Sinopsis Drama Ekspedisi Cinta TV2

Sinopsis Drama Ekspedisi Cinta TV2 | Ekspedisi Cinta mengisahkan Hadif Anaqi anak kepada Datuk Malek dan Datin Jasmin, ahli perniagaan yang baik dan berjaya. Hadif mempunyai seorang kakak, Malisa. Perbezaan sikap Malisa dan Hadif jelas ketara namun mereka tetap akrab. Hadif sering menggunakan Malisa sebagai orang tengah meminta apa saja kemahuan yang diinginkannya.

Hadif adalah anak yang terlalu manja dan sentiasa mahukan kesenangan dalam hidupnya sementara Malisa telah diajar cara-cara berdikari dan berdisplin sejak dari kecil lagi. Malisa lebih lemah lembut dan bersopan santun, mirip Datin Jasmin.

Walaupun Datuk Malek dan Datin Jasmin mempunyai nama dan pangkat, namun mereka juga terkenal dengan sifat baik hati dan suka membantu mereka yang memerlukan. Ini kerana Datuk Malek dan Datin Jasmin sama-sama pernah melalui kesusahan dan hidup susah satu ketika dulu.

Hadif yang baru pulang melanjutkan pelajaran di luar negara masih berterusan dengan sikap suka berhibur dan nakal. Datuk Malek dan Datin Jasmin hampir hilang pertimbangan melihat ataupun mendengar perilaku anaknya. Memikirkan sikap Si Hadif yang sudah tidak boleh dikawal lagi, Datin Jasmin telah mencadangkan kepada suaminya supaya mencarikan jodoh yang tepat buat Hadif.

Dengan cara itu diharapkan Hadif dapat belajar bertanggungjawab dan berdikari dalam membangunkan keluarganya sendiri selain menggelakkan ramai lagi gadis bakal dianiaya Hadif.

Maka Datuk Malek dan Datin Jasmin telah membuat perjanjian dengan Hadif mengenai perkara itu. Mereka telah menyuruh Hadif mencari jodoh dan berkahwin dengan gadis yang dipilihnya dalam masa satu bulan. Jika tidak, segala kemewahan yang Hadif kecapi sekarang akan ditarik balik. Selain itu, ikatan perkahwinan yg dibina mestilah lebih dari setahun dan jika lebih, Hadif akan mendapat apa saja yang dimahukannya.

Tiba-tiba Hadif dikejutkan dengan tiket kapal terbang ke Sabah. Dalam diam Malisa telah mengatur rancangan untuk mengubah sikap Hadif. Muncul Damek, lelaki Sabah yang diupah kakaknya telah membawanya ke sebuah perkampungan kecil di, Samporna.

Segala bayangan tempat percutian yang bakal di rasainya jelas berbeza. Damek memaklumkan Malisa telah mengarahkannya menghantar Hadif disitu dan belum sempat untuk bertanya lebih, Damek telah pergi. Hadif ditinggalkan di perkampungan itu sendiri.

Sehinggalah satu hari, dia bertemu secara tidak sengaja dengan Erina, gadis berasal dari kampung di situ. Pertemuan pertama jelas tidak disukai Erina yang menganggap Hadif anak kota yang kurang ajar. Hadif masih dengan egonya. Namun secara perlahan-lahan Erina mula simpati dengan Hadif. Dia melihat bagaimana Hadif cuba mencari makanan dengan menangkap ikan menggunakan caranya yang sendiri.

Jelas Hadif sangat terdesak untuk mendapatkan ikan bagi mengisi kekosongan perutnya. Sejak itu, Erina mula mendekati Hadif. Permulaan masih menunjukkan sikap jual mahal Hadif terhadap Erina. Hadif juga pernah hampir dituduh mahu mencuri wang hasil tangkapan laut orang kampung namun berjaya diselamatkan Erina.

Akhirnya bibit-bibit cinta mereka mula berputik sejak Hadif menyelamatkan Erina yang hampir lemas di pantai. Disitu, Hadif mengakui Erina gadis istimewa dan dia nekad mahu membawa Erina bertemu dengan ibu bapanya. Namun siapakah Erina yang sebenarnya? Apakah kaitan antara Erina dengan Malisa? Dapatkah keluarga Hadif menerima Erina? Saksikan segalanya dalam drama Ekspedisi Cinta di kaca tv anda.

Pelakon Drama Ekspedisi Cinta TV2
Shah Jaszle
Lia Natalia
Hafizuddin
 Jasmin Hamid
 Zarynn Min
 Marlin Malalin

Sinopsis drama Ekspedisi Cinta TV2, pelakon dan gambar drama Ekspedisi Cinta TV2
Gambar Drama Ekspedisi Cinta TV2

Tonton drama Ekspedisi Cinta
Saluran: TV2
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓