Mangsa Tanah Runtuh Mati Tertimbus

Baru-baru ni, kita dikejutkan dengan berita tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands. Apa yang menyedihkan, tragedi tanah runtuh tu menimpa sekeluarga yang tinggal di berhampiran kawasan situ.

Tanah runtuh, kesan tanah runtuh, akibat tanah runtuh, mangsa tanah runtuh mati tertimbus, korban mangsa tanah runtuh, kes tragedi tanah runtuh, punca tanah runtuh hujan lebat, pembalakan haram

Salah seorang mangsa menceritakan detik cemas berlakunya tanah runtuh:
Saya tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suaminya yang berusia 48 tahun terkorban di depan mata. Tanah telah mencecah paras lutut dan saya merangkak untuk selamatkan diri, apabila pandang ke belakang saya dengar dia mintak tolong dan melihat dia telah tertimbus, hanya tangannya sahaja yang terkapai-kapai. Kejadian tanah runtuh berlaku begitu pantas dan saya berasa sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan suami. – Sunami, isteri kepada mangsa tanah runtuh yang terkorban
Sumber:
Isteri korban tanah runtuh

Lagi antara kes tanah runtuh:
  Tanah Runtuh Boleh Tumbangkan Bangunan

Sangat menyedihkan. Bayangkan orang tersayang terkorban di depan mata. Moga Sunami tabah menghadapi ujian hidup. Punca berlakunya tanah runtuh di Cameron Highlands akibat hujan lebat yang tak henti-henti. Hujan lebat yang tidak seperti kebiasaan hingga menyebabkan air mudah naik di kawasan rendah. Struktur tanah yang tak kukuh, ditambah dengan faktor hujan lebat menyebabkan proses tanah runtuh berlaku dengan cepat. Malah kesan aktiviti penggondolan hutan/bukit menyumbang pada berlakunya tanah runtuh. Pembalakan haram salah satu pencetus utama tragedi tanah runtuh. Buat pembalak haram, hentikanlah penggondolan hutan. Kita tak mahu insiden tanah runtuh sebegini berlaku. 


Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

6 comments

semoga mangsa tabah menghadapi dugaan...makin menjadi pulak tanah runtuh di Cameron...rasa macam tak selamat dah nak ke sana...

Tanah runtuh semaki menjadi2 terutama sekarang ni musim hujan ,..Berhati2

moga dia tabah....dan tindakan dia adalah benar...jika rietta di tempat dia, mungkin rietta dah bertindak tidak bijak dan patah balik, yang akan mendatangkan bahaya kepada diri sndiri...

seram bila si isteri menceritakan pengalaman ngerinya. Semoga terus tabah meneruskan kehidupan.

http://www.adarain.com/

Kesiannya. Depan mata gik ya. Huhu.

Kesiannya...semoga suami tabah menghadapinya...


EmoticonEmoticon