Kurang Puas Hati Kualiti Jahitan Baju

Hasil Kualiti Jahitan Baju Tailor Tidak Memuaskan Hati
Bila baju yang kita bayar guna wang ringgit, kemudian dapat hasil jahitan yang tak memuaskan hati, padahal yang jahit tu tailor, ada kedai sendiri lagi tu, jahitan tak kemas, kain mengedut dek jahitan sembarangan, sesungguhnya.. Ia sangatlah menyakitkan hati.

Aku bukan jenis yang cerewet. Nak hasil kerja sempurna 100%, tapi kalau jahitan tu boleh dilihat secara mata kasar, pandang sekali je terus detect ketaksempurnaan hasil jahitan baju tu, speechless aku. Pandangan mata aku disokong oleh hb aku, katanya jahitan tu nampak ketara tak dijahit dengan baik. See, orang lelaki pun boleh nampak kekurangan jahitan baju tu. Ni yang buat aku takmo hantar baju/kain kat tailor Melayu. Tak semua la tailor yang macam tu. Cuma aku je yang tak bernasib baik deal dengan tailor macam tu.

Harga Upah Jahit Untuk Kecilkan Baju RM15
Macam ni kisahnya. Baju aku tu terlebih besar. So, aku suruh tailor kecilkan ukuran baju. Kecilkan bahagian badan, bahu dan pendekkan baju tu. Pada awalnya, aku hantar baju kat tailor Cina yang sebelum ni pernah jahit baju kurung biasa dan baju kurung moden aku. Cuma part kecilkan baju, dia tak ambik. So, aku pun hantar kat kedai tailor lain. Means yang tailor Melayu ni la. Bayaran harga upah jahit untuk kecilkan baju dia caj RM15.00. Wokeh set, aku suruh dia buat. Tak sangka lepas hantar baju kat situ, macam-macam hal pulak jadi.

Antara sebab aku tak puas hati:

Jahitan tailor, hasil kualiti jahitan baju tailor tidak memuaskan hati, harga upah jahit untuk kecilkan baju RM15, jahitan tailor teruk, alter baju tak kemas, jahitan sembarangan, kain dijahit berkedut, tempoh jahit baju
 1. Boleh dikatakan keseluruhan bawah kain ketara nampak berkedut dek jahitan tu. Kalau sikit je berkedut takpe, lagipun aku sendiri pun pernah menjahit, pernah juga terjadi jahitan mengedut, tapi tak la kesemua jahitan jadi macam tu. Tailor tuu..dah tahap profesional menjahit.
2. Ukuran bahu bahagian ketiak kiri baju terasa sempit, ukuran tak sama dengan bahagian kanan.
3. Baju yang dah dijahit tak diseterika, sepatutnya baju pelanggan yang mereka dah jahit diseterika sebelum dikembalikan kepada pelanggan. Jadi, tak menghairankanlah jahitan baju nampak menggelembung lepas dijahit.
 Jahitan tailor, hasil kualiti jahitan baju tailor tidak memuaskan hati, harga upah jahit untuk kecilkan baju RM15, jahitan tailor teruk, alter baju tak kemas, jahitan sembarangan, kain dijahit berkedut, tempoh jahit baju
4. Korang saksikanlah sendiri. Seolah-olah kain baju dijahit dalam keadaan tergesa-gesa. Ada bahagian nampak bagus, ada bahagian nampak buruk. Ni, kalau korang tengok secara real, sure korang sendiri terkejut. Takde jahitan sisi pun. Cuba korang tengok guntingan kain, cara jahitan kain, lebihan kain tak dikemaskan secara baik.
 Jahitan tailor, hasil kualiti jahitan baju tailor tidak memuaskan hati, harga upah jahit untuk kecilkan baju RM15, jahitan tailor teruk, alter baju tak kemas, jahitan sembarangan, kain dijahit berkedut, tempoh jahit baju
5. Lebihan benang pun tak digunting. Dibiarkan menjalar berpanjangan. Malah korang boleh tengok secara jelas bagaimana kualiti jahitan dan guntingan kain tersebut. Agak mengecewakan. Langsung tak kemas.
4. Kedai tailor tu sentiasa tutup. Menyukarkan aku sebagai pelanggan nak ambil baju yang dah siap dijahit. Hingga memakan sebulan lamanya. Bila di SMS tanya kedai buka atau tak, tailor tak reply. Geram jugak jadinya.

Kesimpulannya, aku menyesal hantar baju kat situ. Next time, sorry. Takde sesi kedua untuk anda jahit baju aku. Nasihat aku, bila buat kerja tu, fokus. Buat secara terperinci, memandangkan pelanggan anda bayar guna wang ringgit. Jadi, jahitan juga harus dalam keadaan terbaik, selari dengan tugas anda sebagai tailor.

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa tak suruh dia jahit lagi semula. Hmm..malas la aku. Kang tak pasal-pasal aku kena tuntut baju aku untuk sebulan lagi lamanya. Entah-entah hasil jahitan pun tetap sama.

Nak tahu harga upah jahit baju? Terjah!

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

14 comments

looo memang tak puas ati..nampak kedut nyee..

memang tak puas hati pun.. lain kali tak yah hantar situ dah..

Aah la...nampak tak senonoh sikit jahitannya...

Hisy, teruk giller ni! Dahlah caj kat kita tp buat ala kadar aje... kompelin jer!

Ini jahitan tailor praktikal namanya...

jelas sangat tu..saya yang jarang2 menjahit pun tahu jahitan macam tu kira fail.
kalau profesional tak gunting, tak jahit macam tu.
dah terkena kan..takpe ini jadikan pengajaran.

Huhuhuhu kalau kena gini Kak Lya pon naik hantu ..Ya la baju kita mahu tak marah ..adehhh..........

Ni jenis yang malas buat kerja ni.kerja sambil lewa..kalaunak kata tak tahu jahit mesti semua jahitan tak cantik ..ni adayg ok ada yg tak ..tu kira malas la tuuuuuuuuu..

ye..kalau akak pun malas dah la nak pi bertekak kat situ..kan>.nak suruh dia jahit balik silap2 kita pi cekik dia mati kat situ..jahahahh

mesti da takde mood nak pakai baju tu kan
kalau saya tu dah geram tahap tak boleh cakap :)

Boleh ke guna mYbank..akak klik kat update akaun bank tu tak de pun mybank.semua tulisan china entah apa akak tak paham pun.akak letak dah iklan giniee tu tapi tak update pun no akaun kat diaorang..nanti buat ye entry tu...mekasih..

ish, memang xcntk lgsg..mcm keje org yg xde ilmu psl jahitan je.mmg xptt la..mcm mn blh btahan kdi tu ye..ptt la sll tutup.

Semadi nadai jak owg tok jahit baju.