Viral Pengeluaran Wang ATM Dikenakan Caj GST Melampau

Pengeluaran wang di mesin ATM yang dikenakan GST melampau:
"Keluar duit sendiri pun kena GST, kalau keluar RM1,000 kita akan dikenakan GST RM60," ini antara mesej yang menjadi viral tersebar dengan meluasnya di laman sosial. Gerun? Kalau bagi aku, memang la. Giler kalau GST dipotong sebanyak tu. Just untuk sekali pengeluaran. Duit tak banyak, kena lagi potongan GST setinggi tu. Mau tak simpan duit bawah bantal je nanti. Jangan risau, ianya TIDAK BENAR!

Viral pengeluaran wang ATM dikenakan caj GST melampau, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kesan perlaksanaan GST harga barangan naik, peniaga ambil kesempatan GST, viral GST laman sosial, caj GST tinggi keluarkan wang, ramalan kesan GST, gambar GST, GST Malaysia, mekanisme GST
 Gambar viral ATM kenakan GST melampau

Gambar resit pengeluaran wang dari mesin ATM tersebut menjadi viral dan tersebar berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan diperkenalkan bermula 1 April 2015.

Bulan depan ye. Jadi, seram seriau la rakyat Malaysia bila pemahaman mengenai GST seperti di atas. Semua takut nak keluarkan duit dari ATM. Isu mesej viral ATM versus caj GST ni rasanya dah berlalu 2 minggu yang lepas. Time tu, heboh orang memperkatakan pasal GST.

Viral pengeluaran wang ATM dikenakan caj GST melampau, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kesan perlaksanaan GST harga barangan naik, peniaga ambil kesempatan GST, viral GST laman sosial, caj GST tinggi keluarkan wang, ramalan kesan GST, gambar GST, GST Malaysia, mekanisme GST
GST Malaysia berkadar 6 peratus

Penjelasan sebenar tentang caj GST pada pengeluaran wang ATM
Pengeluaran wang tunai hanya akan dikenakan GST apabila membuat pengeluaran menggunakan perkhidmatan MEPS. MEPS kan ada pada setiap kad ATM korang tu. Sebagai contoh, kad CIMB bank yang dikeluarkan menggunakan mesin ATM Maybank akan dikenakan GST. Jika menggunakan mesin ATM CIMB tidak akan dikenakan GST. GST tidak dikenakan kepada jumlah pengeluaran wang tunai tetapi bagi setiap transaksi pengeluaran iaitu sebanyak RM1.06 berbanding RM1 sebelum ini - Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Seri Khazali Ahmad

Dah! Dah! Jangan risau tak tentu pasal. Pada pihak penyebar berita tak benar tu, usahlah merumitkan keadaan. Jangan sebar informasi yang salah. Sebelum perlaksanaan GST ni, ramai dah bagi respon negatif. Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) ni bakal dilaksanakan bermula bulan April depan. Meh menunggu dengan sabarnya.

Viral pengeluaran wang ATM dikenakan caj GST melampau, cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kesan perlaksanaan GST harga barangan naik, peniaga ambil kesempatan GST, viral GST laman sosial, caj GST tinggi keluarkan wang, ramalan kesan GST, gambar GST, GST Malaysia, teori mekanisme GST
Teori mekanisme GST

*Ramai yang meramalkan kesan selepas GST dilaksanakan, barangan harga pasaran bakal melambung naik. Iye ke? Termasuk segala caj perkhidmatan. Nanti kita sama-sama tengok. Jangan buat kesimpulan melulu dulu. Wait and see. GST untuk kesejahteraan ekonomi negara dan pengguna. Hope tiada peniaga yang mengambil kesempatan.

15 comments

tu la.. jgn percaya bulat2.. kaji dlu.. ini x, men percaya je..

tunggu jelah bila gst nanti dilancarkan..

itu yg sebaiknya dilakukan. bila baca khabar angin kena kaji dahulu. teguran jugak dibuat pada penyebar khabar angin, jgn suka sebar berita yg belum pasti kesahihannya. especially kat facebook

yup tunggu perlaksanaan gst april kelak

aah menunggu dgn penuh kesabaran and santai2..

Hehehe.. jiran saya orang CIMB .. dia gelak je.
Skrang dalam resit memang dah ada GST tu, cer tgk resit minyak .. ada tulis, resit kedai runcit tertentu pun dah ada.

:) baru perasan baru2 ni

Assalamualaikum yumida. sheila rasa memang akan naik banyak. especially yang sediakan perkhidmatan. contohnya kedai makan.. hahahhaha. pasni kena saving, makan kat rumah hari2. takpun bawak bekal pergi mana2 ehehehehe

wah beruntungnye berjiran dgn org bank..bila ada byk persoalan pasal bank blh lepak dgn jiran sblh

aah perasan. aritu ade tgk kat resit minyak. part tax dia letak 0, belum perlaksanaan lg

aah bawak bekal dri rumah lebih jimat. tp kengkdg makanan kat kedai mmg akan menggoda iman kita. nak2 yg tgh panas berasap..hmm sedap dimkn on the spot

hahaha..kalo betul mcm tu mmg tiap kali nk kluar duit je ketar perut2.hahaha lps ni msg2 guna atm yg sma dgn kad ye.abis cerita =)

Keputusan cabutan bertuah dah keluar. Sila view dan email kan maklumat diri :)

http://dyllarezan.blogspot.com/2015/03/cabutan-bertuah-segmen-blogwalking.html

aah pilih atm yg sama dgn kad. tp kad sini terhad pulak atm dia. al maklum la, bandar kecik.

This comment has been removed by the author.


EmoticonEmoticon