Sinopsis Drama Kata Hati Widuri TV1

Sinopsis Drama Kata Hati Widuri TV1

Kata Hati mengisahkan seorang gadis bernama Rina (Raja Ilya) yang berperwatakan kasar dan cerewet dalam segala hal. Ujian menimpa hidup Rina bila suatu hari Rina telah mendapat kemalangan semasa memanjat gunung. Doktor mengesahkan mata Rina harus dibalut untuk tempoh 2 bulan. Ini bermakna selama 2 bulan itu, Rina tidak dapat melihat apa-apa. Kehidupannya seperti orang buta.

Rina begitu tertekan dengan nasib yang menimpa dirinya. Di sebalik tragedi yang menimpa diri Rina, seorang jejaka kacak bernama Omar (Josiah Hogan) tercari-cari kelibat Rina di kawasan pendakian gunung. Namun, Rina tidak kunjung tiba. Selama ini, dia asyik terserempak dengan kehadiran Rina. Hingga membuatkan dirinya jatuh cinta pandang pertama terhadap Rina.

Ayah dan ibu Rina membuat keputusan untuk mencari orang gaji menjaga Rina. Namun, perkara itu tidak disukai oleh Rina. Rina lebih suka ibunya yang menguruskan keadaan dirinya. Namun, memandangkan ibunya sibuk, ibu Rina tetap mencarikannya orang gaji.

Rina dengan kasar melayan orang gaji hingga akhirnya mereka tidak sanggup bertahan selama 2 hari menjaga Rina. Kedua-dua pembantu rumah berhenti kerja. Ibu dan ayah Rina risau melihat tiada siapa yang menguruskan Rina.

Tiba-tiba mereka mendapat idea! Mengupah seorang lelaki untuk menjaga anaknya. Mereka berharapan, dengan adanya pembantu Rina nanti, ia memudahkan proses penyembuhan mata Rina.

Rina begitu terkejut bila dimaklumkan bahawa penjaga barunya adalah seorang lelaki. Seperti pembantu rumah yang lain, Rina dengan kepala batu sering mengherdik penjaganya. Namun, Omar tetap bersabar dengan kerenah Rina. Baginya, impiannya untuk melihat Rina kesampaian, orang yang dicintainya.

Ketika mata Rina hampir sembuh, Omar memutuskan untuk menghilangkan diri. Ibu bapa Rina begitu tersentuh dengan keikhlasan Omar menjaga anak mereka, lalu mereka memutuskan untuk menjodohkan Rina dengan Omar.

Maria bagitu akrab bersama Omar, bagi Maria Omar terlalu istimewa di hatinya. Namun, Maria hanya bertepuk sebelah tangan. Omar hanya menganggap dirinya hanya sahabat biasa. Dek kerana itu, Maria berusaha memutuskan hubungan Omar dan Rina.

Cemburu melihat kemesraan Maria bersama Omar, Rina memutuskan untuk membalas dendam perbuatan mereka. Rina berpakat bersama Zek (Norman Hakim) untuk membuatkan Omar cemburu.

Bagaimanakah hubungan Rina dan Omar kelak? Adakah mereka akan bersatu? Berjayakah Zek memainkan peranannya? Adakah Maria akan melepaskan Omar semudah itu? Saksikan segalanya menerusi drama Widuri TV1, KATA HATI menerusi kaca tv anda.

Gambar Drama Kata Hati Widuri TV1  

Sinopsis drama Kata Hati Widuri TV1, review drama Kata Hati TV1, pelakon dan gambar drama Kata Hati TV1

Drama Kata Hati widuri TV1 merupakan drama terbaru yang menggantikan drama Terlanjur Mencintaimu. Nak tahu apa penghujung kisah drama tersebut? Jom baca: Terlanjur Mencintaimu Episod Akhir. Apa pulak penghujung drama Kata Hati ni? Haaa, sama-sama kita tengok sampai episod akhir kelak.

Sinopsis drama Kata Hati Widuri TV1, review drama Kata Hati TV1, pelakon dan gambar drama Kata Hati TV1
Saksikan drama Widuri Kata Hati
Jumlah episod Kata Hati: 13
Tarikh drama Kata Hati mula disiarkan: 25 April 2015
Hari: Sabtu - Ahad
Sam: 7.05 malam – 8.00 malam
Saluran: TV1

1 comments so far

wah,macam menarik je ceritanya ni.


EmoticonEmoticon