Harga Upah Jahit Baju Kurung Terlalu Murah!! Tak Berbaloi Dengan Harga Tu!

Sebelum ni, pernah aku kongsikan kisah aku hantar baju untuk dijahit oleh tailor yang hebat. Baju tu, baju untuk raya. So, selepas survey, aku dapati harga yang ditawarkan oleh tailor tak sama. Berbeza. Ada yang naik RMxx. Boleh baca kat sini: Harga Upah Jahit Baju Kurung Biasa.

Bila tailor tawarkan harga upah jahit yang berbeza, yang satu murah, yang satu mahal, sure sebagai pelanggan kita nak pilih upah baju yang murahITU PILIHAN KITA. So, kepada tailor jangan sentap bila pelanggan kata nak pilih tailor yang menawarkan harga upah jahit baju murah. Itulah dinamakan PENGGUNA BIJAK. Pengguna yang membuat keputusan nak pilih tailor mana. Yang memberi penjimatan. Bukan pasal isu, kos upah di kampung murah, kos upah di bandar mahal. Bukan juga isu pasal cubalah jahit sendiri, berbaloi ke tidak dengan harga upah jahit baju tu.

Harga upah jahit baju kurung biasa, Harga upah jahit baju kurung moden, baju Raya 2014
Shopping baju raya kat sini

“Harga tu terlalu murah! Tak berbaloi dengan penat lelah menjahit! Bengkok tulang belakang. Kurang masa dengan keluarga dengan rumah tak terurus. Nak menjahit tu pun bukannya mudah. Cuba buat sendiri..baru tahu berbaloi ke tak letak harga semurah tu”

Dah tailor tu bagi harga SEMURAH tu takkan kita pulak datang ke kedai dia mempertikaikan mengapa bagi harga murah. Ngok ke apa. Itu namanya rezeki. Rezeki dapat jahit baju dengan kos yang murah. Rezeki dapat dipertemukan dengan tailor yang ambik kos upah jahit baju murah.

Persoalan berbaloi ke tidak harga upah jahit tu, bukan perlu ditanya pada pembeli. Tapi tanya la kepada tukang jahit itu sendiri. Itu baru logik. Dah mereka yang jahit, mereka yang setkan harga upah menjahit. Dia nak letak harga murah, dia punya pasal. Dah dia sendiri yang nak orang bayar dia dengan harga tu. Jadi, pelanggan macam aku ni pun berebut-rebut la nak guna service menjahit dia. Pelanggan ON je, kalau tailor letak harga upah menjahit berapa. Salahkah harga yang dia letak terlalu murah? Memang kita tahu, menjahit tu sangat sukar, penat, rumit, meletihkan..tapi dah dia rate service dia harga banyak tu, nak kata apa lagi. Sebab tu wujudnya banyak tailor kat muka bumi ni, supaya pelanggan boleh memilih.

Dah survey semua tailor, yang ambik upah jahit murahlah yang kita pilih. Pelanggan/ pembeli memang suka bila orang tawarkan harga produk pada harga MURAH. Kemudian terpulang pada pelanggan/ pembeli nak pilih yang mana. Nak pilih produk paling murah harganya, atau produk yang naik sedikit harganya.

Begitu juga macam kes jahit baju ni. Mestilah kita nak pilih tailor yang tetapkan harga upah jahit baju yang paling murah. Dah kita jadi bos. Kita la yang buat pilihan untuk kita sendiri. Terimalah kenyataan.

Realitinya tahun ni (2016), sebanyak 4 pasang kain aku hantar tailor di kampung. Lagi murah giler harga upah jahitnya. Dalam entry tu, tahun 2014 harga upah jahit baju kurung biasa RM30, harga upah jahit baju kurung moden RM38. Tapi dengan tailor kampung yang hebat tu, dia cuma ambik upah jahit baju kurung biasa/ baju kurung moden pada harga RM25 sepasang baju. Keempat-empat baju tu aku suruh buat baju kurung moden. RM25 je upah sepasang. Murah gila kan??? Jadi, terimalah realiti… Ini kisah benar, bukan direka-reka. Salam Ramadan.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

6 comments

Wah.. Murahnya.. Semoga tailor itu sentiasa dilimpahi rezeki kerana masih menawarkan harga yang murah.. Aamiin..

kualiti ok x? kalo ok, kira rezeki awk la..

hehe taknak komen pasal entry sebab mak ain tukang jahit lpastu ain nmpk susah pyh dia jahit. huhu. Singgah sini klik tabung sis :D hi sis !

Kat mana upah tu. Blh kongsikan ke?