Fizo Omar Pengacara Pencetus Ummah S2 Nampak Kaku

Ada yang menonton Pencetus Ummah Musim Kedua (PU2) berlangsung hari Khamis lepas? Kalau Pencetus Ummah musim pertama (PU1) yang lalu, kita dapat lihat betapa hebatnya peserta Pencetus Ummah yang bernama PU Hafiz. Hingga bergelar juara Pencetus Ummah musim 1. Untuk Pencetus Ummah Musim Kedua (PU2) ni pula memang banyak saingan. Masing-masing hebat dengan dakwahnya.

Fizo Omar pengacara Pencetus Ummah musim kedua PU2 nampak kaku, pengalaman Fizo Omar jadi hos Pencetus Ummah tahun 2014, gambar Fizo Omar
Gambar Pencetus Ummah Musim Kedua PU2

Berbicara pasal pengacara Pencetus Ummah Musim Kedua (S2) ni, Fizo Omar yang terkenal menerusi lakonan beliau, bisnes burger dan bisnes tudung Fareeda dilantik sebagai hos mengacara Pencetus Ummah tahun 2014. Tahniah buat beliau.

Aku rasa, ni pertama kali Fizo Omar menjadi pengacara program realiti tv. Selalunya tengok Fahrin Ahmad, Awal Ashaari, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Faizal Ismail jadi pengacara, ni giliran Fizo Omar pulak. Pandangan aku, pengacaraan Fizo Omar di pentas dakwah Pencetus Ummah PU2 minggu pertama ni nampak agak kaku.

Fizo Omar pengacara Pencetus Ummah musim kedua PU2 nampak kaku, pengalaman Fizo Omar jadi hos Pencetus Ummah tahun 2014, gambar Fizo Omar
Gambar Fizo Omar

Komen Fizo Omar
Saya ambil komen daripada penonton dan peminat sebagai ruang untuk saya perbaiki diri dan kelemahan dalam mengendalikan program tersebut. Insya-Allah kekurangan tersebut akan diperbetulkan dan berharap diberi masa untuk menyesuaikan diri kerana ia program pertama saya sebagai pengacara. – Fizo Omar

Hope pentas Pencetus Ummah PU2 untuk minggu kedua nanti, Fizo Omar dapat memperbaiki persembahannya. Buang ciri-ciri kaku dalam diri. Cuba untuk jadi lebih santai, diselitkan sedikit gurauan dan menjadi hos terbaik bergandingan dengan Ustaz Zulkefli Hamat. Jangan lupa u olls, saksikan Pencetus Ummah Musim Kedua (PU2) setiap hari Khamis jam 9.00 malam di saluran 106 dan 135. Rancangan berilmiah ni. Sedut ilmu..


EmoticonEmoticon