Nahas Duke: Lepas Geram Rosakkan Kereta Myvi Lain

Orang ni yang buat hal, orang lain yang jadi sasaran. Entah apa-apa la orang macam ni. Sanggup merosakkan kereta Myvi milik orang lain. Ingat murah nak baik pulih kereta tu. Padahal orang tu tak ada kaitan pun dengan kemalangan di Lebuhraya Duke.

Sejak insiden nahas Duke, ada segilintir pihak yang tak bertanggungjawab melampiaskan kemarahannya pada pengguna kereta Myvi lain. Patut ke tak patut buat macam tu? Adoyai..di mana nilai-nilai murni yang kita belajar kat sekolah? Singkat betul pemikiran mereka. Bertindak mengikut nafsu amarah.

Nahas duke lepas geram rosakkan kereta myvi lain, marah dengan kemalangan lebuhraya duke, kereta myvi kena simbah asid, cermin bampar myvi dipecahkan, kereta myvi tolak masuk longkang, kelab kereta Myvi, orang ramai marah Familia Myvi Club (FMC), ahli FMC punca kematian nahas duke
Kereta Myvi menjadi sasaran pihak yang marah dengan nahas Duke

Nahas Duke: Lepas Geram Rosakkan Kereta Myvi Lain

Contoh yang terbaru ni, sebanyak 30 buah kereta Myvi disabotaj oleh pihak yang marah dengan kemalangan nahas Duke. Kerosakan yang dilakukan terhadap kereta Myvi tersebut meliputi disimbah dengan asid, dipecahkan cermin serta bampar, malah kereta ditolak ke dalam longkang. Haih…kerja siapa la yang bangang macam ni. Macam tak ada kerja lain. Kereta orang tuuu!
Nahas duke lepas geram rosakkan kereta myvi lain, marah dengan kemalangan lebuhraya duke, kereta myvi kena simbah asid, cermin bampar myvi dipecahkan, kereta myvi tolak masuk longkang, kelab kereta Myvi, orang ramai marah Familia Myvi Club (FMC), ahli FMC punca kematian nahas duke
Nahas Duke yang membabitkan lumba kereta Myvi pada 2 Mei yang lalu
Dek peristiwa itu, mangsa juga selaku wakil Gabungan Myvi 1Malaysia (GM1M) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi selepas kereta mereka dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab gara-gara marah dengan kejadian nahas Duke.

Kelab Myvi GM1M tidak ada kaitan dengan Familia Myvi Club (FMC)

GM1M turut membuat laporan polis untuk memaklumkan masyarakat bahawa kelab pemilik kereta Perodua Myvi diwujudkan bukan untuk berlumba, sebaliknya bagi menjalankan aktiviti bermanfaat untuk kira-kira 830,000 pemilik Myvi di seluruh negara yang berminat. Familia Myvi Club (FMC) yang dikaitkan dengan kejadian itu bagaimanapun bukan ahli GM1M.

Baca lagi sekali. Kereta yang korang rosakkan tu tak ada kena mengena dengan kelab FMC. Kesian mereka yang jadi mangsa keadaan. Berubahlah korang semua yang dah bertindak melampau tu.

Siasatan Kes Nahas Duke

Kes nahas Duke biarlah pihak polis menjalankan siasatan dan kita tunggu keputusan dari mahkamah. Jangan sesuka hati nak tegakkan keadilan dengan cara yang salah. Kita siapa nak berbuat sebegitu dengan orang lain. Ingatlah, walaupun korang terlepas dari tangkapan membuat kerosakan pada kereta Myvi lain, amalan kejahatan korang tercatat oleh pihak di atas sana. Berubahlah..
 
Ambil iktibar nahas Duke menjadi pemandu berhemah, bersopan santun di jalan raya, hormat pengguna jalan raya yang lain. Pandu cermat jiwa selamat! Ada paham???
Gambar nahas Duke


Al-fatihah buat 3 sekeluarga mangsa nahas Duke.. Kemalangan lebuhraya di Duke:

9 comments

tak paham PG kenapa orang lain yang menjadi mangsa keadaan. betul yumida kata, ingat murah ke nak baiki kereta ! T_T

adoi betul2 menyusahkan

dah la kena byr bulan²...
org sabotaj lagi...
nak baik pulih lagi...ish...kesian kat dieorg yg x bersalah tuh...

tu kerja budak budak setan. rosakkan kereta untuk seronok seronok je. kes kemalangan duke jadi alasan untuk menghalalkan kegilaan diorang je

http://kucenmaster.blogspot.com/

Yg langgar org lan, orang lain pula kena. Pelik sifat manusia begini.

ZH Blogger

assalam. jum join GA
tomodachilavendra.blogspot.com/2015/05/simple-rm100-giveaway-byijeni.html

jahatnya.. kesian pemilik kereta myvi yg lain.

kesian pada mereka yang tak de kena mengena..awat tak pi buat hal kat depan produa nun..kalau berani sangat la..


EmoticonEmoticon