Jalan
raya baru Kampung Tanah Puteh, Serian, Sarawak siap hingga sampai ke kampung!
Alhamdulillah, Raya 2016 aku antara orang yang menggunakan jalan darat yang
menghubungkan Bandar Serian hingga ke Kampung Tanah Puteh. Tak sangka
perjalanan hanya ambil masa 10 minit sahaja dari simpang Serian bersebelahan
jalan SK Rayang.
Tonton: Video selamat sampai ke destinasi dengan jayanya hanya menggunakan JALAN DARAT 100% ke Kampung Tanah Puteh, Serian (KLIK). Tanpa jalan air..best! Sangat memudahkan! Perjalanan lancarrr..
Kalau
dulunya, nak ke Kampung Tanah Puteh, Serian ni terpaksa guna jalan air. Iaitu guna
perahu atau bot menyelusuri sungai. Perjalanan yang ambil masa 30 minit untuk
sampai ke kampung. Kalau air pasang ok la. Senang. Kalau air surut, huhuhu agak
menyukarkan pengendali bot nak bawa kami sampai ke tebing.
Jalan raya baru ke Kampung Tanah Puteh, Serian |
Sebelum
ni, separuh jalan je jalan darat siap di bina. Boleh lalu dengan kereta setakat
jalan raya yang dah siap tu. Kami guna perahu/ bot di jeti Kampung Munggu Kopi
(kalau tak silap nama tempat jeti kami tunggu perahu tu). Tu berlaku pada tahun
2014, masa arwah nenek aku meninggal.
Sekolah rendah di Kampung Tanah Puteh, Serian iaitu SK TANAH PUTEH |
Actually,
aku jarang berkunjung ke Kampung Tanah Puteh, Serian tempat kelahiran arwah mak
aku. Lama dah aku tak ke sana. Semuanya sebab masalah jalan. Sungai merupakan
alat penghubung utama ke kampung mak aku. Tu masa dulu la, dan tu penyebab aku
jarang pergi ke sana.
Alhamdulillah,
sekarang dah ada jalan darat, jalan raya baru, direct je dari pekan Serian
sampai ke Kampung Tanah Puteh. Baru-baru ni, Aidilfitri tahun 2016, Raya ke-4,
aku sefamily pergi menziarahi sanak saudara, pakcik, makcik aku kat sana. Dari
simpang Serian tu sampai ke sana hanya ambil masa 10 minit hingga 15 minit
sampai ke Kampung Tanah Puteh, Serian. Cepat weh! Rasa dekat je! Kalau dulu
guna perahu, jalan sungai tu, aduhai..lamanya.
Jadi,
semasa nak on the way ke Kampung Tanah Putih, Serian tu, sempat la aku merakam
video. Excited guna jalan darat. Jalan baru. Lancar je perjalanan dengan jalan
bertar. Ada sebuah jambatan yang aku kira agak panjang la. Potpetpotpet je
mulut kami dalam video tu, teruja dapat lalu jalan darat baru, melintasi
jambatan unik sebelum nak sampai Kampung Tanah Puteh, Serian. Nak tengok? Jom
tonton video di atas.
1 comments so far
alhmdulillah...mansang trus mansang
EmoticonEmoticon