Situasi jerebu di negara kita ni semakin buruk. Semalam (20 Jun 2013), bacaan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor berada pada tahap berbahaya dengan bacaan
383.
Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah
gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas
di laman web Pusat Meterologi Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera ketika ini.
Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang
bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi
punca jerebu ini ditiup masuk ke Semenanjung dan menunjukkan bahawa ia
merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku
dalam tahun ini.
Ini juga membayangkan bahawa
jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya
ini. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan
menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Tempoh hujan
renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.
oh..ini bukan salji..ini jerebu
Huhuhu...moga tahap jerebu ni akan
berkurangan. Coz jerebu ni boleh menjejaskan kesihatan kita. Antaranya kegatalan mata,
sakit kerongkong dan mengalami kesukaran bernafas.
Akibat jerebu yg berlarutan..perlawanan bola sepak Johor menentang Sarawak dibatalkan petang ni. Match ditunda ke pukul 12 tengah malam ke 2 a.m. Teringat pulak
aku dgn kes kucing yg buat hal kat padang.
kucing buat hal di padang
haaa...kan dah kena
Peringatan!!!
Mereka yang disabit kesalahan melakukan atau menyebabkan
pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara
selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
14 comments
Same lah, kt Melaka hari ni paling teruk jerebu dia, tadi kt tmpat kerja pakai face musk sbg langkah pencegahan...
endon2.. salji negara aku.. selalu setiap tahun sarawak dulu yg kena.
Assalamualaikum. sama2 kita doakan jerebu cepat hilang. jangan selalu main luar tau yumida. hihihih ;p
tu la..rsu gk dgr kes jerebu yg truk ni...
kat rawang nih..masih nampak g yer...anyway..jom minum air masak bebanyak...
:)
Kurang aktiviti luaq..
minum air kosong2 banyak.. :)
http://pemudattbc.blogspot.com/2013/06/ustaz-haslin-bahrim-perihal-tentang-haji.html
mmg terukkan jerebu ni, sampai beberapa sekolah terpaksa tutup...
ermm..mohon hujan lebat2...
dgr cerita diorang nak buat hujan tiruan kan. hrp2 dpt membantu lah.
kat brunei pun jerebu
ahhahahah... kesian pulak kucing tu... eheheh...
hari Khamis lepas biasa tgk ikut Balkoni rumah nampak jelas KLCC tp skrg dah tak nampak dah puncak dia.. nampak bawah jek
dekat pasir gudang johor paling tinggi takat nie..sedang dalam langkah berjaga2 saje...
takutla tngok jerebu sekarang..semoga akn kembali seperti biasa..Amin
aduhai kak yumida.. kelantan pon..hurmmm.. jauh kot.. tapi dah kena dah tempias die..adeh..