Cara Beli & Bayar Produk Astro Go Shop

Cara Beli Dan Bayar Produk Astro Go Shop 
Rancangan tv terbaru Astro iaitu Astro Go Shop di saluran 118 merupakan cara terbaru isi rumah membeli-belah. Kali ni lebih mudah sebab dengan menonton tv channel 118, isi rumah boleh beli produk yang mereka inginkan! Menerusi saluran 118, Astro Go Shop menawarkan pelbagai produk merangkumi barangan elektrik, peralatan bertukang, barangan dapur dan sebagainya. Cukup mudah! Jom shopping di Astro Go Shop sambil menonton tv! Meh tengok macam mana cara nak beli atau order barangan dari Astro Go Shop.

Cara Beli Produk Astro Go Shop
1. Dail talian bebas tol 1 800 82 0088 untuk tempah dan beli produk Astro Go Shop.
2. Operator akan angkat, seterusnya operator tu akan minta butiran seperti NAMA PENUH, ALAMAT DAN CARA PEMBAYARAN.
3. Selesai melakukan bayaran, produk Astro Go Shop akan dihantar terus ke alamat anda.
4. Produk Astro Go Shop juga boleh dibayar ketika sesi penghantaran, cash on delivery (COD).

Haaa.. Kan dah kata mudah je. Dengan telefon je, anda dah berjaya membuat order membeli barangan Astro Go Shop. Tapi nak diingatkan kat sini, talian tu sentiasa hangat! Ada kemungkinan panggilan anda tak terangkat oleh operator Astro Go Shop. So, anda kena buat panggilan sebanyak mungkin, cuba dail nombor tersebut ketika bukan waktu sibuk. Contoh macam waktu malam ke, tengah malam ke, awal pagi ke. Tapi aku tak sure la, operator ni beroperasi 24 jam atau tidak. Tapi try dulu.

Cara beli dan bayar produk Astro Go Shop, Astro Go Shop saluran 118, tempoh penghantaran produk Astro Go Shop, cara bagaimana buat tempahan dan bayaran produk Astro Go Shop

Cara Bayar Produk Astro Go Shop
1. Kad kredit / debit
2. Tunai semasa penghantaran
3. Pelan pembayaran mudah melalui kad kredit

Bagi aku sendiri pembayaran menerusi Maybank2u ataupun Cimbclicks cara terbaik untuk urusan pembayaran produk Astro Go Shop. Mudah! Menjimatkan masa. So, terpulang pada anda nak bayar macam mana.

Tempoh Penghantaran Produk Astro Go Shop
2 hari bekerja bagi penghantaran di sekitar Semenanjung Malaysia.
5 hari bekerja bagi penghantaran di Sabah dan Sarawak.

Aku pun dalam proses nak beli produk kat Astro Go Shop. Serius..produk yang dipromosi kat Astro Go Shop saluran 118 ni semuanya hebat-hebat belaka. Menggoda jiwa dan raga! Susah wei nak cari produk tu kat kedai. Antara barangan Astro Go Shop yang aku nak beli ialah Konstar Master Chopper, Multi Magic Saw dan Steam Q Iron. Best woo!

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

29 comments

tu ler teruja ....baru pagi tadi tengok kotak hitam yang pasang kat kereta harganya berbaloi.....

Ada tengok semalam..menarik jugak ..

you're nominated...http://ifyouknowwhatimean21.blogspot.com/2014/11/liebster-award-dianeeya.html

Jual apa pulak la Astro ni...tak sempat-sempat nak jenguk

ada tengok juga barang2 dia...macam2 ada...

ops..nanti dulu!.jangan cepat sangat order.
Tadi l baru terima iron steamQ ,test je dah rosak .Refund katanya ambil 14hari,harap jangan ada alasan utk tak refund.kalau tak
refund,l akan adukan pada bahagian aduan pengguna.

oh ye ke. thanks inform. sy baru je order iron steam q ni. nanti nk buat test bagai. hope berfungsi dgn baik

This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.

Sis boleh review x steam q iron tu? Betul ke senang guna? Terpengaruh betul tgk demo kt goshop ni..

alhamdulillah saya baru je beli steam q iron tu. belum lagi mencubanya. inshaallah nanti lepas try saya kongsi testimoni guna seterika steam q

Hi sis... bole bg review pasal steam q iron

saya akan usahakan buat review iron steam q dlm masa terdekat ni..inshaAllah

Hi, I'm Nadia, student from UiTM Shah Alam. I'm currently doing a research study regarding of the impact of TV Shopping: Astro Go Shop. Minta tolong jawabkan survey ini https://docs.google.com/forms/d/1DO0y0ta39WtzRb-1horQ8RXeLBMzEBZDI3qJ1U9FYac/viewform?c=0&w=1 TQ so much! Your help is much appreciated :)

Steam iron pun macam nak beli. Tapi kalau boleh bayar ansuran tanpa faedah kan okay sikit. Lagi lah rasa nak beli semua.

Dh beli . hmm demo dalam tv macam best tapi sebenarnya hmmmmm hampa . Kedut kedut baju tk hilang pun . Rasa mcm haddoiiii burn jer duit RM199.00 . Hm lepas ni taknak dah mudah percaya walaupun tengok depan mata . Kita takkan betul betul tau keselesaan selagi tangan ni xpegang xcuba sendiri sesuatu produk tu . Iron biasa lg best . puashati . Kesian steam Q tu duduk terperap dalam almari . kecewa :'(

iron steam q mudahkan gosok baju licin..jimat masa
kalau baju cotton yang tebal agak makan masa sedikit

salam sis... slain bank in online, xde ke cara nak bank in guna cara lain?

untuk kaedah bayar barangan go shop, boleh juga guna cash on delivery (COD). bayar masa diorang serahkan barang tu sama ada serah kat rumah atau pejabat. tapi tak pasti COD tu ada semua tempat ataupun tak.

Aku dah bli 3 brg dpa tp smua cam smpah.magic saw,steam q,n last dr.dental..jenuh aku kumur smpai nk trcbut gigi tp habuk pn xkuar.tngk demo gila2 kuar abis smua can air longkang.goshop mmg pnipu.iron tu aku dpat xsma dgan yg tngk d tv tu.call tnya dpa kta kami mmg ada stu jnis je iron tu.smbang2 pnya smbang n aku tnya mcam2 last2 dia ltak trus tlefon.lahanat pnya orang.tau nk nipu je.ingat snang ke org cari duit.boleh blah la.aku xkan bli lg brang goshop ne.demo lain,tp aku dpat lain.tulisan pda iron tu xsma tau.gosok smpai cabut lngan bru nk elok bek pkai iron 20 hinggit.ne cter btoi tau,bkan nk condem plak.magic saw lg la can smpah.penat aku ggaji pku bru putus satu.dpa bt dmo snang je.mgkin awai2 lg dpa dah rndam dlam asid kot,mna kita nk tau.yg bt dmo pon smua org dpa.cba la bt live.p amk makcik2 kt tpi jlan tu trus suh kumur dr.dental tu,kita tngk bleh kuar apa.mmg xda pape jd pon.mmg skit hati.

Aku dah bli 3 brg dpa tp smua cam smpah.magic saw,steam q,n last dr.dental..jenuh aku kumur smpai nk trcbut gigi tp habuk pn xkuar.tngk demo gila2 kuar abis smua can air longkang.goshop mmg pnipu.iron tu aku dpat xsma dgan yg tngk d tv tu.call tnya dpa kta kami mmg ada stu jnis je iron tu.smbang2 pnya smbang n aku tnya mcam2 last2 dia ltak trus tlefon.lahanat pnya orang.tau nk nipu je.ingat snang ke org cari duit.boleh blah la.aku xkan bli lg brang goshop ne.demo lain,tp aku dpat lain.tulisan pda iron tu xsma tau.gosok smpai cabut lngan bru nk elok bek pkai iron 20 hinggit.ne cter btoi tau,bkan nk condem plak.magic saw lg la can smpah.penat aku ggaji pku bru putus satu.dpa bt dmo snang je.mgkin awai2 lg dpa dah rndam dlam asid kot,mna kita nk tau.yg bt dmo pon smua org dpa.cba la bt live.p amk makcik2 kt tpi jlan tu trus suh kumur dr.dental tu,kita tngk bleh kuar apa.mmg xda pape jd pon.mmg skit hati.

Klau kat sabah pun ada COD Ka? Mohon dibalas ya😊

rasanya sabah dan sarawak diorang pos.
kat semenanjung je ada cod, tapi tak semua tempat ada