Sinopsis Cinta
Hati Abah Episod Akhir (Episod 15) Drama TV3 | Baizura (Nonny Nadirah) berang bila mengetahui suaminya akan berkahwin dengan wanita lain. Dia
mula menyusun strategi ingin menghancurkan majlis akad nikah nanti.
Hubungan Cik
Gayah (Laila Nasir) dan Baizura mula tegang sejak dulu lagi. Baizura cuba memberi kata-kata
amaran agar ibu mertuanya itu tidak meneruskan perkahwinan anaknya itu. Namun,
amaran Baizura tidak diendahkannya.
Cinta Hati Abah Episod Akhir - episod 15 |
Ketika akad
nikah berlangsung, Baizura menuang minyak gasolin untuk membakar kereta di kuar
surau. Melihat api yang marak tetamu menjadi kecoh dan majlis kad nikah
terganggu seketika. Baizura puas
mengenakan suaminya dan ibu mertuanya.
Intan (Zara
Zya) anak yang baik, sanggup menjaga ayahnya yang sakit di rumah. Sehingga
ayahnya meghembuskan nafas terakhir. Pemergian ayahnya membuatkan Intan begitu
bersedih. Adiknya yang belajar di luar negara juga telah balik.
Setelah cintanya dikhianati, juga
dirinya telah dimadukan Baizura mula
merasakan hanya keluarganya yang sentiasa mengambil berat atas dirinya. Hati
Baizura sebak. Paling menghibakan dia tidak sempat untuk menatap wajah ayahnya,
memohon maaf pada ayahnya. Hati Baizura jadi tak keruan. Baizura dihimpit rasa
bersalah dan penyesalan.
Pagi itu,
sebuah kereta polis berhenti di halaman rumah Intan. Mereka ingin menahan
Baizura untuk siasatan kes bakar kereta. Baizura tampil menyerah diri.
Marzuki
suami Baizura mula merasakan tindakannya berkahwin dengan wanita lain adalah
salah dan melukakan hati isterinya. Dia hanya menurut perintah ibunya. Marzuki
menjadi serba tidak kena bila megetahui Baizura telah ditahan pihak polis. Hal
itu membuatkan isteri baru Marzuki iaiatu Shieda menjadi marah!
Pertelingkahan
antara mereka berlaku. Shieda menuduh Marzuki hanya mementingkan Baizura sahaja
tanpa menghiraukan dia di sisinya. Kenyataan itu disokong okeh Cik Gayah. Dia
menasihati Marzuki untuk melupakan Baizura. Marzuki membentak dan menyalahkan
emaknya!
Dia tahu,
perkahwinan dia dengan Shieda diatur oleh emaknya agar dia meninggalkan
Baizura. Ditambah lagi ibunya yang suka memburukkan Baizura. Membuatkan dia
sedikit demi sedikit mula membenci Baizura.
Malah ibunya
juga memfitnah Baizura seorang isteri yang mandul. Padahal ketika itu Baizura
sedang mengandungkan anak mereka.
Marzuki meluahkan rasa amarah dan kecewanya di hadapan emak dan isteri
keduanya.
Malah dia juga mengetahui, ayahnya
bukanlah bapa kandungnya. Kenyataan itu membuatkan Cik Gayah terkejut. Rahsia
yang disimpan rapi kini diketahui Marzuki. Marzuki adalah anak luar nikah hasil
hubungan sulitnya dengan lelaki lain. Namun, Pak Jalil (Razak Ahmad) menjadi
‘pak sanggup’ dan bersetuju untuk berkahwin dengan Cik Gayah.
Tidak puas hati dengan layanan Marzuki
yang berat sebelah, Shieda mencabar Marzuki agar menceraikan dirinya. Cabaran
itu disahut Marzuki yang ketika itu hatinya tengah panas dengan ibu dan
isterinya itu. Marzuki melafazkan cerai talak 3 kepada Shieda. Puas hati
Marzuki!
Kes bakar
kereta oleh Baizura kini dalam siasatan pihak polis. Marzuki cuba kembali ke
pangkuan isterinya Baizura. Intan dan adik bongsunya Zaharah (Nor
Zara Sophia) bersatu semula. Tamat.
Pelakon Drama Cinta
Hati Abah
Zara Zya - Intan
Nonny Nadirah - Baizura
Nor Zara Sophia - Zaharah
Esma Daniel - Pak Salleh
Laila Nasir - Cik gayah
Ben Amir - Fikri
Afiq Muiz - Marzuki
Nor Albaniah - Maimon
Razak Ahmad – Jalil
Gambar Drama Cinta Hati Abah Episod Akhir |
Komen Selepas
Menonton Drama Cinta Hati Abah
Banyak pengajaran yang kita boleh
ambil dalam drama ni. Kisah kekeluargaan yang menyentuh hati kita. Dek kerana
tidak pernah mengecapi nikmat kemewahan, kadang kala kita mudah termakan
godaan. Orang bagi itu ini, kita suka. Padahal seseorang tu ada niat di
sebaliknya. Bila hati makin suka dan suka, kita sukar nak fikir baik buruk
sesuatu perkara tu.
Dalam drama ni kita boleh tengok si
Marzuki anak yang manja, apa sahaja keinginannya ditunaikan sahaja oleh
emaknya. Malah tidak menegur bila Marzuki membuat kesalahan. Disokong lagi ada.
Kesannya, lahirlah anak derhaka yang tidak menghormati orang tua. Juga tidak
pernah ingin mendapatkan sesuatu atas usahanya sendiri. Malas bekerja, malas
belajar.
Hubungan tegang dalam adik beradik.
Anak yang tua sering menjadi raja. Seperti watak Baizura ni. Barang-barangnya tak boleh dikacau, kesilapannya tak boleh
ditegur, malah sesuka hati melayan adik-adik di bawahnya. Perkara sebegini
sering terjadi dalam hubungan adik-beradik. Drama yang padat dengan iktibar.
Apa yang baik kita contohi, apa yang buruk kita elakkan.
Drama Cinta Hati Abah EPISOD
AKHIR
Tarikh episod akhir Cinta Hati
Abah disiarkan: 29 Februari 2016
Cinta Hati Abah episod akhir – episod 15
Hari: Isnin
Jam: 10.00 malam
Saluran: TV3
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
3 comments
nice sharing
Cerita2 mcmni lebih baik malah biarlah dibanyakkan daripada cerita cinta2 merepek y ada skg. Encik sotong la..playboy itu la...kimchi2 la...haih
jalan cerita dia laen sikit.. geram tengok baizura tu..hahaha