Jerebu Berlarutan

Situasi jerebu di negara kita  ni semakin buruk.  Semalam (20 Jun 2013), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar, Johor berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 383.
Apakah puncanya? Seperti biasa, kebakaran tanah gambut di wilayah Riau, Indonesia menjadi punca. Mengikut pantauan titik panas di laman web Pusat Meterologi Indonesia, terdapat 123 titik panas di Sumatera ketika ini.

Faktor angin barat laut dan angin barat daya yang bersilih ganti sebelum kekal untuk monsun barat daya sehingga November menjadi punca jerebu ini ditiup masuk ke Semenanjung dan menunjukkan bahawa ia merupakan permulaan yang tidak sihat kerana diramalkan kemarau akan berlaku dalam tahun ini.

Ini juga membayangkan bahawa jerebu yang lebih teruk akan melanda menjelang pertengahan monsun barat daya ini. Hanya hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Tempoh hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.


oh..ini bukan salji..ini jerebu

Huhuhu...moga tahap jerebu ni akan berkurangan. Coz jerebu ni boleh menjejaskan kesihatan kita. Antaranya kegatalan mata, sakit kerongkong dan mengalami kesukaran bernafas.

Akibat jerebu yg berlarutan..perlawanan bola sepak Johor menentang  Sarawak dibatalkan petang ni. Match ditunda ke pukul 12 tengah malam ke 2 a.m. Teringat pulak aku dgn kes kucing yg buat hal kat padang.


kucing buat hal di padang

haaa...kan dah kena

Peringatan!!!
Mereka yang disabit kesalahan melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

14 comments

Same lah, kt Melaka hari ni paling teruk jerebu dia, tadi kt tmpat kerja pakai face musk sbg langkah pencegahan...

endon2.. salji negara aku.. selalu setiap tahun sarawak dulu yg kena.

Assalamualaikum. sama2 kita doakan jerebu cepat hilang. jangan selalu main luar tau yumida. hihihih ;p

tu la..rsu gk dgr kes jerebu yg truk ni...

kat rawang nih..masih nampak g yer...anyway..jom minum air masak bebanyak...

:)

Kurang aktiviti luaq..

minum air kosong2 banyak.. :)

http://pemudattbc.blogspot.com/2013/06/ustaz-haslin-bahrim-perihal-tentang-haji.html

mmg terukkan jerebu ni, sampai beberapa sekolah terpaksa tutup...

ermm..mohon hujan lebat2...

dgr cerita diorang nak buat hujan tiruan kan. hrp2 dpt membantu lah.

ahhahahah... kesian pulak kucing tu... eheheh...

hari Khamis lepas biasa tgk ikut Balkoni rumah nampak jelas KLCC tp skrg dah tak nampak dah puncak dia.. nampak bawah jek

dekat pasir gudang johor paling tinggi takat nie..sedang dalam langkah berjaga2 saje...

takutla tngok jerebu sekarang..semoga akn kembali seperti biasa..Amin

aduhai kak yumida.. kelantan pon..hurmmm.. jauh kot.. tapi dah kena dah tempias die..adeh..


EmoticonEmoticon