Sinopsis Isteri Separuh Masa

Sinopsis Drama Astro Isteri Separuh Masa
Isteri Separuh Masa mengisahkan Medina Izwani anak angkat kepada keluarga Dato’ Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana terlalu sayangkan Medina Izwani, nenek menjodohkan Nazrin Shah iaitu cucu kandungnya dengan Medina.

Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa, gambar dan pelakon Isteri Separuh Masa, Emma Maembong – Medina, Aiman Hakim Ridza – Nazrin, Isteri Separuh Masa episod akhir, drama terbaru menggantikan Suamiku Encik Sotong, Isteri Separuh Masa drama adaptasi novel karya Suri Lyana

Mengenangkan terlalu banyak budi yang dicurahkan keluarga Dato’ Abdullah, Medina akur pada keputusan nenek. Namun, perkara sebaliknya berlaku terhadap Nazrin Shah. Nazrin menentang hasrat neneknya habis-habisan! Baginya, Medina dianggap sebagai musuh!

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara. Bagaimana contoh malam pertama pengantin menurut islam?

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek. Adakah harapan untuk suami isteri ini meningkatkan kesuburan dan mendapat zuriat?

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpura-pura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Kesuburan cinta suami isteri ini benar benar teruji. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal. 

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu gara-gara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja.

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya? Tonton segalanya menerusi drama siaran Astro Isteri Separuh Masa di kaca TV.

Drama Isteri Separuh Masa merupakan drama adaptasi daripada novel. Penulis novel Isteri Separuh Masa merupakan novelistar terkenal iaitu Suri Ryana atau nama penuhnya Sharifah Nurilyana Syed Fesal. Kalau baca sinopsis Isteri Separuh Masa memang kedengaran menarik! Teruja nak tahu Isteri Separuh Masa episod akhir kelak. Apakah kesudahan yang berlaku antara Medina dan Nazrin. Sama-sama kita tengok nanti.

Gambar Drama Isteri Separuh Masa
 Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa, gambar dan pelakon Isteri Separuh Masa, Emma Maembong – Medina, Aiman Hakim Ridza – Nazrin, Isteri Separuh Masa episod akhir, drama terbaru menggantikan Suamiku Encik Sotong, Isteri Separuh Masa drama adaptasi novel karya Suri Lyana

Pelakon Drama Isteri Separuh Masa
Emma Maembong – Medina Izwani
 Aiman Hakim Ridza – Nazrin Shah

Drama Isteri Separuh Masa merupakan drama terbaru yang telah menggantikan drama Suamiku Encik Sotong yang baru sahaja tamat minggu ni. Nak tahu kisah penghujung drama Suamiku Encik Sotong? Meh baca kat sini: Suamiku Encik Sotong Episod Akhir. Yes! Drama terbaru Isteri Separuh Masa ni menggandingkan Emma Maembong dan Aiman Hakim. Sama cantik, sama kacak. Tak sabar nak tonton!

Gambar Novel Isteri Separuh Masa
Sinopsis Drama Isteri Separuh Masa, gambar dan pelakon Isteri Separuh Masa, Emma Maembong – Medina, Aiman Hakim Ridza – Nazrin, Isteri Separuh Masa episod akhir, drama terbaru menggantikan Suamiku Encik Sotong, Isteri Separuh Masa drama adaptasi novel karya Suri Lyana

Saksikan drama terbaru Isteri Separuh Masa
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Maya HD 135

4 comments

pernah baca novel ni tp dah lupa. sekarang baru ingat balik. hehe

nama watak cerita kinek tok mesti canggih manggih

Nampak macam best jalan cerita nie. Nak tengok laa nanti ^-^

dah baca maybe xsmpt nak tengok


EmoticonEmoticon