Resepi Kari Daging Pekat Tanpa Santan

Resepi Kari Daging Pekat Tanpa Santan
Menu iftar berbuka puasa 2017 kegemaranku kari daging pekat tanpa santan. Yeah.. makan bersama nasi panas memang bertambah sampai 2-3 kali. Kekenyangan! Kalau tak dimasak bersama santan, jadi kari daging tu masak dengan apa? Ha nak tahu? Inilah resepiku. Jom lihat cara masakannya.

Senarai Bahan Dan Cara Masak Kari Daging Pekat Tanpa Santan
resepi kari daging pekat tanpa santan, resepi iftar 2017, menu berbuka puasa Ramadan 2017, cara masak kari daging pekat tanpa santan sedap dan mudah, masak kari daging guna susu cair susu sejat, beli pressure cooker trio lazada
Berikut merupakan bahan yang digunakan untuk buat kari daging pekat tanpa santan dan cara membuatnya.
Bahan-bahan:
300  gram daging lembu (lebih kurang semangkuk daging)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Serai
1 kiub pati ayam
Kayu rempah 4 sahabat tu
Asam jawa
Garam
Susu cair / susu sejat
4 sudu makan serbuk kari
½ batang lobak merah dipotong memanjang
Sayur kacang hijau

Cara memasak:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga lumat. Bersihkan daging dan toskan. Tumis bahan yang ditumbuk beserta kayu rempah 4 sahabat tadi sehingga kekuningan. Masukkan serbuk kari. Tumis kesemuanya sehingga ia pecah minyak.

Masukkan daging, kiub pati ayam dan air. Biarkan ia mendidih sehingga daging benar-benar empuk. Masukkan asam jawa dan garam. Biarkan seketika sehingga air daging dalam kuali kering. Kemudian masukkan susu cair ½ tin, sayur kacang hijau dan lobak merah. Susu cair ni kita gunakan untuk gantikan santan. Sebab sesetengah orang tak sukakan santan. Jadi boleh ganti masakan dengan susu cair. Lagi sedap. Lemak berkrim. Masak sehingga sayur layu. Siap!

Masak Kari Daging Pekat Tanpa Santan Menggunakan Pressure Cooker Trio Dari Lazada
resepi kari daging pekat tanpa santan, resepi iftar 2017, menu berbuka puasa Ramadan 2017, cara masak kari daging pekat tanpa santan sedap dan mudah, masak kari daging guna susu cair susu sejat, beli pressure cooker trio lazada
Pressure Cooker Trio

Tahukah anda dengan menggunakan Pressure Cooker Trio ni, kerja melembutkan isi daging bertambah mudah. Ianya menjimatkan masa merebus daging di dapur. Pressure Cooker Trio membuatkan daging dimasak menjadi empuk dengan cepat. Kalau kat rumah tak ada Pressure Cooker perlukan 40 minit untuk empukkan daging. Tapi dengan adanya Pressure Cooker hanya mengambil masa 15 minit empukkan daging. See, hebat la benda ni.

Kat rumah saya ada satu. Sentiasa digunakan setiap kali masak daging, rebus kacang soya, kacang hijau, kacang merah, kacang dal, semua benda-benda keras la. Mana nak beli? Dapatkan pemanggang hebat ni di Lazada, klik sini: PRESSURE COOKER TRIO 9.0L

 
Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya sale (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) that will take place from May 19 to 30 June (where you can find special discounts up to 90%!). Jadi tunggu apa lagi…rebut segera peluang bershopping dengan kadar murah! Jimat wooo!!!

Nak pikat hati mak mertua bulan puasa ni? Ha cubalah resepi kari daging pekat tanpa santan atas tu. Confirm mak mertua suka. Request nak lagi. Senang untuk mereka mengunyah daging. Tak liat, lembut dimakan. Selamat mencuba.

This Is The Newest Post


EmoticonEmoticon