Pelamin Fantasia Perkahwinan Impian Bakal Pengantin

Pelamin Fantasia Program TV Astro Untuk Bakal Pengantin
Program realiti tv siaran Astro kembali lagi! Kali ni dengan cara yang unik, pasal peserta program ni terdiri di kalangan bakal pengantin. Pelamin Fantasia bakal menghiasi rancangan tv. Wah! Excited pulak aku nak tengok! Even aku sendiri dah bergelar pengantin. Pengantin lama..hihi..

Pelamin Fantasia program tv Astro untuk bakal pengantin, Pelamin Fantasia taja hadiah pakej impian perkahwinan, perkahwinan idaman, gambar peserta Pelamin Fantasia, juri, cabaran dan tugasan peserta Pelamin Fantasia, juara pemenang episod akhir Pelamin Fantasia
Pelamin Fantasia bakal disiarkan di kaca tv bermula 4 April 2015

Pelamin Fantasia merupakan sebuah program realiti pertama di Malaysia melibatkan 10 pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga bagi merealisasikan sebuah perkahwinan idaman.

Gambar Peserta Pelamin Fantasia
Pelamin Fantasia program tv Astro untuk bakal pengantin, Pelamin Fantasia taja hadiah pakej impian perkahwinan, perkahwinan idaman, gambar peserta Pelamin Fantasia, juri, cabaran dan tugasan peserta Pelamin Fantasia, juara pemenang episod akhir Pelamin Fantasia

Menerusi Pelamin Fantasia sebanyak 10 pasangan bakal pengantin merangkap peserta Pelamin Fantasia akan bersaing untuk merebut gelaran juara Pelamin Fantasia. Lain daripada yang lain kan rancangan ni. Khabarnya, program Pelamin Fantasia bertujuan untuk memberi peluang pasangan pengantin melakukan persediaan sebelum memasuki alam sebenar berumah tangga.

Cabaran Dan Tugasan Peserta Pelamin Fantasia
Peserta Pelamin Fantasia akan diuji dengan pelbagai cabaran yang menyeronokan termasuklah mesej-mesej berguna yang perlu dititikberatkan dalam mendirikan rumah tangga. Mesti menarik tugasan diorang nanti.

Juri Pelamin Fantasia
Program Pelamin Fantasia bakal diadili oleh 3 orang juri. Mereka terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Datin Marlia Musa dan Rizalman Ibrahim. Juri Pelamin Fantasia akan menentukan pasangan yang akan meneruskan impian perkahwinan di Pelamin Fantasia berdasarkan tugasan dan cabaran yang telah diberikan untuk mereka.
                                                                                     
Hadiah Pemenang Pelamin Fantasia
Jangan terkejut! Hadiah Pelamin Fantasia ni tersangatlah grand! Pasal pasangan pengantin yang menang bakal menerima tajaan pakej perkahwinan bernilai RM100,000. Hebat tak? Kalau nak tahu siapa pemenang nanti, kena la tengok hingga habis, sampai ke episod akhir Pelamin Fantasia.

Saksikan program realiti tv Pelamin Fantasia
Perkahwinan Idaman Setiap Bakal Pengantin
Jumlah episod Pelamin Fantasia disiarkan: 20
Hari: Sabtu & Ahad
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Ria (104) & Maya HD (135)


EmoticonEmoticon