Sinopsis Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong

Sinopsis Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong Karya Airisz

Cik Bunga Dan Encik Sombong mengisahkan pertemuan yang tak terduga, antara gadis biasa dan jejaka terkacak Malaysia. Segalanya bermula apabila Harris meminta Intan menjadi tunangannya di hari bersejarah itu.

Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

            Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

                “Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

            Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

            Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR? Nak tahu kisah selanjutnya dapatkan novel Cik Bunga Dan Encik Sombong ni di pasaran!

Gambar Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong

Sinopsis novel Cik Bunga Dan Encik Sombong karya Airisz, review novel Cik Bunga Dan Encik Sombong penulis Airisz, gambar dan harga novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, drama Astro Prima adaptasi novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, pelakon drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Astro Prima, Harris Isqandar – Amar Baharin, Intan Asnidar – Amyra Rosli
 Harga novel: Semenanjung (RM22) Sabah/Sarawak (RM25)

Novel Cik Bunga Dan Encik Sombong Diadaptasi Ke Drama Astro Prima

Sinopsis novel Cik Bunga Dan Encik Sombong karya Airisz, review novel Cik Bunga Dan Encik Sombong penulis Airisz, gambar dan harga novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, drama Astro Prima adaptasi novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, pelakon drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Astro Prima, Harris Isqandar – Amar Baharin, Intan Asnidar – Amyra Rosli

Tahniah buat novelis Airisz sebab karya novel dia ni terpilih dijadikan drama di saluran 105 Astro Prima. Baca tajuk novel ni dah tahu jalan cerita drama ni kelak mesti menarik. Part paling mengujakan, pelakon drama Cik Bunga Dan Encik Sombong adalah pelakon kesukaanku! 

Sinopsis novel Cik Bunga Dan Encik Sombong karya Airisz, review novel Cik Bunga Dan Encik Sombong penulis Airisz, gambar dan harga novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, drama Astro Prima adaptasi novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, pelakon drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Astro Prima, Harris Isqandar – Amar Baharin, Intan Asnidar – Amyra Rosli

Watak Intan Asnidar digalas oleh Amyra Rosli manakala hero drama ni Amar Baharin membawa watak sebagai Harris Iskandar. Sama-sama kita tengok drama ni kat kaca tv kelak.

Sinopsis novel Cik Bunga Dan Encik Sombong karya Airisz, review novel Cik Bunga Dan Encik Sombong penulis Airisz, gambar dan harga novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, drama Astro Prima adaptasi novel Cik Bunga Dan Encik Sombong, pelakon drama Cik Bunga Dan Encik Sombong Astro Prima, Harris Isqandar – Amar Baharin, Intan Asnidar – Amyra Rosli
Drama Cik Bunga Dan Encik Sombong bakal bersiaran Ramadhan kelak


EmoticonEmoticon