Gubahan hantaran coklat 2017/ 2018. Jom lihat gambar gubahan
hantaran coklat, sumi dan gula-gula. Hari ni nak share deco hantaran coklat. Mana
tahu pada sesiapa yang tercari idea nak buat gubahan hantaran coklat simple,
boleh la rujuk dalam video ni (rujuk link di bawah). Gubahan hantaran coklat
ferrero rocher antara permintaan paling tinggi di kalangan pelanggan. Sebabnya,
ia nampak cantik bila dihias, lagi satu sebab ia terlampau sedap. Memandangkan rasanya
yang terlalu sedap, harga coklat ferrero rocher pun buat mata tak sedap
memandang. Hihi..agak mahal sikit.
Kreatif betul diorang buat hantaran coklat, dah macam
sejambak bunga mekar. Hebat! Lihat video ↓↓↓
Pastinya bayaran upah untuk buat gubahan hantaran coklat
ferrero rocher sedikit tinggi. Jadi, kalau nak jimat kos kita kena kreatif
sedikit, buat gubahan hantaran coklat dan gula-gula sendiri. Maksudnya diy la;
do it yourself. Boleh rujuk kat internet, banyak jer orang share tutorial buat
gubahan hantaran coklat. Kalau rajin, boleh buat sendiri. Tapi kalau nak mudah
dan senang, tempah je kat mana-mana pembuat barang hantaran.
Saya paling suka tengok gubahan hantaran coklat dalam bakul. Nampak
macam senang dibuat je. Yang penting kita deco dulang hantaran, baru nampak
meriah. Lekat bunga dan reben sekitar dulang dan bakul hantaran. Kat dalam bakul
tu, kita letak la coklat. Tak kisah jenama apa. Nak letak gula-gula dan sumi
pun boleh. Yang penting kena nampak kreativiti kat situ. Hias-hias sikit.
Gubahan hantaran coklat Ferrero Rocher |
Haaa! Gubahan hantaran coklat dalam balang kaca pun cantik! Balang
kaca kan transparent so nampak la coklat yummy dalam tu. Kat balang kaca tu nanti
kita pun boleh hias dengan manik, bunga dan reben. Coklat Cadbury antara yang
paling popular digunakan sebagai hantaran tunang dan kahwin. Sedap tau Cadbury.
Eh ada jugak yang buat gubahan hantaran coklat kitkat. Kitkat pun boleh tahan
kesedapannya.
Gubahan hantaran sumi |
Gubahan hantaran sumi juga antara benda wajib dalam hantaran.
Wajib bagi saya la. Sebab ianya nampak cantik bila di dekorasi. Nampak meriah
la dulang-dulang hantaran. Sumi ni dihias macam coklat jugak. Dibuat dalam
bentuk buah-buahan, ada yang buat dalam bentuk bunga, buah anggur, bermacam
kreativiti. Ada yang buat hantaran agar-agar kering. Cantik bila di deko dalam
betuk jambangan bunga.
Gubahan hantaran gula-gula |
So, tengok la dalam video tu, ada pelbagai koleksi gubahan
hantaran sumi yang menarik. Boleh jana idea untuk buat gubahan hantaran coklat
dan gula-gula dalam bentuk rumah. Cantik!! Selamat mencuba. Pssst! Boleh hadiahkan
hasil kreativiti tangan kita membuat gubahan hantaran coklat, sumi dan gula-gula untuk adik-beradik kita mahupun sanak saudara kita.
1 comments so far
Salam sis yumida.
lamak sik jenguk sitok. Salam aidiladha.
EmoticonEmoticon