Syarat ujibakat Bintang Mencari Bintang

Pemilihan peserta Bintang Mencari Bintang musim 2 telah pun dibuat. Buat sesiapa teringin untuk menyertai ujibakat Bintang Mencari Bintang musim 3 nanti, berikut merupakan maklumat yang peserta harus tahu.

Syarat ujibakat Bintang Mencari Bintang
Program Bintang Mencari Bintang

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BINTANG MENCARI BINTANG
  1. Terbuka kepada lelaki dan wanita warganegara Malaysia sahaja.
  2. Berumur di antara 18 hingga 28 tahun  pada atau sebelum tarikh ditetapkan*
  3. Fasih berbahasa Malaysia dan Inggeris.
  4. Peserta dikehendaki membawa minus one (muzik tanpa vokal) lagu-lagu yang  ingin disampaikan semasa ujibakat.  Peserta digalakkan membawa lebih dari satu minus one sebagai persediaan.  Pihak TV3 tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan kepada minus one tersebut semasa ujibakat.
  5. Terbuka kepada mereka yang berstatus bujang atau berkahwin. Sekiranya peserta tersebut sudah berkahwin,beliau mestilah tidak hamil semasa proses ujibakat dan semasa ujibakat ini berlangsung.
  6. Peserta dikehendaki menyediakan laporan perubatan lengkap sekiranya berjaya di dalam ujibakat ini, segala kos akan ditanggung sendiri oleh peserta. Peserta mestilah sihat tubuh badan dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik.
  7. Peserta dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai untuk proses ujibakat. Peserta dilarang berpakaian menjolok mata, berselipar dan berseluar pendek.
  8. Peserta mestilah tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.
  9. Peserta mestilah mengesahkan yang beliau tidak diurus dan terikat dengan mana-mana pihak (event management/syarikat rakaman) sebelum/semasa ujibakat dan rancangan tanpa kebenaran pihak tv3. Peserta mestilah menandatangani akujanji dalam borang penyertaan. Sekiranya didapati melanggar syarat-syarat tersebut tindakan undang-undang akan dikenakan kepada beliau.
  10. Sekiranya peserta terpilih manjadi salah seorang peserta, beliau mestilah bersetuju menerima sebarang tawaran syarikat rakaman serta pengurusan oleh syarikat pengurusan artis yang ditetapkan oleh TV3.
  11. Peserta yang terpilih haruslah bersedia meninggalkan aktiviti harian, pembelajaran atau pekerjaan dalam tempoh masa yang ditetapkan atau jangkamasa yang dirasakan perlu oleh TV3 bagi menjayakan sebarang produksi dan promosi.
  12. Peserta mestilah bersetuju menyerahkan semua hak penyiaran kepada TV3 berhubung rakaman persembahan semasa ujibakat atau rancangan bagi tujuan promosi menyeluruh dalam apa jua bentuk media.
  13. Keputusan yang dikeluarkan oleh TV3 adalah muktamad.
  14. Pihak TV3 mempunyai hak untuk membatalkan atau menolak sebarang permohanan jika didapati maklumat yang diberikan oleh peserta adalah tidak benar.
  15. Pihak TV3 tidak akan bertanggungjawab di atas kemalangan, kecederaan atau kematian semasa proses ujibakat berlangsung.
  16. Pihak TV3 mempunyai hak untuk meminda sebarang syarat yang ditetapkan budi bicara atau situasi.
Sumber: TV3

So, dah tahu semua syarat penyertaan Bintang Mencari Bintang. Boleh la buat preparation awal. Hihi… Kalau ada bakat dalam melawak, bakat dalam nyanyian bolehlah turut serta. All the bez!

18 comments

Thot Johan ada dalm list mentor..tak ada rupanya..nway salam sabtu Yumida...

eh...eh..Afdlin pon ade..hehhe

kita tgk best ke tak musim ni..hehe

disinilah lahirnya bocey hehe

Nak try tgk musim2 ni.. =)

lya memang tak ada bakat spt yg disenaraikan tu :)

Tolong pilih yang betul2 berkelayakan

Assalamualaikum.. ada lagi ekk bintang mencari bintang ni...

tak suka tgk :( sbb mcm tak lawak la. tp support jgk la dr remaja skrg bt benda tak elok kn :D

tunggu....siapa yang paling lawak...

Assalamualaikum dik Yumida...yang berbakat tu rugi kalau tak join...tak sabar nak tengok siapa yang bisa buat lawak paling best...

dah masuk musim kedua dah.. cpt jer...


EmoticonEmoticon