Sukarnya… Kalau Tak Ada Sinki Di Rumah

Pernah bayangkan.. betapa sukarnya kalau kat rumah kita tak ada sinki untuk aktiviti membasuh pinggan, menadah air dalam ketel, nak cuci pinggan kena duduk mencangkuk kat bilik air, bilik mandi, cuci pinggan di situ. Argh..terseksa rasanya. Sakit pinggang woi.

sinki rumah, paip sinki
Sukarnya… Kalau Tak Ada Sinki Di Rumah

Itulah yang aku rasai, sepanjang bermalam selama 1 hari di sebuah rumah di kampung Belawai. Part menjadi kesukaran aku bila nak cuci botol susu. Kena ulang alik dari bilik air untuk basuh botol susu. Cuci pinggan pun, sakit jugak mencangkung lama-lama dalam bilik air. Itu baru 1 hari. Bayangkan tuan rumah yang duduk selama-lamanya kat situ. Sangat-sangat tersentuh hati aku. Sangat tabah menghadapi kesukaran hidup.

Nak ambil air paip untuk masak, kena pergi ke dalam bilik air untuk tadah air. Kalau kat rumah kita, sinki ada je bersebelahan dapur gas. Senang kalau nak masak, ambil air dari situ je, dekat. Melalui dan merasai kehidupan seperti mereka..membuatkan aku rasa bersyukur. Menghargai apa yang ada di sekeliling. #SyukurSelalu. Salam Ramadan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

salam

mmg sukar... dulu2 sebelum ada sinki ni tok2 basuh pinggan mangkuk dalam bilik air... lantai memang tak rata, sbb nak bagi air dan sisa2 senang lalu bila simbah ngn air

Uihh azab tu takdek singki. :') bersabar jlah sis