Khasiat & Manfaat Buah Tin

Pernah makan buah tin? Atau dikenali juga sebagai buah ara. Biasanya, orang balik dari haji atau umrah akan membawa makanan dan buah-buahan dari Mekah. Buah tin antara buah-buahan popular di Arab Saudi. So, dapat la jugak aku merasa isi buah tin ni.
Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik
Gambar buah tin yang penuh khasiat!

Haaa, jangan tak tau buah tin ni banyak khasiatnya! Kandungan buah tin yang banyak nutrient ni memberi kelebihan dan kebaikan buat kesihatan kita. Jom selongkar apa manfaat yang diperoleh menerusi buah tin.

1. Buah tin membantu menurunkan tekanan darah tinggi
Bagi yang menghidap tekanan darah tinggi, anda disyorkan untuk mengambil buah tin. Sebab apa, buah tin ni kaya dengan potassium. Potassium merupakan sejenis mineral yang membantu mengawal tekanan darah. Pengambilan buah yang mengandungi potassium seperti buah tin ni secara konsisten, memberi kesan positif buat pesakit darah tinggi.

Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik
Pokok buah tin

2. Buah tin membantu menurunkan berat badan
Buah tin adalah sumber serat yang baik dan mampu membantu penghadaman selain memberi rasa kenyang berpanjangan. Bila perut sentiasa rasa kenyang, kuranglah aktiviti kita menguyah di dapur. Dengan itu, diet pemakanan kita terjaga dan kita mampu mendapat berat badan yang ideal.

3. Buah tin melindungi diri dari kanser barah payudara
Pengambilan serat yang tinggi seperti buah tin mampu melindungi wanita yang sudah menopaus daripada barah payudara. Satu kajian membabitkan 51,823 wanita menopaus selama lapan tahun mendapati terdapat pengurangan risiko sehingga 34 peratus bagi kumpulan yang mengambil serat yang tinggi dalam diet mereka.

4. Buah tin membantu pesakit diabetes
Daun buah tin juga mempunyai peranan dalam menjaga kesihatan kerana ia memiliki bahan anti diabetik yang mampu mengawal jumlah insulin diperlukan bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan insulin.

5. Peranan buah tin dalam menjaga kesihatan jantung: kardiovaskular
Daun buah tin juga mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan lemak dalam saluran darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuhan sel barah.

6. Buah tin melindungi diri dari kemerosotan makular
Buah tin mampu melindungi penglihatan yang merosot disebabkan faktor usia semakin lanjut. InshaAllah, kalau diamalkan buah tin ni berterusan walau hingga ke tua, ia membantu penglihatan kita.

7. Buah tin membantu masalah sembelit
Kandungan serat yang tinggi iaitu kira-kira lima gram serat bagi tiga biji buah tin membantu melancarkan fungsi usus, seterusnya mengelak sembelit. Bukan saja usus menjadi sihat, buah tin turut menyelesaikan masalah perut meragam dan juga cirit-birit.

8. Buah tin menghindari kanser kolon
Serat yang ada dalam buah tin merangsang penyingkiran radikal bebas dan bahan penyebab kanser dalam kolon.

9. Buah tin menguatkan tulang
Buah tin kaya dengan kalsium dan fosforus. Bukan saja menguatkan tulang dan mengurangkan risiko osteoporosis, ia juga menggalakkan pertumbuhan tulang dan memperbaiki bahagian tulang yang rosak.

10. Buah tin melegakan sakit tekak
Lendir yang banyak di dalam buah tin memiliki sifat penyejuk dan mampu merawat sakit tekak serta melindungi tekak daripada masalah kesihatan. Malah, lendir itu adalah jus semula jadi yang melegakan kesakitan pada kerongkong dan peti suara.

Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik
Buah tin kering

Cara memilih dan membeli buah tin kering:
Buah tin kering banyak dijual di pasaran. Jadi untuk pemilihan buah tin kering terbaik, belilah yang jenis lembut, bebas kulat dan masih harum baunya.

Khasiat buah tin buah ara, kelebihan, kebaikan, manfaat buah tin, fungsi, peranan buah tin untuk kesihatan dan perubatan, gambar buah tin segar dan kering, pohon pokok buah tin buah ara, cara beli dan pilih buah tin kering terbaik, cara simpan buah tin segar, asal usul buah tin, sejarah buah tin, nutrient buah tin dan makanan serat tinggi, buah tin rawat penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, sembelit, sebab buah tin makanan terbaik
Buah tin segar

Cara menyimpan buah tin segar:
Bagi buah tin yang segar pula, anda perlu simpan di dalam peti ais dan diletakkan dalam bekas bertutup bagi mengelak ia dirosakkan oleh makanan lain ataupun mengering. Penyimpanan yang betul membolehkan buah tin segar dapat dinikmati kesegarannya untuk tempoh yang lama.

13 comments

Saya pun suka makan buah tin ni Umi

mmg banyak khasiat...tapi sally tak suka sangat..hihihi...kalau kering je boleh telan :P

anum suka sangat buah nie

Tak pernah lagi merasa buah nie...

Kat Malaysia ni dah ramai yang tanam buah tin ni secara komersil

Assalamualaikum awak.. Subhanallah.. banyak sungguh khasiat setiap kejadian tumbuhan dan buah-buahan..

yup khasiat buah tin untuk kesihatan kita tak terkira hebatnya

alhamdulillah.. buah khasiat penuh nutrient macam buah tin ni memang bagus untuk kita amalkan

pernah makan buah tin yang jenis kering tu. yang orang selalu bawa balik dari mekah. pun sedap

alhamdulillah.. buah ara ni memang terkenal bukan sahaja sedap tapi berkhasiat

nanti kalau ade yg sedekahkan buah tin ni especially orang balik dari haji, try la, agak sedap jugak

oh ye ke, saya baru tahu buah tin ni ada ditanam kat malaysia. informasi bermanfaat. alhamdulillah lepas ni mudah la nak bantu untuk rawat penyakit n bermanfaat dlm bidang perubatan


EmoticonEmoticon