Sinopsis Hati Perempuan

Sinopsis Drama TV3 Hati Perempuan Slot Akasia
Hati Perempuan mengisahkan seorang gadis bernama Yuhanis (Mia Ahmad) yang kebal terhadap cinta, kini diuji oleh cinta sang jejaka kacak, Tengku Zaril (Syarul Ridzwan).

Sinopsis Hati Perempuan drama TV3, review Hati Perempuan, gambar dan pelakon Hati Perempuan, Syarul Ridzwan - Tengku Zaril, Mia Ahmad – Yuhanis, Hati Perempuan episod akhir

Pengalaman lalu mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf hidup. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam.

Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis. Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran.

“Kenapa ni?” - Tengku Zaril.

“This is yours?” - Yuhanis.

“Adakah saya nampak macam lelaki yang memakai cincin perempuan? You must be joking.” - Tengku Zaril.

“Saya tak bergurau tapi tengku yang bergurau!” - Yuhanis.

“I proposed you, Cik Yuhanis.” - Tengku Zaril.

Kata orang cinta itu bukan sekadar ucapan, tetapi jika tidak diungkapkan, ia juga tidak akan lengkap dengan sendirinya. Jika cinta tidak diluahkan, ia tidak akan ke mana-mana. Jika cinta hanya sekadar luahan, ia menjadi kosong dan tidak bermakna.

“Just say ‘yes’ and we’ll begin.” - Tengku Zaril.

“Takkan semudah itu.” - Yuhanis.

Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yuhanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? Saksikan segalanya menerusi drama TV3 Hati Perempuan.

Gambar Drama TV3 Hati Perempuan
Sinopsis Hati Perempuan drama TV3, review Hati Perempuan, gambar dan pelakon Hati Perempuan, Syarul Ridzwan - Tengku Zaril, Mia Ahmad – Yuhanis, Hati Perempuan episod akhir

Drama adaptasi novel Hati Perempuan hasil karya Nur Ain Al-Abbas bakal menyusul selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Baca sinopsis Hati Perempuan, macam best je kisah drama tu. teruja nak tengok drama terbaru Hati Perempuan minggu depan. Apakah episod akhir Hati Perempuan kelak Yuhanis akan bahagia bersama Tengku Zaril? Ikhlaskan cinta Tengku Zaril terhadapnya???

Pelakon Drama Hati Perempuan
Syarul Ridzwan - Tengku Zaril
Mia Ahmad – Yuhanis
Hafreez Adam - Daniel Idrus
Hafeez Mikail - Tengku Zarul

Sinopsis Hati Perempuan drama TV3, review Hati Perempuan, gambar dan pelakon Hati Perempuan, Syarul Ridzwan - Tengku Zaril, Mia Ahmad – Yuhanis, Hati Perempuan episod akhir

Saksikan Hati Perempuan
Drama Slot Akasia
Tarikh Hati Perempuan mula disiarkan: 30 Mac 2015
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 7.00 malam – 8.00 malam
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon