Urus Harta Pusaka Sebelum Meninggal - WASIAT

Harta Pusaka Menjadi Rebutan!
Kalau tengok dalam drama tv, sering sahaja harta pusaka menjadi rebutan selepas ketua keluarga meninggal. Ianya menjadi lebih teruk jika tiada pengurusan awal mengenai harta pusaka. Maka berbalahlah mereka sekeluarga menginginkan bahagian harta pusaka yang banyak! Malah ada yang sanggup melaksanakan rancangan jahat demi mengaut lebih banyak harta pusaka. Wasiat.. Dengan wasiatlah harta pusaka dapat diagihkan dengan sebaiknya. Tiada pertengkaran dek masing-masing yang nak bahagian harta pusaka yang banyak.

Buat Wasiat Awal
Pengurusan harta pusaka penting kerana ia berkait rapat dengan keamanan si mati di alam barzakh. Bayangkan di masa hidupnya, arwah tak sempat nak buat wasiat. Tambahan lagi, harta yang dimilikinya begitu banyak. Pastinya dengan ketiadaan wasiat, pertelingkahan merebut harta pusaka mudah tercetus. Masing-masing bertengkar merebut harta yang banyak. Hingga terlupa, si pemilik awal harta telah meninggal dunia. Tiada doa dititipkan. Tiada sedekah dihantar. Melainkan perang mulut yang membingitkan di dalam rumah.

Kepentingan urus harta pusaka, agih harta pusaka dan tulis wasiat, cara urus harta pusaka, perbalahan, pergaduhan, perkelahian, pertengkaran merebut harta pusaka, kesan tiada pengagihan harta pusaka dan wasiat

Cara Pengurusan Harta Pusaka
Jika harta si mati kurang daripada RM2 juta, permohonan tadbir pusaka boleh dipohon daripada Seksyen Pusaka Kecil, Pejabat Tanah atau Amanah Raya. Manakala, jika harta melebihi RM2 juta maka permohonan tadbir pusaka hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi.
Hanya selepas mendapat surat tadbir pusaka, pentadbir akan memohon kepada mahkamah syariah untuk sijil faraid. Selepas mendapat sijil faraid, maka harta pusaka akan dibahagi-bahagikan. Ini adalah kes paling mudah dan berakhir dengan aman damai.

Mesej Tentang Pengurusan Harta Pusaka Yang Menyentuh Hati
Janganlah kita mati meninggalkan harta yang banyak tetapi tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada kita dan keluarga. Dalam kubur, kita seorang tanpa boleh dibantu sesiapa. Anak-anak, isteri, sanak-saudara tidak memberikan sedekah doa kerana sibuk dengan perbalahan harta pusaka. Jika semua harta kita dapat diselesaikan dengan segera, kita juga akan aman menemui Pencipta. Harta, tiada salah mencarinya tetapi tinggalkan ia secara terbaik sebelum kita mati. Kredit: Harta Pusaka

Urus Harta Pusaka Dan Buat Wasiat Awal
Untuk mengelak sebarang perkara tak diingini khasnya perbalahan keluarga, adalah elok urusan harta pusaka ni dilaksanakan ketika masih hidup. Buat wasiat terus. Dalam Islam pun menyuruh kita buat wasiat awal, khasnya ketua keluarga. 
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

4 comments

benda ni memang kalau nak di jelas kan memang panjang lebar..

selalu tgk drama rebut harta wasiat semua. hehe

Ya betul tu, kerana harta pusaka, adik-beradik boleh gaduh. Sebagai persiapan buat wasiat, senang cerita.

Perkara ni mmg penting namun ada sesetengah yg salah anggap & memandang mudah perkara2 mcm ni..