PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER 1
PENDIDIKAN MORAL
TINGKATAN 3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN XXXXX
MASA : 1 JAM
====================================================================
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU
1. Kertas ini mengandungi dua bahagian soalan.
2. Bahagian A terdiri daripada soalan aneka pilihan
Soalan 1 hingga 40
3. Bahagian B soalan subjektif
Soalan 41 hingga 50
Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak.
Jawapan:
1 | B |
2 | B |
3 | C |
4 | C |
5 | C |
6 | B |
7 | C |
8 | C |
9 | B |
10 | B |
11 | B |
12 | C |
13 | A |
14 | C |
15 | B |
16 | D |
17 | C |
18 | A |
19 | A |
20 | C |
21 | B |
22 | B |
23 | D |
24 | B |
25 | C |
26 | C |
27 | D |
28 | B |
29 | D |
30 | A |
31 | A |
32 | A |
33 | D |
34 | C |
35 | A |
36 | D |
37 | C |
38 | D |
39 | C |
40 | C |
41 | keikhlasan |
42 | pegangan |
43 | amanah |
44 | bertanggungjawab |
45 | kesungguhan |
46 | cemerlang |
47 | produktiviti |
48 | kesejahteraan |
49 | konflik |
50 | hemah tinggi |
Pilih jawapan yang paling sesuai.
1 Semua perlakuan di bawah menunjukkan nilai bertanggungjawab, kecuali
A seorang pengurus syarikat menyediakan laporan yang lengkap dan tanpa sebarang kesalahan.
B para pelajar menghabiskan masa terluang di pusat-pusat siber.
C juruterbang memeriksa keadaan kapal sebelum memulakan penerbangan.
D cikgu memeriksa buku kerja pelajar dengan teliti.
2 Pilih kepentingan nilai toleransi.
I Mewujudkan keamanan dalam masyarakat
II Mengelakkan perselisihan faham
III Mengelakkan pergaduhan
IV Mencetuskan isu perkauman
A I dan II C II,III dan IV
B I,II dan III D Semua di atas
3 Setiap kelakuan di bawah menunjukkan nilai hemah tinggi, kecuali
A Rosli bertutur secara sopan dan lemah lembut kepada semua orang, tidak kira yang tua atau yang muda.
B Rafidah tidak menggunakan kata-kata kesat dalam pertuturannya.
C Zunainah suka bermegah-megah apabila memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
D Yong Chai duduk dengan sopan di hadapan tetamu.
4
X dalam rajah di atas ialah
A Melaksanakan tugas dengan baik
B Sabar
C Beradab sopan
D Menjaga maruah diri.
5
X ialah nilai
A amanah C bertanggungjawab
B harga diri D hemah tinggi
6 Perkataan bertanggungjawab bermaksud
A berani menghadapi sesuatu tugas yang diberikan.
B kesanggupan untuk memikul sesuatu tugas dengan sempurna
C perasaan bangga apabila diberi kepercayaan melakukan sesuatu tugas.
D ketabahan dalam menyiapkan sesuatu tugas
7 Mengapakah sikap bertanggungjawab perlu dipraktikkan oleh setiap individu?
A mudah mengambil hati majikan
B dapat mewujudkan masyarakat yang
suka bersaing.
C dapat melakukan sesuatu tugas
dengan sempurna.
D dapat mengurangkan kos
Perbelanjaan.
8 Apakah nilai yang perlu menjadi pegangan setiap kakitangan kerajaan terhadap piagam pelanggan yang dipamerkan di pejabat?
A Rasional
B Keadilan
C Bertanggungjawab
D Kesedaran
9 Yang berikut merupakan ciri-ciri budaya cemerlang kecuali
A sentiasa berdaya saing
B mementingkan kuantiti daripada
kualiti
C mempunyai wawasan untuk
mencapai kecermerlangan
D mengamalkan etika dan moral di
dalam sesebuah organisasi.
10 Mesin fotostat telah rosak ketika digunakan oleh Aiman. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Aiman?
A Meninggalkan mesin fotostat begitu
sahaja.
B Melaporkan kerosakan kepada
bahagian pengurusan.
C Mencuba membaiki kerosakan
tersebut.
D Menuduh orang lain yang
merosakkan mesin tersebut.
11 Apakah kepentingan sikap berhemah tinggi dalam pergaulan seharian?
A dapat mempamerkan kebaikan diri
B dapat mengelakkan perselisihan
faham
C mudah menerima simpati daripada
orang lain
D meningkatkan kebolehan diri
individu.
12 Antara berikut, perlakuan yang manakah bukan menggambarkan nilai hemah tinggi?
A mengakui kesalahan yang telah
dilakukan.
B tidak bersangka buruk terhadap
orang lain
C berasa malu apabila menerima
teguran
D bersedia memperbaiki kelemahan
diri.
13 Nilai hemah tinggi merupakan kompenan kesopanan dan kesusilaan yang terkandung dalam prinsip
A Rukun Negara
B Piagam Negara
C Rang Undang-Undang
D Perlembagaan Negara
14 Dalam suatu mesyuarat, Kavitha telah ditegur oleh majikannya di hadapan rakan-rakannya yang lain. Kavitha sepatutnya
I tidak bertegur dengan majikannya
II menerima teguran itu dengan hati
yang terbuka.
III berusaha memperbaiki dirinya.
IV tidak mengendahkan teguran
tersebut.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
15 Amalan berhemah tinggi ketika menerima kritikan mencerminkan perkara berikut, kecuali
A kebaikan hati
B kehebatan diri
C kerendahan hati
D kemuliaan peribadi
16 Individu yang mengamalkan sikap toleransi akan
I mengambil peluang untuk mencari
kesalahan orang lain.
II enggan memahami masalah yang
dihadapi oleh orang lain.
III sentiasa mengawal tingkah laku dan
emosi.
IV mengelakkan diri dalam sebarang
pertelingkahan.
A I dan II B I dan IV
C II dan III D III dan IV
17 Antara berikut, pernyataan yang manakah tidak menerangkan nilai toleransi?
A bersedia memaafkan orang lain
B menghormati hak orang lain
C memberi bantuan kepada saudara-
mara sahaja
D menerima teguran atau pandangan
orang lain
18 Yang berikut merupakan ciri-ciri toleransi ketika menyelesaikan sesuatu masalah?
I menghormati pendapat orang lain
II sentiasa berpandangan positif
III sentiasa bersaing untuk
mengeluarkan pendapat yang terbaik
IV saling menyalahkan antara satu
dengan yang lain
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
19 Perbuatan yang manakah tidak menggambarkan nilai toleransi?
A Aizad sentiasa mencurigai kawannya yang pernah melakukan kesalahan
B Daniel sentiasa mengawal emosinya ketika menyelesaikan sesuatu masalah
C Trisha sentiasa bersabar apabila dikritik dan ditegur oleh rakannya
D Dahlia sentiasa tenang apabila menghadapi masalah
20. Sesuatu masalah atau konflik boleh diselesaikan dengan
A berkongsi masalah dengan ramai
orang
B membawa masalah tersebut ke
muka pengadilan
C berbincang untuk mencari jalan
penyelesaian masalah
D menggunakan kekerasan untuk
menyelesaikan masalah.
21. Apakah yang akan terjadi sekiranya alam sekitar tidak ditadbir dengan baik?
- Keseimbangan ekosistem akan terjejas
- Struktur tanah menjadi tidak seimbang
- Manusia akan hidup dalam keadaan tertekan
- Kebahagiaan manusia dan makhluk lain akan tergugat
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
22. Mengapakah hutan perlu dipulihara?
- Kerana hutan merupakan kawasan tadahan air
- Kerana hutan menjadi tempat tinggal manusia
- Kerana hutan mampu memberikan pulangan yang lumayan
- Kerana hutan merupakan habitat flora dan fauna
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
23. Mengapakah kita perlu mengekalkan keindahan alam sekitar?
A. Kerana alam sekitar mampu mempengaruhi kehidupan kita
B. Kerana alam sekitar dapat menjamin kekayaan manusia
C. Kerana alam sekitar menghasilkan kayu-kayan yang berharga
D. Kerana alam sekitar merupakan khazanah yang sangat bernilai
24. Terdapat sesetengah pihak yang memburu hidupan liar semata-mata untuk
A. Memperlihatkan kehebatan berburu
B. Mendapatkan organ sebagai penawar penyakit
C. Memuaskan nafsu berburu
D. Menghapuskan spesies haiwan tersebut
25. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri orang yang amanah?
A. Sentiasa berpegang kepada janji
B. Mengamalkan nilai membenci rasuah
C. Menggunakan kuasa yang diberi dengan sewenang-wenangnya
D. Melaksanakan tugas yang diberikan dengan sempurna
26. Yang berikut merupakan etika kerja yang perlu diamalkan, kecuali
A. Meningkatkan kecekapan kerja
B. Menekankan daya pengeluaran dan mutu yang tinggi
C. Memberi keutamaan kepada kepentingan individu
D. Menunjukkan kesetiaan kepada negara dan organisasi tempat bekerja
27. Apakah langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengelakkan penerokaan hutan sewenang-wenangnya?
A. Mengharamkan pengusaha balak memasuki hutan
B. Mewartakan kawasan hutan persendirian
C. Memelihara lebih banyak haiwan liar
D. Menguatkuasakan akta dan undang-undang yang lebih tegas
28. Apakah implikasi daripada sikap seseorang pekerja yang tidak amanah?
A. Mengubah struktur pentadbiran sesebuah organisasi
B. Menjejaskan produktiviti sesebuah organisasi
C. Mempengaruhi pekerja yang lain
D. Menimbulkan kemarahan pekerja lain
29. Berikut merupakan tindakan yang perlu ada dalam Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, kecuali
A. Memupuk nilai membenci rasuah
B. Mematuhi sepenuhnya kod Etika Jabatan
C. Bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk memerangi rasuah
D. Melaporkan sebarang kegiatan jenayah kepada pihak polis
30. Pada pendapat anda, mengapakah terdapat pihak yang melakukan pembalakan secara haram?
- Ingin mengaut keuntungan semata-mata
- Menganggap alam sekitar hak individu
- Mengeksploitasi kazanah hutan yang bernilai
- Ingin menghapuskan hidupan liar
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
31. Sikap amanah perlu dipupuk sejak kanak-kanak supaya
A. Mereka tidak terpengaruh dengan budaya negatif
B. Mereka dapat menaikkan imej keluarga
C. Mereka sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat
D. Mereka dapat berbangga dengan diri mereka
32. Apakah yang dimaksudkan dengan menjaga maruah diri?
A. Menjaga nama baik diri dan keluarga
B. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
C. Menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang yang diceburi
D. Melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan
33. Antara berikut, yang manakah bukan cara untuk meningkatkan harga diri?
A. Mempunyai pegangan agama yang kukuh
B. Menjalinkan hubungan mesra dengan anggota masyarakat
C. Mempunyai nilai moral dan akhlak yang tinggi
D. Membanding bezakan kelebihan yang ada pada diri dan orang lain
34. Yang berikut perlakuan individu yang mengamalkan gaya hidup sihat dari segi emosi, kecuali
A. Berupaya menyelesaikan sesuatu masalah
B. Sabar dan tabah ketika berhadapan dengan masalah
C. Sering meletakkan kesalahan terhadap diri sendiri
D. Sentiasa bersikap tenang dan sabar
35. Apakah kesan yang akan timbul sekiranya kita tidak mempunyai harga diri?
- Mudah terjebak dengan gejala negatif
- Dipandang serong oleh masyarakat
- Hilang pekerjaan dan sumber pendapatan
- Struktur keluarga tidak akan berkembang
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
36. Apakah kepentingan mengamalkan sikap amanah dalam melaksanakan sesuatu tugas?
A. Mendapat pujian daripada pihak atasan
B. Dapat memperbaiki kelemahan yang ada pada diri
C. Dapat mempamerkan nilai murni yang ada pada diri
D. Meraih kepercayaan dan keyakinan daripada orang lain
37.Bagaimanakah cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala negatif?
A. Mencuba sesuatu yang baru
B. Mempercayai orang yang baru dikenali
C. Bijak memilih rakan sebaya
D. Mengelakkan diri daripada bergaul
dengan orang lain
38. Apakah peranan remaja untuk menangani gejala sosial?
- Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan
- Menjaga perlakuan diri di hadapan orang yang tidak dikenali
- Berpegang teguh kepada ajaran agama
- Menjauhkan diri daripada perlakuan negatif
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
39. Yang berikut, yang manakah bukan ciri-ciri toleransi?
A. saling memahami
B. saling menghormati
C. mementingkan diri
D. berfikiran terbuka
40. Apakah definisi nilai berdikari?
A. tanggungjawab terhadap tugasan
B. berbudi pekerti dan beradab sopan dalam pergaulan
C. kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu dengan usaha sendiri
D. menerima kritikan orang lain dengan
fikiran terbuka
Soalan 41 hingga 50.
Isi tempat kosong dalam pernyataan di bawah dengan jawapan yang sesuai.
hemah tinggi amanah kesejahteraan pegangan
cemerlang konflik bertanggungjawab keikhlasan produktiviti kesungguhan
41 Seseorang pekerja mestilah menjaga imej syarikatnya dan mencurahkan bakti dengan penuh …………………………………….
42 Prinsip akhlak atau nilai moral perlu menjadi………………………………..dan garis panduan bagi seseorang semasa melakukan sesuatu pekerjaan.
43 Encik Samsudin seorang pekerja yang berpegang teguh pada etika kerja. Dia sama sekali
tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjatuhkan imej syarikat kewangan tempat dia bekerja. Dia ialah seorang yang ………………………………
44 Individu yang mengamalkan sikap amanah merupakan individu yang …………………………….
45 Nilai bertanggungjawab dapat memupuk sikap…………………………………… dalam pekerjaan.
46 Sikap bertanggungjawab penting untuk mewujudkan budaya kerja yang ……………………… bagi sesebuah organisasi.
47 Pekerja yang melakukan sesuuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh dapat membantu meningkatkan …………………………… syarikat.
48 Sikap bertoleransi perlu diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat untuk mewujudkan …………………………………… hidup.
49 Sikap saling menghormati pendapat dan perasaan orang lain amat penting dalam penyelesaian sesuatu…………………………..
50 Pelajar yang mempunyai nilai……………………………….……. akan sentiasa menilai kelakuan diri dan cuba mengatasi kelemahan diri agar dirinya berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
9 comments
perkongsian yang sangat membantu.. harap-harap ramai lagi cikgu yang ikhlas seperti puan
Juz ex-teacher..heheh..cegu berpencen awal..
perkongsian yang sangat membantu, terima kasih
terima kasih... rujukan yang sangat bermakna.
mana cikgu dapat panduan? format dr kementeriaan ka? adakah markah ini akn di hantar kepada lembaga peperiksaan? mohon pencerahan. terima kasih?
soalan ni di ambil dari buku rujukan moral. format..x pasti ttg hal tu, masa tu sy hanya gstt. markah key in yg guna sistem apa tu, sy pun dh lupa.
Informasi sekarang hujung jari ja. Kalau dulu susah betul nak cari informasi.
terima kasih cikgu
Mohon share.. terima kasih..