Sinopsis Novel M.A.I.D Karya Suri Ryana

Sinopsis Novel M.A.I.D Karya Suri Ryana

MAID mengisahkan seorang gadis bernama Noorul bekerja sebagai pembantu rumah di rumah majikannya Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, bos besar tempat Noorul bekerja. Harris, jejaka kacak, kaya dan berkerjaya namun sikapnya yang cerewet sering membuatkan Noorul rasa sakit hati. Dan kerana itu juga Noorul menggelarnya Mr. F (fussy) si cerewet tahap gaban!

Sikit sahaja tersilap, Noorul akan dimarahi majikannya. Tengkingan dan jelingan tajam Mr. F membuatkan jantung Noorul hampir sahaja gugur! Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak.

Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?

Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya. Nak tahu kisah selanjutnya? Dapatkan novel M.A.I.D karya Suri Ryana terbitan Kaki Novel di pasaran!

Gambar Novel M.A.I.D

Sinopsis novel M.A.I.D karya Suri Ryana, review novel M.A.I.D penulis Suri Ryana, kisah orang gaji MAID bercinta dengan majikan, gambar novel M.A.I.D, drama TV3 adaptasi novel M.A.I.D, pelakon drama MAID TV3, Zul Ariffin – Harris, Mr F, fussy, Ayda Jebat - Noorul
Harga novel M.A.I.D - Semenanjung (RM26), Sabah / Sarawak (RM29)

Petikan Menerusi Novel M.A.I.D
Dear Mr. F,
"Aku tahu aku jatuh cinta pabila tengkinganmu kedengaran merdu di telinga, jelinganmu yang tajam bak keris Taming Sari itu bisa buat aku terpesona dan perangai cerewetmu membuatkanku ingin ketawa! Memang kedengaran sedikit gila, tetapi aku benar-benar cinta!" **Noorul – novel M.A.I.D**

Drama adaptasi novel Maid bakal disiarkan di TV3. Kebanyakan karya Suri Ryana sering dijadikan drama tv oleh pengarah. Untung laaa.. Karya hebat! Menerusi drama MAID TV3, watak Harris akan dilakonkan oleh Zul Ariffin manakala watak Noorul pula dibawa oleh Ayda Jebat. Tak sabar nak tunggu drama MAID disiarkan kat kaca tv.

Sinopsis novel M.A.I.D karya Suri Ryana, review novel M.A.I.D penulis Suri Ryana, kisah orang gaji MAID bercinta dengan majikan, gambar novel M.A.I.D, drama TV3 adaptasi novel M.A.I.D, pelakon drama MAID TV3, Zul Ariffin – Harris, Mr F, fussy, Ayda Jebat - Noorul
Zul Ariffin pelakon utama drama Maid

1 comments so far

mcm best cita tok.. hehe..


EmoticonEmoticon