Perhimpunan haram: Anwar dakwa perhimpunan capai matlamat



10 Julai 2011
Yakin sistem pilihan raya negara berubah


PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap perhimpunan haram yang dianjurkan semalam, sebagai berjaya dan optimis akan berlaku perubahan dalam sistem pilihan raya seperti berlaku di luar negara.

Beliau bagaimanapun menganggap penahanan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi pertubuhan haram BERSIH, Datuk S Ambiga serta beberapa tokoh politik pembangkang sebagai biadab.

“Saya menganggap perhimpunan ini sebagai berjaya walaupun polis bertindak kejam,” katanya pada wartawan di Hospital Pantai di sini, semalam.

Mengulas kecederaan dihadapinya, katanya, doktor menasihatkannya berehat dan mendapatkan rawatan susulan kerana kecederaan di kepala serta tulang belakangnya.

“Saya bergantung kepada alat bantuan pernafasan kerana terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan dan sudah melakukan imbasan di kepala. Tiada kecederaan serius dan mungkin hari ini saya akan keluar hospital,”
katanya.

Sementara itu, Ambiga berkata, walaupun jumlah yang menyertai perhimpunan haram itu tidak seperti dicanang dan dapat dikawal polis, tetapi ia satu kejayaan.

“Ini bukan sekadar desakan mengubah sistem pilihan raya yang lebih telus. Kami tidak gentar dengan ancaman,” katanya selepas dibebaskan daripada tahanan polis petang semalam.

Turut dibebaskan petang semalam ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dan Yudas Rubis serta Nurul Iman, anak bongsu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum itu, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menegaskan memorandum BERSIH akan tetap diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas gagal berbuat demikian semalam.

Beliau pada sidang medianya menyifatkan perhimpunan haram semalam sebagai kejayaan cukup besar kerana mendakwa mampu mengumpul kira-kira 50,000 penyokong.

A Samad berkata, pihaknya akan menetapkan satu tarikh yang sesuai untuk menyerahkan memorandum bantahan itu dalam waktu terdekat.

2 comments

no komen pasalhal ni.

bukan semua kulit yang sesuai..kita sebagai pembeli ada hak nak beli yang mana.

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip tip cuci enjin kereta

yuppp bersihkan hati bersihkan jiwa moga tiada terpalit noda


EmoticonEmoticon