Tradisi Jepun dan Melayu Hiasi Resepsi Mizz Nina-Noh



KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2011: Selepas selamat diijabkabulkan pada 1 Julai lalu, penyanyi Mizz Nina dan vokalis Hujan, Noh mengadakan sebuah majlis resepsi khas untuk rakan media dan sahabat handai di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur, malam tadi.

Menariknya, majlis respsinya yang diadakan itu bertemakan ala Jepun yang mana semua dekorasi dalam dewan tersebut dihias dengan elemen dari negara matahari terbit itu dan juga berbentuk pintu gerbang dari budaya negara tersebut.

Dekorasi oleh perunding majlis perkahwinannya, Ed By Favors ini nampak sangat santai. Elemen bunga dan pokok sakura di atas pelamin dan sekitar dewan itu membuatkan tetamu yang hadir seperti berada di negara Jepun.

Majlis cocktail bertambah serinya apabila tetamu yang hadir juga berpakaian ala-ala Jepun dan santai. Makanan yang dihidangkan juga mengabungkan dua budaya yang mana tetamu boleh menikmati sushi iaitu makanan dari Jepun dan nasi berlauk makanan Melayu.

Tidak cukup dengan itu, Mizz Nina dan Noh yang memasuki dewan sekitar jam 8.30 malam juga telah diiringi dengan bunyi paluan gendang dan tiupan seruling iaitu muzik tradisional yang dimainkan di negara Jepun.

Apa yang pasti, busana pengantin rekaan Michaele Ong yang dikenakan oleh pasangan ini sangat unik dan tak mungkin kita boleh lihat di mana-mana kerana gabungan rekaan tradisional Melayu dan Jepun ala kimono itu nampak sangat berbeza daripada pakaian pengantin biasa.

Mengakui idea tema tersebut datang dari kedua-dua mempelai, Mizz Nina berkata dia amat berpuas hati setelah apa yang diimpikan untuk majlis resepsinya dapat direalisasikan pada malam tersebut.

"Sebenarnya, idea ini datang dari kami berdua. Memandangkan kami berdua memang sukakan apa sahaja yang berkaitan dengan Jepun iaitu paling jelas kami berdua sukakan muzik dan kartun/animasi yang dihasilkan dari negara tersebut.

"Alhamdulilah, ianya berjalan seperti yang kami rancang. Kami adakan resepsi ini memang khas untuk media untuk bersantai disamping melihat kami bersanding ala-ala Jepun.

"Namun, kami tidak terapkan semua unsur Jepun kerana menerusi busananya sahaja kami telah gabungkan dua elemen iaitu Melayau dan Jepun. Mungkinkah ia nampak seperti kimono tetapi ada material songket juga pada baju kami dan Noh pula masih bertanjak," jelasnya.

Dalam pada itu, Noh memberitahu dia amat gembira dapat melangkah satu fasa lagi bersama orang yang paling disayangi dan berjanji akan memegang amanat bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim yang mahunya tidak mengamalkan poligami dalam perkahwinan.

"Sebenarnya, saya masih terkejut dan bagai tak percaya kami sebenarnya sudah melangkah ke alam perkahwian tetapi terus-terang saya sangat terjua untuk menempuhnya bersama Nina.

"Saya juga akan mengambil tanggunjawab sebagai seorang suami ini dengan sempurna dan saya tak akan lupa pesanan bapa Nina yang melarang saya untuk berpoligami," katanya sambil tersenyum.

Selepas ini, kedua-dua mempelai ini akan melalui satu lagi majlis resepsi yang akan diadakan oleh pihak keluarga lelaki. Majlis respsi bertemakan ala taman itu akan diadakan di East Wood Golf Club, Miri Sarawak pada 15 Julai ini.

Selain rakan media cetak dan elektronik, majlis respsi yang moden itu telah dihadiri ramai artsi lain seperti Sazzy Falak, Datuk Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Khalid Muhd Jiwa, Ella, Aflin Shauki, M. Nasir, Faizal Tahir dan ramai lagi.

Mizz Nina dan Noh Hujan telah diijabkabulkan pada 1 Julai 2011 ini dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Mizz Nina yang terletak di Ampang Jaya, Selangor.

Sebelum ini juga mereka telah pun mengadakan sebuah majlis resepsi yang diadakan di Hotel Shangri La pada 3 Julai 2011 Ia diadakan khusus untuk keluarga dan tetamu VVIP serta rakan-rakan kedua ibu bapa Mizz Nina. Majlis yang penuh protokol itu telah mengenakan tema Purple Elegant.


EmoticonEmoticon