Sinopsis Drama Bukan Isteri Sempurna TV3

Sinopsis Drama Bukan Isteri Sempurna TV3 Slot Samarinda

Bukan Isteri Sempurna mengisahkan wanita bernama Nina (Atikah Suhaime) mempunyai sejarah hitam dalam hidupnya. Nina berusaha menjaga nama baik keluarga suaminya. Daniel Arman (Dazrin Kamarudinsuami kepada Nina, juga adik kepada kembarnya Danish Arham. Nina dan Daniel Arman berkahwin dalam situasi yang tak terduga.

Ianya bermula apabila Nina telah diperkosa oleh Danish Arham. Abang kembar kepada Daniel Arman. Danish tidak mahu bertanggungjawab lantas melarikan diri. Nani yang menjadi mangsa rogol buntu dan begitu tertekan dengan nasib yang menimpa dirinya. Ibu Nani datang berjumpa ayah Danish agar anaknya itu bertanggungjawab atas apa yang dilakukan. Datuk Zainuddin, orang kaya besar mencemuh perbuatan Nani, baginya Nani lah yang bersalah.

Berlainan pula dengan isterinya, Datin Rogayah. Mengetahui perangai sebenar Danish, datin meminta anak bongsunya iaitu Daniel agar berkahwin dengan Nina. Pada awalnya, Daniel engga, namun pujukan demi pujukan, Daniel beralah demi ibu yang dikasihinya. Daniel menjadi pak sanggup akibat perbuatan abangnya. Nina dan Daniel dinikahkan.

Lima tahun berlalu. Nina bertemu semula dengan Daniel Arman apabila syarikat tempat dia bekerja bergabung dengan syarikat Daniel Arman dan dia tidak dapat mengelak apabila jawatannya bertukar daripada menjadi setiausaha Zachary kepada PA Daniel Arman.

Namun begitu, Daniel Arman tidak pernah membenci Nina. Nina pula tidak pernah mengharapkan cinta Daniel Arman kerana dia sedar hakikat dirinya yang tidak sesempurna wanita lain. Tambahan pula Azzura sering bersama dengan Daniel Arman. Dan Zachary, rakan kongsi Daniel Arman yang tidak putus-putus mengharapkan cinta Nina.

Ketenteraman hidup Nina berkocak apabila Danish Arham kembali dan inginkan Nina sebagai haknya. Danish Arham melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan Nina kembali namun bagi Daniel Arman, Nina telah menjadi isterinya dan dia bertanggungjawab ke atas wanita itu walaupun tidak pernah wujud hubungan suami isteri yang sebenar antara mereka.

Daniel Arman: “Selagi you masih isteri I, selagi itulah you menjadi tanggungjawab I. Dan I nak you tahu I buat semua ni bukan sebab I nak you kembali pada I tapi I tak nak you pergi goda lelaki lain. I pun akan terpalit dosa kalau you buat tak senonoh di luar.”
Danish Arham : “Daniel Arman tak mampu nak jaga you.”

Nina : “Jangan ingat lepas semua yang berlaku, saya akan terima Encik Danish dalam hidup saya. Biarpun Daniel Arman buang saya, tapi saya tak kan terima Encik Danish jadi suami!. Lelaki macam Encik Danish tak layak jadi suami sesiapa pun!”

Nina sering merasa dirinya bukan isteri terbaik buat suaminya. Namun, jauh di sudut hati, ada perasaan aneh terhadap lelaki itu. Walaupun, Bukan Isteri Sempurna Nina berusaha melupakan sejarah silamnya di samping menyemai rasa kasih dan sayang terhadap suaminya, Daniel Arman. Saksikan segalanya dalam drama Samarinda berjudul Bukan Isteri Sempurna di TV3.

Gambar Drama Bukan Isteri Sempurna TV3

Sinopsis Bukan Isteri Sempurna TV3, sinopsis drama Bukan Isteri Sempurna TV3 Slot Samarinda, review novel Bukan Isteri Sempurna, gambar drama Bukan Isteri Sempurna TV3, gambar novel Bukan Isteri Sempurna, penulis novel Tulip Ungu

Gambar Novel Bukan Isteri Sempurna TV3

 Sinopsis Bukan Isteri Sempurna TV3, sinopsis drama Bukan Isteri Sempurna TV3 Slot Samarinda, review novel Bukan Isteri Sempurna, gambar drama Bukan Isteri Sempurna TV3, gambar novel Bukan Isteri Sempurna, penulis novel Tulip Ungu
Harga novel Bukan Isteri Sempurna RM21
Penulis novel: Tulip Ungu

Drama Bukan Isteri Sempurna merupakan drama terbaru di Slot Samarinda yang akan menggantikan drama BencintaBukan Isteri Sempurna diadaptasi dari penulis novel karya Tulip Ungu, terbitan Kaki Novel.

Saksikan drama Bukan Isteri Sempurna Slot Samarinda
Tarikh drama Bukan Isteri Sempurna mula ditayangkan: 5 Mei 2015
Hari: Selasa - Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon