, download OST lagu tema drama Stella TV9, biodata pelakon Stella TV9, biodata bil azali, biodata ezzaty Abdullah, biodata redza rosli, biodata azira shafinaz
Drama Stella TV9 dibintangi oleh Bil Azali, Ezzaty Abdullah, Redza Rosli dan Azira Shafinaz

Bella / Reena (Ezatty Abdullah) adalah cucu kepada Tok Rejab. Bella seorang yang berperwatakan tomboy, kelam-kabut dan hidupnya berkisarkan lumba kereta. Hobi Bella tidak disokong oleh Tok Rejab kerana bimbang keselamatan cucunya. Namun, Bella berkeras hati akan tetap meneruskan hobinya. Malah dia juga bercita-cita ingin memenangi piala emas dalam perlumbaan kereta.

Bella mengubah suai keretanya dan menghantar keretanya ke bengkel milik Man Tocang (Cico Harahap). Dia berharapan prestasi keretanya selepas diubahsuai akan menjadi lebih laju semasa perlumbaan kelak. Man Tocang merupakan salah seorang pesaing Bella dalam lumba kereta.

Di bengkel, Bella terserempak dengan Roy (Redza Rosli). Roy seorang lelaki yang cool dan berlagak seperti jejaka kacak di Malaysia. Bella menyapa Roy, kemesraan antara Bella dan Roy telah menyebabkan kekasih Roy cemburu. Tasha (Azira Shafinaz) bergaduh besar dengan Bella.

Semasa ingin mengambil keretanya, Bella kecoh bila mendapati kereta yang dihantarnya ke bengkel telah hilang! Bella cuba menyiasat namun menemui kegagalan bila Man Tocang menyatakan dirinya juga tidak tahu akan kehilangan kereta tersebut.

Ally (Bil Azali) mencari rezeki dengan apa jua kelebihan diri yang dimiliki. Ally seorang jurujual langsung menjual produknya tandas bergerak kepada sesiapa sahaja. Namun tiada seorang pelanggan pun yang membelinya. Ally tidak berputus asa, dia meningkatkan usaha jualannya sehingga dihalau oleh pak guard syarikat.

Memandangkan jualannya tiada pelanggan, Ally tidak mempunyai wang simpanan. Keretanya ditarik balik, malah dia juga diberi amaran agar segera membayar sewa rumah sebelum ditendang keluar. Sani (Ashraf Zain) adalah sahabat dan teman serumah Ally. Dengan Sanilah tempat Ally menumpang hidup.

Bella begitu kecewa dengan kehilangan keretanya. Dengan itu, terkuburlah impiannya ingin memiliki piala emas. Tiba-tiba, Bella mendapat satu idea! Ya, kereta atuknya, kereta yang berwarna merah yang bernama Stella, yang tersimpan lama di garaj. Bella segera mencari kunci kereta tersebut.

Bella membawa Stella ke litar lumba. Stella memberikan prestasi cemerlang. Mengalahkan kereta lawan. Bella dinobatkan pemenang. Bella begitu bangga dengan kereta atuknya. Stella sekali lagi dihantar ke bengkel. Kali ini, Ally yang bertanggungjawab membaiki Stella.

Semasa dalam proses membaik pulih, Ally terkejut dengan tindak balas kereta merah itu. Hampir sahaja Ally hilang akal dibuatnya. Mana taknya, kereta yang tak bernyawa itu tiba-tiba hidup! Bertindak balas pada reaksi Ally. Bermulalah perkenalan Ally dengan kereta merah yang sungguh istimewa sifatnya itu yang bernama Stella. Saksikan segalanya menerusi drama Stella di kaca tv anda.

Pelakon Drama Stella TV9
Bil Azali - Ally
 Ezatty Abdullah – Bella / Reena
Ashraf Zain – Sani
Hilal Azman – Ismail / Tok Rejab
Azira Shafinaz - Tasha
 Redza Rosli – Roy
Fendi Amat – Don
Haf Dzi Sofi – Juan
Cico Harahap – Man Tocang
Bob Singah – Big Boss
Shahriza Mahmud – Kak Cleaner
Haszin Hassan – Lucy
Gobbinath Batumalai - Kenji

Gambar Drama Stella TV9 
Sinopsis Drama Stella TV9 Slot Aurora, pelakon dan gambar drama Stella TV9, download OST lagu tema drama Stella TV9, biodata pelakon Stella TV9, biodata bil azali, biodata ezzaty Abdullah, biodata redza rosli, biodata azira shafinaz
Drama Stella kini bersiaran di TV9. Jangan lupa menonton tau..

Tonton Stella Slot Aurora TV9
Tarikh drama Stella mula disiarkan: 12 November 2015
Hari: Khamis
Jam: 8.30 malam
Saluran: TV9

Info lanjut:

Biodata pelakon drama Stella TV9:
 Biodata Bil Azali – watak Ally
Biodata Ezzaty Abdullah – watak Bella / Reena
Biodata Azira Shafinaz – watak Tasha
Biodata Redza Rosli – watak Roy
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓