Tabir Zulaikha Episod Akhir

Episod Akhir Drama TV3 Samarinda Tabir Zulaikha
Mengetahui segala harta diwasiatkan kepada Zulaikha (Tasha Shilla), Feroz (Aidil Aziz) bertambah berang! Feroz merencana ingin melenyapkan Zulaikha. Namun, niat jahat Feroz sering terhalang oleh Adami (Aiman Hakim Ridza).

Adami dan Feroz kedua-duanya pernah mencintai Zulaikha. Mengetahui dirinya hanya berstatus anak angkat, Adami hanya menyembunyikan perasaannya terhadap Zulaikha. Feroz pula secara terang-terangan memaksa Zulaikha untuk menerima dirinya. Cinta Zulaikha dan Adami tidak kesampaian, apabila wasiat ibu angkatnya, ibu kepada Feroz meminta agar berkahwin dengan Datuk Aziz (Datuk Jalaluddin Hassan) ayah kepada Feroz.

Kerana terhutang budi, juga telah banyak membelanjakan wang untuk pelajarannya, Zulaikha akur pada wasiat Datin Wan Rozita (Emma Akma). Situasi ini menambah kebencian di hati Feroz. Melihat wanita yang dicintainya berkahwin dengan ayahnya.

Selepas ayah Feroz meninggal dunia, Feroz mendapati kesemua harta diwasiatkan atas nama Zulaikha. Kerana itu timbul berbagai rancangan ingin menjahanamkan hidup Zulaikha. Mujur, Adami sering ada menghulurkan bantuan.

Feroz membunuh Azizah (Watie Sadali) kerana mempermainkannya. Puas hati Feroz melihat darah memancut keluar dari perut Azizah. Kini, Feroz menjadi buruan polis. Sungguhpun begitu, ia tidak pernah menghalang dirinya untuk memeras ugut Zulaikha.

Feroz menggertak Zulaikha dengan mengatakan anaknya telah diculik! Zulaikha cemas bila mengetahui berita itu. Dia segera bergegas berjumpa Feroz. Rupa-rupanya Feroz hanya memerangkap Zulaikha. Feroz mengikat Zulaikha pada sebatang pokok. Adami datang memberi bantuan, namun belum pun sempat apa-apa, Feroz telah merodok sebilah pisau diperutnya. Adami cedera parah.

Selepas Feroz ditangkap pihak polis, Zulaikha datang ke rumah keluarga Adami. Lalu mengucapkan berbanyak terima kasih atas segala pertolongan dari Adami. Siapa sangka, dek peristiwa itu, Zulaikha akhirnya menerima Adami sebagai teman hidupnya. Mereka akhirnya berkahwin. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Tabir Zulaikha episod akhir
Ain Zulaikha - Tasha Shilla
Zamrin - Ramli Salleh
Musalmah - Mak Wan
Datuk Aziz - Dato’ Jalaluddin Hassan
Datin Wan Rozita - Emma Akma
Feroz - Aidil Aziz
Adami Akhil - Aiman Hakim Ridza
Ammar - Shah Jaszle

Gambar Drama Tabir Zulaikha
 Tabir Zulaikha episod akhir, sinopsis episod terakhir Tabir Zulaikha, gambar, pelakon, pengajaran drama Tabir Zulaikha episod akhir, last episode, ending Tabir Zulaikha, episod kemuncak, drama Samarinda TV3 Tabir Zulaikha tamat

Pengajaran drama episod akhir Tabir Zulaikha
1. Berfikir terlebih dahulu sebelum bertindak, jangan bertindak melulu kerana akibatnya nanti akan merugikan diri sendiri.
2. Hormati ibu bapa.
3. Hidup ini, kita jangan terlalu bergantung pada orang lain, kerana nanti kita akan merasa terhutang budi.

Tamat dah drama Tabir Zulaikha. Ada mesej positif yang disampaikan menerusi drama Samarinda ni. Pasal wasiat Datin Wan Rozita tu kan, pelik sungguh mewasiatkan anak angkatnya berkahwin dengan suaminya. Takkan tak perasaan budak tu ada feeling kat Adami. Inilah namanya dramaaaaa..
  
Drama Tabir Zulaikha telahpun tamat
Tarikh episod akhir Tabir Zulaikha disiarkan: 26 Mac 2015
Hari: Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3

8 comments

habis dh cite ni smlm.
byk plot cite sbb zu kawen byk sgt ..hehe

Lama akak tak tengok TV, sesekali je pi kedai makan baru nampak Tv..hihi, tapi nampak macam cerita yang menarik ye

akhirnya kawin jugak zulaika ngan adami..

akhirnya zulaikha dan adami berkahwin jugak, padan muka feroz kena jel

tamat dah tabir zulaikha
agak2 apa pula drama terbaru samarinda minggu depan

ermmm jalan cerita tabir zulaikha ni boleh la
bila disuruh berkahwin dgn ayah angkat dia tu, part tu ada pelik sikit. hihi

aah pengakhiran drama tabir zulaikha
zulaikha kahwin dengan adami
feroz masuk jel
azizah kena tikam pisau


EmoticonEmoticon