Cinta Ilahi Episod Akhir

Zara (Ramona Zam-Zam) membuat cerita apabila memfitnah Hud (Johan As’ari) masih mempunyai hubungan dengan Maryam (Diana Amir). Zara menyakinkan Syakira (Syafnida Shuhaimi) tunangannya iaitu Hud dan Maryam masih saling menyintai antara satu sama lain. Lebih teruk lagi, Zara mengaku pernah terlanjur bersama Hud.

Syakira berasa sakit hati! Dia berasa tertipu dengan perubahan Hud selama ini. Baginya, Hud seorang yang penipu dan hipokrit! Zara puas apabila berjaya mengapi-apikan hubungan adik dan kakak antara Syakira dan Maryam. Dari dulu lagi, Zara iri hati dengan Maryam. Gagal memiliki hati Hud, Zara nekad ingin memporak-perandakan hubungan cinta Hud dan tunangnya.

Syakira meminta pertunangannya diputuskan. Hud berasa sangat kecewa. Inilah kali ke-2 hubungan cintanya tidak kesampaian. Syakira masih menyimpan amarahnya terhadap Hud. Maryam cuba menyiasat apa yang menyebabkan Syakira memutuskan pertunangannya bersama Hud. Dia pergi menemui Hud dan ditemani Zara.

Hud cuba menyembunyikan rasa sedihnya. Baginya, dia redha dengan keputusan yang disuarakan Syakira. Di kesempatan itu, Zara mengambil peluang dengan mengambil gambar pertemuan mereka secara senyap-senyap. Dia ingin mengesahkan foto berkenaan dengan Syakira. Tujuannya agar Syakira membenci Maryam.

Secara diam-diam, Zara menjalinkan hubungan dengan . Malam itu, Zara ditangkap khalwat berdua-duaan bersama Zul. Penangkapan itu dibuat Pak Hamid dan ayah Zara.

Hari perkahwinan Maryam dan Ustaz Basri (Beego) semakin dekat. Keluarga Maryam sibuk dengan majlis tersebut. Hud menjadi pengapit Ustaz Basri. Wajah Maryam begitu ceria di hari persandingannya. Dia tidak sabar bergelar seorang isteri.

Ketika menunggu rombongan pengantin lelaki tiba. Suatu kemalangan tak diduga telah berlaku. Hud dan Ustaz Basri parah dilanggar motosikal. Jodoh dan maut di tangan Allah. Kemalangan itu meragut nyawa Ustaz Basri.

Walaupun telah berlalu 3 bulan, Maryam masih berduka dengan apa yang terjadi di majlis pernikahannya. Syakira cuba menceriakan hati kakaknya. Malah dia juga telah mengetahui bahawa cerita yang dilemparkan terhadap Hud adalah tidak benar, fitnah yang sengaja direka oleh Zara untuk menjatuhkannya.

Ketika membeli barangan di kedai runcit, Syakira terserempak dengan Hud. Hud menjemput untuk datang ke rumahnya. Syakira mengabarkan berita dari Hud kepada kakaknya, namun Maryam menolak pelawaan itu.

Sebuah kereta merah berhenti. Maryam menoleh sepintas lalu pada pemilik kereta berkenaan. Seorang jejaka keluar dari perut kereta. Maryam mengenali jejaka itu. Hud dan Maryam saling berbalas senyuman. Tamat!

Pelakon Episod Akhir Cinta Ilahi
Johan As’ari – Hud
Diana Amir – Maryam
Ramona Zam-Zam – Zara
Shamsul Gahau-Ghau – Ustaz Hashim
Beego – Ustaz Basri
Syafnida Shuhaimi – Syakira

Gambar Drama Cinta Ilahi
Cinta Ilahi episod akhir, sinopsis episod terakhir Cinta Ilahi, gambar, pelakon, pengajaran drama Cinta Ilahi episod akhir, last episode, ending Cinta Ilahi, episod kemuncak, drama Cinta Ilahi tamat diganti drama Puteri Bukan Nama Sebenar

Pengajaran Drama Cinta Ilahi Episod Akhir
1. Selidik terlebih dahulu berita yang kita dengar, boleh jadi khabar angin itu hanya mengundang fitnah.
2. Jangan suka memporak-perandakan sesebuah hubungan sepertimana watak Zara dalam drama ni.
3. Jangan mengadakan cerita yang tak benar.
4. Berusaha memperbaiki diri ke arah kebaikan seperti sikap Hud dalam drama ni.

Tarikh episod akhir drama Cinta Ilahi disiarkan
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 malam
Saluran: TV3

2 comments

ishhhh buat tertanye2 sape yang kuar dari kerete tu.. sori tak sempat tengok episod ni..

hud penuh bergaya keluar dari perut kereta. rasanya diorang ni masih ada perasaan antara 1 sama lain. macam ada karan je bila diorang bertentangan mata. even sedih part ujung tu, drama cinta ilahi ni memang terbaik!


EmoticonEmoticon