Aplikasi Ez-ADU memudahkan pengguna membuat aduan mengenai isu kepenggunaan umpamanya salah laku peniaga dalam GST. Yang bestnya pasal aplikasi Ez-ADU ni kita boleh buat aduan terus hanya melalui telefon pintar. Bila kita buat aduan pasal peniaga yang ambil kesempatan perihal GST ni, peniaga tersebut akan diambil tindakan!
Dengan
aduan yang dibuat oleh pengguna menerusi aplikasi
Ez-ADU ni, ianya membantu KPDNKK memantau pelaksanaan Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) oleh peniaga.
Cara buat aduan menggunakan aplikasi
Ez-ADU
Ada 4
langkah untuk membuat aduan GST.
1. Masukkan
butiran aduan
2.
Buat laporan aduan
3. Buat
geo tagging
4. Sertakan
gambar salah laku peniaga sebagai bukti
Menerusi
aplikasi Ez-ADU ni, pengguna boleh menyemak status aduan yang telah dibuat
dan melihat tindakan yang diambil
oleh pihak KPDNKK terhadap aduan tersebut.
Ciri-ciri aplikasi Ez-ADU
- Aplikasi Ez-ADU bertujuan sebagai
medium pengguna membuat aduan terhadap peniaga berkaitan isu kepenggunaan dan
salah laku GST. Boleh buat aduan
bergambar di mana pengguna boleh mengambil gambar dan memuat naik imej sebagai
bukti kesalahan serta perkhidmatan 'geotag' bagi mengenal pasti lokasi
kesalahan yang diadu.
-
applikasi yang sesuai untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi
Android 3.0 ke atas.
-
untuk penggunaan Android sahaja.
-
dilengkapi dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Inggeris.
- disambung
terus ke media rasmi dan sistem e-aduan KPDNKK.
- aplikasi Ez-ADU mesra pengguna. Mudah digunakan.
- disertakan
panduan pengguna secara visual.
- boleh
buat semakan aduan.
- dapat
lihat sejarah aduan.
- ada
pilihan tetapan masuk secara automatik.
Sumber:
Aplikasi Ezi-ADU & Buat
aduan GST
Cara daftar sebagai pengadu menerusi aplikasi
Ez-ADU
Daftar
sebagai pengadu GST dan hal kepenggunaan dengan menggunakan nama, emel, nombor
telefon, kata laluan, pengesahan kata laluan dan nombor kad pengenalan. Yeah,
itu je. Kalau korang berdepan dengan peniaga tak beretika, yang suka ambil
kesempatan pasal GST ni, haa buat je aduan terus.
Lagi kisah pasal GST:
Eh
eh, tak semua kedai ada GST. Contoh yang ni: Beli
Barang Kat Kedai Tiada GST.
Seronok weh berjimat duit kat kedai sebegini.
Kedai
Pamer Harga Barang Sebelum & Selepas GST – ianya tersangatlah memudahkan pelanggan. Tak perlu
pelanggan nak keluarkan telefon masing-masing untuk kira cukai 6 peratus.
Nak
pos barang / bungkusan? Pos Laju dah naik harga. Terjah: Senarai
Harga Baru Pos Laju Selepas GST
Nak check
peniaga tu daftar GST ke tak, rujuk entry ni: Cara
Semak Status ID Peniaga Kedai Daftar GST. Jangan tertipu dengan peniaga yang kaut kuntungan, tapi
tak daftar GST.
3 comments
nice sharing
I love your article. You can visit my website.
avg pro free download
You can get now get this app : SuperRetro16 Apk
EmoticonEmoticon