Beli Sampul Prabayar PosLaju Tulen Bukan Palsu

Daripada produk kecantikan, pakaian, barangan beg kulit dan segala macam produk yang sentiasa mendapat permintaan tinggi pengguna, mesti ada jugak kes barangan tiruan a.k.a PALSU! Terkini, sampul prabayar PosLaju yang dibeli oleh pengguna dikesan palsu!

Orang ramai diminta berwaspada dengan kewujudan sampul prabayar PosLaju palsu setelah Pos Malaysia Berhad mengesan perbuatan menjual dan mengedarnya dalam pasaran.

Beli sampul prabayar poslaju tulen bukan palsu, lokasi beli sampul prabayar poslaju tulen, asli, original, lapor produk palsu sampul prabayar poslaju, gambar sampul prabayar poslaju, ejen sah jual sampul prabayar poslaju, denda dan hukuman beli dan jual sampul prabayar poslaju palsu, penipuan sampul prabayar poslaju, sampul pos tiruan 
Bungkusan prabayar Poslaju yang aku terima baru-baru ni. Sampul prabayar Poslaju warna oren pengeposan dalam Semenanjung Malaysia. Sampul prabayar Poslaju warna biru pengeposan untuk ke Sabah dan Sarawak. Biasanya, aku terima yang warna biru tu, tapi ni warna oren, sure tersilap pilih sampul. Tapi takpe, janji sampai. Hihi..

Beli sampul prabayar PosLaju di pejabat pos

Orang ramai dinasihatkan hanya membeli sampul prabayar PosLaju tulen di pejabat pos, pusat PosLaju dan ejen PosLaju yang sah. Ingat kat pejabat pos dan ejen sah. Selain dari tu, jangan beli. Khuatir jika ianya sampul prabayar PosLaju palsu.

Jumlah sampul prabayar PosLaju palsu dikesan

Sebanyak 1,300 sampul PosLaju palsu pelbagai saiz dirampas setakat ini. Banyak tu! Dalam kes ni siapa yang rugi? Pengguna jugak yang rugi. Mana taknya, beli dari ejen yang tak sah, lepas tu sampul prabayar PosLaju pulak tak tulen, sampul prabayar PosLaju palsu, bila pihak Pos Malaysia semak dan scan, sah bukan sampul rasmi dikeluarkan oleh Pejabat Pos. Diri sendiri yang rugi. So, kita sebagai pengguna berhati-hatilah membeli barang. Beli yang tulen.

Kesan dan akibat menggunakan sampul prabayar PosLaju palsu

Pengguna produk palsu itu menghadapi risiko barangan mereka tidak diterima untuk dihantar selain berdepan tindakan undang-undang. Manakala bagi penjual sampul prabayar PosLaju pula, kesalahan menghasilkan, me­nge­dar, menjual dan memproses produk pos palsu dan tiruan, hukuman denda hingga RM500,000 atau penjara hingga 5 tahun, atau kedua-duanya.

Lapor aktiviti sampul prabayar PosLaju palsu

Pos Malaysia meminta orang ramai melaporkan sebarang kegiatan haram menghasilkan, mengedar dan menjual produk palsu Pos Malaysia dengan menghubungi PosLine 1-300-300-300 atau emel kepada care@pos.com.my atau cawangannya yang terdekat. Kredit: Sampul surat prabayar poslaju palsu
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

8 comments

lor sampul pos laju pon ada org ciplak? manusia2 ni..aduhai....xphm btl lah.

wah...ada jugak ye...ish2...

*nak ajak join giveaway blog nieyl,klu sudi..:)
http://seindahcerita.blogspot.com/2014/11/giveaway-blog-nieyl.html

sampul pos laju pun ada jugak pelsu ek...asal boleh je orang2 ni nak menipu kan :)

lah..sampul tu pun ada palsu..ish3..

ada yg palsu ke??? nasib selama ni memng g pej pos klau nk beli smpul ni...klau x naya...

mcm mne nk define yg palsu ye? sbb ade jumpa org jual rm4 skeping..bila tnya lebih sampul dia

x pasti mcm mana nak bezakan yg palsu dgn poslaju tulen. klo nak lbh selamat bli terus dari pejabat pos