Plan nak beli gelongsor kanak-kanak, yang orang panggil kids slider tu.
Saat ini aku tersangat la busy nak beli dan pilih gelongsor murah. Haruslah
murah, baru jimat duit. Rata-rata banyak yang jual gelongsor anak pada harga
RM150. Ada yang paling murah RM120, paling mahal ada cecah RM250.
Gelongsor macam ni la aku nak beli |
Satu je tak best pasal jualan gelongsor ni, cepat habis stok, baru je
semangat kita nak pm, sent whatsapp siap screenshot gambar gelongsor, hmm tak ade
rejeki. Susah jugak erk beli barang online ni.
Lagi satu masalah aku dalam proses nak beli gelongsor anak. Tak ada
perkhidmatan pos gelongsor ke Sarawak. Hanya di Semenanjung Malaysia sahaja. Frust
tak frust. So far, aku jumpa 3 seller je
yang sudi pos ke Sarawak.
Facebook atau Instagram paling mudah shopping barang? Bagi aku,
Instagram mudahkan aku survey harga barang yang aku nak beli. Contoh macam
gelongsor anak, kitchen playset, make up playset.. 3 benda ni buat jari aku
tetibe rajin nak godek barang kat insta.
Loading gambar kat insta lebih cepat dari facebook. Juga ia terpapar
sekaligus, kalau facebook ni kena banyak skrol. So, buat korang yang nak
berniaga online tu, banyakkan up gambar bisnes korang kat insta, hashtag jugak
mainkan peranan penting. Hmm, best pulak kan orang meniaga ni, buat duit..
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
1 comments so far
Teringin juga nak beli ni.. Anak2 mmg suka la main..