Gambar Gubahan Hantaran Coklat, Sumi & Gula-Gula

Gubahan hantaran coklat 2017/ 2018. Jom lihat gambar gubahan hantaran coklat, sumi dan gula-gula. Hari ni nak share deco hantaran coklat. Mana tahu pada sesiapa yang tercari idea nak buat gubahan hantaran coklat simple, boleh la rujuk dalam video ni (rujuk link di bawah). Gubahan hantaran coklat ferrero rocher antara permintaan paling tinggi di kalangan pelanggan. Sebabnya, ia nampak cantik bila dihias, lagi satu sebab ia terlampau sedap. Memandangkan rasanya yang terlalu sedap, harga coklat ferrero rocher pun buat mata tak sedap memandang. Hihi..agak mahal sikit.

Kreatif betul diorang buat hantaran coklat, dah macam sejambak bunga mekar. Hebat! Lihat video ↓↓↓

Pastinya bayaran upah untuk buat gubahan hantaran coklat ferrero rocher sedikit tinggi. Jadi, kalau nak jimat kos kita kena kreatif sedikit, buat gubahan hantaran coklat dan gula-gula sendiri. Maksudnya diy la; do it yourself. Boleh rujuk kat internet, banyak jer orang share tutorial buat gubahan hantaran coklat. Kalau rajin, boleh buat sendiri. Tapi kalau nak mudah dan senang, tempah je kat mana-mana pembuat barang hantaran.

Saya paling suka tengok gubahan hantaran coklat dalam bakul. Nampak macam senang dibuat je. Yang penting kita deco dulang hantaran, baru nampak meriah. Lekat bunga dan reben sekitar dulang dan bakul hantaran. Kat dalam bakul tu, kita letak la coklat. Tak kisah jenama apa. Nak letak gula-gula dan sumi pun boleh. Yang penting kena nampak kreativiti kat situ. Hias-hias sikit.

gubahan hantaran coklat simple, gubahan hantaran coklat ferrero rocher, gubahan hantaran coklat dan gula-gula, deco hantaran coklat, gubahan hantaran coklat dalam bakul, gubahan hantaran coklat dalam balang kaca, gubahan hantaran sumi, gubahan hantaran coklat 2018, gubahan hantaran coklat kitkat
Gubahan hantaran coklat Ferrero Rocher

Haaa! Gubahan hantaran coklat dalam balang kaca pun cantik! Balang kaca kan transparent so nampak la coklat yummy dalam tu. Kat balang kaca tu nanti kita pun boleh hias dengan manik, bunga dan reben. Coklat Cadbury antara yang paling popular digunakan sebagai hantaran tunang dan kahwin. Sedap tau Cadbury. Eh ada jugak yang buat gubahan hantaran coklat kitkat. Kitkat pun boleh tahan kesedapannya.

gubahan hantaran coklat simple, gubahan hantaran coklat ferrero rocher, gubahan hantaran coklat dan gula-gula, deco hantaran coklat, gubahan hantaran coklat dalam bakul, gubahan hantaran coklat dalam balang kaca, gubahan hantaran sumi, gubahan hantaran coklat 2018, gubahan hantaran coklat kitkat
Gubahan hantaran sumi

Gubahan hantaran sumi juga antara benda wajib dalam hantaran. Wajib bagi saya la. Sebab ianya nampak cantik bila di dekorasi. Nampak meriah la dulang-dulang hantaran. Sumi ni dihias macam coklat jugak. Dibuat dalam bentuk buah-buahan, ada yang buat dalam bentuk bunga, buah anggur, bermacam kreativiti. Ada yang buat hantaran agar-agar kering. Cantik bila di deko dalam betuk jambangan bunga.

gubahan hantaran coklat simple, gubahan hantaran coklat ferrero rocher, gubahan hantaran coklat dan gula-gula, deco hantaran coklat, gubahan hantaran coklat dalam bakul, gubahan hantaran coklat dalam balang kaca, gubahan hantaran sumi, gubahan hantaran coklat 2018, gubahan hantaran coklat kitkat
Gubahan hantaran gula-gula

So, tengok la dalam video tu, ada pelbagai koleksi gubahan hantaran sumi yang menarik. Boleh jana idea untuk buat gubahan hantaran coklat dan gula-gula dalam bentuk rumah. Cantik!! Selamat mencuba. Pssst! Boleh hadiahkan hasil kreativiti tangan kita membuat gubahan hantaran coklat, sumi dan gula-gula untuk adik-beradik kita mahupun sanak saudara kita.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

1 comments so far

Salam sis yumida.

lamak sik jenguk sitok. Salam aidiladha.