Sinopsis Drama Iman Nabila TV3

Sinopsis Drama Iman Nabila TV3

Iman Nabila mengisahkan pertukaran cucu akibat memenuhi tuntutan besannya. Salimah (Kuza) begitu tertekan apabila bapa mertuanya, Tuan Arshad (Mahmud Ali Bashah) mengugut untuk menikahi anak lelakinya, Haris (Wan Shades) dengan wanita lain jika menantunya itu melahirkan lagi anak perempuan. Tuan Arshad begitu kepingin cucu lelaki. Tindakannya yang tegas dan garang menyebabkan Salimah buntu.

Salimah meluahkan masalah kepada ibunya, Mardiah (Aida Khalida). Mendengar berita itu, Mardiah berasa sangat geram dan sakit hati dengan permintaan besannya itu. Salimah telah melahirkan anak di hospital, tetapi ternyata cucunya itu adalah bayi perempuan. Mengingatkan ugutan besannya itu, Mardiah nekad mencari seorang bayi lelaki sebagai pertukaran cucunya.

Nabila (El Faeza) diserahkan kepada Halimah (Fazlina), saudaranya di kampung yang menjaga Nabila hanya kerana wang semata-mata. Haris memarahi Salimah yang melahirkan anak lelaki kerana ini bermakna anaknya yang akan mewarisi harta bapanya, bukan dia.

Kemahuan Iman (Shahz Jaszle) sering dipenuhi oleh neneknya, Tuan Arshad. Apa sahaja yang Iman minta semua akan dituruti. Ini menyebabkan Iman semakin besar kepala. Bukan sahaja itu, Iman membesar dengan menjadi remaja yang bermasalah. Kakak Iman, Yasmin (Siti Elizad Sharifuddin) sering merasa terpinggir kerana Tuan Arshad sering melebihkan Iman dari dirinya.

Nabila seorang gadis yang berdikari. Jarang sekali diberi wang perbelanjaan oleh Halimah. Mujur Nabila seorang yang tabah, rajin dan bijak sehingga berjaya menamatkan pengajian di universiti dengan cemerlang.

Tuan Arshad berkira ingin menyerahkan syarikat kepada siapa yang lebih menunjukkan potensi. Ini termasuklah Haris, Yasmin dan Iman. Mardiah merancang memperkenalkan Nabila sebagai orang gaji di rumah agam Nabila sendiri iaitu cucu sebenar Tuan Arshad.

Apakah reaksi Tuan Arshad bila mengetahui Nabila adalah cucu sebenarnya? Apa pula reaksi Iman bila dimaklumkan dia hanya cucu angkat semata-mata? Adakah Tuan Arshad akan berubah? Saksikan segalanya dalam drama TV3 Iman Nabila.

Pelakon Utama Iman Nabila TV3

Shahz Jaszle - Iman
El Faeza Ul Haq - Nabila
Siti Elizad Sharifuddin - Yasmin
Mahmud Ali Bashah – Tuan Arshad
Wan Shades - Haris
Fazlina Ahmad Daud - Halimah
 Kuza – Salimah
Aida Khalida - Mardiah

Gambar Drama Iman Nabila TV3 

Sinopsis Drama Iman Nabila TV3 slot Azalea, review drama Iman Nabila, gambar dan pelakon drama Iman Nabila TV3, OST lagu tema drama Iman Nabila TV3

Drama Iman Nabila pernah dimainkan sebelum ini sekitar tahun 2013. Kini ia ditayangkan semula. Selamat menonton di kaca tv anda.


Layan drama Iman Nabila di TV3:


Saksikan drama Iman Nabila Slot Azalea
Jumlah episod Iman Nabila: 16
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 4.00 – 5.00 petang
Saluran: TV3

3 comments

ya betul dah ada sebelum nih drama nih..

Drama kat tv3 especially slot azalea suka ulang tayang. Tu la macam pernah tengok je kan drama iman nabila ni kat tv3

Citer ulangan kan ...nampak cam best


EmoticonEmoticon