Resepi Kek Keju (Cheese Cake) Sedap!

Wokeh, jangan ingat orang pompuan je hebat kat dapur. Ni haa, mempersembahkan hasil air tangan hb aku dalam membuat kek. Kek keju!

Komen aku untuk kek keju ni, serius sangat sedap! Sebijik macam jual kat kedai kek tu. Yang slice kecik-kecik yang dijual sekitar RM6 lebih. Manis sedang-sedang, kelunakan keju tu memang terasa. Awesome la! Korang mesti cuba! Bahannya pun senang je! Simple!

Resepi kek keju (cheese cake), bahan-bahan membuat kek keju, cara membuat kek keju, gambar kek keju, cheese cake, harga kek keju

Bahan-bahan:
3 biji telur ayam gred B
500 gram krim cheese
½ sudu makan tepung jagung
100 gram gula halus
1 sudu the esen vanilla

Cara membuat kek keju:
1. Pukul gula dan cheese sampai putih.
2. Pukul telur, satu per satu.
3. Masukkan tepung jagung dan esen vanilla. Letak adunan kek ke dalam loyang.
4. Panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius. Guna api atas bawah (both)
5. Bila oven dah panas, masukkan loyang. Biarkan selama 20 minit.
6. Selepas tempoh tersebut, tukar suhu oven kepada 100 darjah celcius selama 10 minit lagi. Guna api atas bawah juga (both).
7. Lepas tempoh tu, boleh check dari cermin oven, kalau kek tu dah mula tanggal dari sisi loyang, itu bermakna kek anda dah masak. Siap! Mudah je kan.

Haaa..kan dah kata senang je! Kalau korang free, try-try la membaking nanti.

8 comments

yummy...eeeh simple jer....boleh cuba nie....

Nak cuba buat la. Penat beli kat kedai dan selalunya agak mahal. Huhuhu

tengok pun dah sedap, omg. daknyeee hihihi

Mcm senang je resipi tue.
Nampak sedap dan lembap2 gitu.

senang nya..ni yang buat akak tak sabar nak try nih..

sedapnya.. nak pinjam resepi boleh?


EmoticonEmoticon