Apa Hukum Puasa Tapi Tak Solat

Kita sering tertanya-tanya, apa hukum puasa tapi tak solat. Puasa penuh dalam bulan Ramadhan tapi tidak sembahyang 5 waktu. Bagaimana puasa bagi mereka yang tergolong dalam kes ini? Apa hukum puasa tapi tidak solat. Malah kita juga pernah mendengar, apa guna puasa kalau tak solat.

Soalan:
Berpuasa tapi tak solat. Apa pendapat ustaz apabila seseorang yang meninggalkan solat 5 waktu tapi berpuasa penuh dalam bulan Ramadhan.

Jawapan:
Soalan yang baik.

Kalau kita buat sedekah, Allah terima.
Bayar zakat, Allah terima.
Puasa Ramadhan, Allah terima.
Khatam al-Quran 800 kali, Allah terima.
Buat masjid 2 buah, Allah terima.
Taat ibubapa, Allah terima.
Taat suami, Allah terima.
Buat haji 20 kali, Allah terima.

Tapi kalau tidak solat, semua pahala amalan di atas adalah sia-sia. Kerana ibadah solat merupakan penanda aras kedudukan kita samada ke syurga atau neraka. Solat merupakan ibadah paling pertama dihisab, jika gagal hisaban bab solat, maka amal-amal lain hangus begitu sahaja. Maka, janganlah kita menjadi orang yang rugi dengan melalaikan solat. Kerana manusia dan jin, Allah cipta khusus untuk menyembahNya. - Kuliah Online Fiqh & Umum

Hukum tinggalkan solat
Jika seseorang meninggalkan solat dengan sengaja kerana dia menafikan kewajipan solat tersebut, maka sepakat ulama dia telah kufur dan murtad kerana mengingkari kewajipan salah satu daripada rukun Islam.

Orang yang tidak solat kesalahannya amat berat. Ia di antara sama ada menjadi kafir atau fasiq. Jika diambil hukum yang paling ringan pun sebenarnya ia sudah terlalu berat iaitu fasiq. Fasiq adalah seorang yang berterusan dalam melakukan dosa yang besar. Dosa besar tidak akan diampunkan melainkan dengan taubat nasuha.

apa hukum puasa tapi tak solat, apa guna puasa kalau tak solat, hukum puasa tapi tidak solat
Hukum orang berpuasa tapi tak solat / sembahyang


Hukum berpuasa tapi tidak solat
Perbezaan pandangan dalam menentukan kedudukan ibadah puasa yang dilakukan oleh orang yang tidak solat:

"Pertama: Puasanya tidak sah dan tidak diterima. Ini adalah pandangan ulama yang berpegang, orang yang tidak solat adalah kafir. Jadi puasanya tidak sah dan tidak diterima sehinggalah dia bertaubat dan kembali menunaikan solat. Kedua: Puasanya sah sekiranya ditunaikan bertepatan dengan rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan di dalam hukum fiqh. Sah bermaksud dia tidak perlu mengulangi semula puasa tersebut.

"Tetapi, perlu diingat, ibadah yang sah tidak menjamin ia akan diterima ALLAH. Contohnya, seseorang yang menunaikan solat dengan perasaan riak. Solatnya adalah sah menurut hukum fiqh jika ditunaikan bertepatan dengan syarat dan rukun yang ditetapkan. Namun, solat tersebut tidak diterima kerana riak," katanya.

Jadi, persoalan ini perlu difikirkan. Adakah puasa orang yang tidak solat diterima di sisi ALLAH sedangkan dia mengabaikan kewajipan ibadah yang lebih utama. Untuk apa kita berpuasa? Bukankah kita mengharapkan amalan tersebut diberi pahala dan diterima di sisi ALLAH?

Mari berubah! Untuk golongan yang berpuasa tetapi tidak solat, teruskan puasa anda. Lakukan dengan berkualiti. Ikhlas kerana ALLAH dan ikuti sunnah Nabi SAW. Dalam masa yang sama, berusaha untuk sempurnakan keislaman dan keimanan anda.

Seandainya puasa yang anda tunaikan semata-mata kerana patuhkan arahan ALLAH, ibadat solat lebih utama untuk dipatuhi. Tunaikan puasa dan dirikan solat. Jika anda ingin berubah, inilah masanya yang sesuai. Ramadan bulan orang ramai bergegas dan berebut melakukan kebaikan. Segera bertaubat dan kembali tunaikan solat.

Solat itu tiang agama. Mari kita sisipkan dalam diri kita untuk mewajibkan diri kita sendiri melaksanakan solat 5 waktu. Berpuasa juga ya, solat juga ya, wajib dibuat! Moga amalan kita diterima oleh Allah.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

6 comments

info yang berguna di bulan ramadan.(>.<)Sertai Segmen Memori Berkasih Ucing Follow :cool:

Singgah pagi sambil smbil isi tabung raya :D

singgah Sini... baca menbaca,.. ramai yang puasa tak solat...
didikan awal.. dari kecil.. harus belajar Solat dulu pada anak2.. bukan berpuasa dahulu..

Sebab kita tak pernah dengar orang solat tak berpuasa.. tapi memang ramai puasa tapi tak bersolat,

moga kita semua terhindar dari semua ini.. aamin

This comment has been removed by a blog administrator.

betul apa yg ustaz ckp.. semoga amalan kita diterima Allah

jemput join GA :)

http://ciksukataip.blogspot.my/2016/06/kad-raya-ga-by-nina_97.html