Hmmmmm bila dgr jer agihan bubur asyura ni..cpt2 kte org dtg. Khemah agihan ni diadakan pd 30 Julai 2011 bertempat di tempat letak kereta Mukah.. berhadapan dengan pasar minggu. Ermmm tgk la pic bubur tu.. Menyelerakan.. Yummy!
Agihan Bubur Asyura di sponsor oleh PDRM cawangan Mukah..sempena menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak tanggal 1 Ogos 2011, Isnin ini. Kepada abg2 polis n akak2 polis..terima kasih yer...
Sesape yg teringin nak mkn bubur asyura ni..boleh la try resepi yg sy sediakn di bwh... Selamat mencuba n menjamu selera..
RESEPI BUBUR ASYURA
Bahan-bahan:
1. 2 cawan beras biasa ( direndam selama sejam atau lebih dan dikisar halus)
2. 2 cawan gula merah (yang dicairkan)
3. 2 cawan gula putih ( ikut manis yg disukai)
4. 1 sudu garam ( secukup rasa, jangan termasin)
5. 1 biji santan kelapa ( pekat)
6. 1 cawan kacang hijau ( goreng tanpa minyak dan buang kulit)
7. 2 cawan kacang kuda ( yang telah direbus hingga empuk)
8. 2 tongkol jagung manis ( dipotong dan ambil isi, boleh juga guna jagung dalam tin)
9. 1 tin kacang merah ( yang biasa campur dalam ABC dan cendol)
10. 1 biji ubi keledek sederhana ( yang direbus , dibuang kulit dan dipotong dadu kecil)
11. 10 biji pisang (apa-apa jenis spt pisang awak, nangka, abu, berangan dll yang dipotong dadu atau serong)
12. 4 ulas nangka yang dipotong dadu kecil.
( boleh tambah lain-lain kekacang dan buah yg sesuai)
CARA-CARANYA:
1. Masukkan dalam kuali besar santan, gula merah, gula putih, garam dan beras yang telah dikisar.
2. Masukkan kacang hijau, kacang kuda, ubi keledek rebus dan jagung. Kacau perlahan sentiasa dengan api sederhana hingga pekat dan melekit macam gam.
http://www.blogger.com/img/blank.gif
3. Masukkan kekacang dan buah lain dalam campuran tadi hingga campuran pekat dan masak. Tambah gula dan garam ikut rasa. Bubur yang masak ialah pekat, berkilat dan berwarna keperangan.
4. Masukkan dalam bekas yang leper seperti dulang atau bekas kaca pembakar seperti Pyrex. Ratakan dan biarkan sejuk. Bubur ini akan mengeras dan boleh dipotong macam puding.Boleh juga dibuat lembut seperti bubur lambuk, dan tambahkan santan cair. Terpulang kepada selera masing-masing. Selamat mencuba dan sampaikan kepada rakan-rakan lain yang sukakan bubur ini, terutamanya warga emas. Emm... sedapnya.
*Resepi ini diambil dari Pn. Mazenah
http://klasik-jati.blogspot.com/2007/02/uuyttretesting.html
Agihan Bubur Asyura
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
Related Posts
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments
sedap ni yam yam~ selamat berpuasa :)
imbobo: mmg sedap! slmt berpuase jgk mr.bobo..
salam ramadhan:)
Excellence!
selamat berpuasa...
hmmm kena buat sendiri la jawabnya bubur asyura..kalau kat mesia leh dapat kat masjid
apa beza dengan bubur biasa? hehe. hmm. selamat berpuasa.
terliur...
selamat berpuasa =)
Salam kak ida.tima kasih ya sudi follow lana :) lana folow sini balik..hurmm..baru lik jalan tadi..adeh..penat lak asa..huu..
~ Selamat menyambut Ramadhan yang mulia ni kak ida ^__^
sedapnye..
x sbar nak bllik kmpg..
nak suruh mak wat bubur lambok..
akak smlamat bpuasa :)
Sik sabar asa nak puasa bila nengar pasal bubur Asyura..
hehehe sy tawu mkn je :D
buatnye tak tawu ..
wau.bole bt bln pose ni. :D
slmt berpuasa! ;)
tak sabar tunggu bubur asyura kat masjid opis ni...sedapnye....
salam dear, tengs drop komen kat blog saya, awat tak follow sekali? huhu...
saya dah follow awak yer...
wah..rindok ati org Mukah dpt bubur asyura free..kmk raya tok balit mukah..laki kmk org oya..hehe
sedap tuuu huhuuu
ktk org mukah ka?duhal tek kak hehe
nyaman ehh asyura ya penah kmk polah dolok masa di sekolah..gotong royong..best ehh..nyaman ya bah hehe
sedap tu bubu asyura..naseb tak tunjuk gambar. hek
salam perkenalan dan selamat berpuasa!
mohd hazlan: salam ramadan jgk...
eyfaA: bubur biase cair..xde santan..
lelord: yup..so kene rajin2 g masjid..hihi..tp niat kena btol..kang g masjid semata2 nk mkn bubur asyura jer..
anis a: slmt bpuase jgk..mnggu jam 6.50pm ni...
tyntha l: ermmm...kak ida??? salah blog la..hihi
sobri: slmt bpuase jgk...
amir: bubur asyura terbaek! yummy!
alif: xpe..nnt g singgah2 kt masjid..ade tuuu..
abang stalker: yup! menu plg bez tu..slmt bpuase jgk..
wahida: yup..mmg sdap... nnt sy follow yer..wait...
bui: oic...oya x jauh dr mukah bah...
karukord: yup..mmg sedap!
SK: x...hb mek kj sitok..mek org crian.. yala..mun brg free nang nyaman jak..kmk pn x tauk cara molah bubor tok..ngegeh2 jak post resepi atas ya..hihihi
dhira: haha..ade tu gambar kecik...tp x mggoda sgt...
owhh..ktk org serian duhal..k2..ujung taun kmk balit kuching, mun ada masa, dot jmpa blogger2 sinun :)
SK: okies! slmt bposa di ujung mggu...owh yearh...
EmoticonEmoticon