Sinopsis Dendam Semalam TV3

Sinopsis Drama TV3 Dendam Semalam
Dendam Semalam mengisahkan dendam seorang budak lelaki bernama Farizal (Iqram Dinzly) apabila mengetahui dirinya bukanlah anak kandung kepada keluarga berada. Rahsia terbongkar apabila Datuk Malik dan Datin Saerah memberi sepenuh perhatian kepada seseorang yang sebaya dengan dirinya.

Sinopsis Dendam Semalam drama TV3, review Dendam Semalam, gambar dan pelakon Dendam Semalam, Iqram Dinzly – Farizal, Hakimi, Adiba Yunus – Atiqah, Azwan Kombos – Amirul, Dendam semalam episod akhir

Melihat perhatian yang berat sebelah itu, segala prasangka Farizal ternyata benar! Bahawa dirinya hanya anak angkat! Farizal menyimpan seribu dendam! Amirul (Azwan Kombos) merupakan anak sebenar kepada Datuk Malik dan Datin Saerah. Mengetahui dirinya sudah kurang diberi perhatian, Farizal rajuk lalu keluar dari rumah itu.

Sehingga meningkat dewasa, dendam di hati Farizal tidak pernah pudar! Farizal merencana ingin menghancurkan perniagaan Datuk Malik. Farizal berkahwin dengan anak perempuan Datuk Malik, Atikah (Adiba Yunus). Perkahwinannya bukan atas dasar cinta, namun kerana dendam semata-mata.

Demi melunaskan niat jahatnya, Farizal berusaha keras memajukan perniagaan ayah mertuanya. Ditambah lagi tiada tekanan dari Amirul. Kerana Amirul sendiri lebih gemar menghabiskan masa dengan hobinya yang suka melancong dan melukis.

Dalam diam, Farizal menaruh perasaan terhadap Linda. Namun, Farizal hanya bertepuk sebelah tangan apabila Linda hanya menganggapnya sebagai sahabat dan teman sepermainan ketika mereka sama-sama di rumah anak yatim suatu ketika dahulu.

 Melihat keadaan Atikah yang sering dalam kemurungan dan kesedihan, Datin Saerah mulai curiga terhadap Farizal. Datin Saerah melaporkan hal tersebut kepada Amirul dan menasihati anaknya untuk menyelamatkan perniagaan mereka dari jatuh ke tangan Farizal.

Berjayakah Amirul mendapatkan kembali perniagaan keluarganya? Apakah tentangan dan ujian hebat yang diterimanya oleh Amirul dari niat jahat Farizal? Saksikan segalanya menerusi drama TV3 Dendam Semalam.

Drama Dendam Semalam merupakan drama terbaru yang menggantikan drama Janji Jaslina yang baru sahaja tamat pada minggu lepas. Nak tahu ending drama Janji Jaslina? Jom baca: Janji Jaslina Episod Akhir

Kalau korang free petang-petang tu, apa kata layan drama Dendam Semalam. Yang bestnya, ada Iqram Dinzly berlakon. Lama pulak tak tengok dia kat kaca tv. Bawa watak jahat lagi tu. Agak-agak apa la erk episod akhir Dendam Semalam ni? Moh sama-sama kita tonton!

Gambar Drama Dendam Semalam
Sinopsis Dendam Semalam drama TV3, review Dendam Semalam, gambar dan pelakon Dendam Semalam, Iqram Dinzly – Farizal, Hakimi, Adiba Yunus – Atiqah, Azwan Kombos – Amirul, Dendam semalam episod akhir
  
Pelakon Drama Dendam Semalam
Iqram Dinzly - Farizal
Adiba Yunus - Atiqah
Azwan Kombos - Amirul
Fadlan Hazim - Alif
Nina Iskandar - Linda
Esma Daniel - Datuk Malik
Kuza - Datin Saerah
Sasqia Dahuri - Lily
Ayang Abbas - Sofea
Tengku Fiella - Alia
Memey Rooney - Dr.Reen
Tengku Sariza Tengku Muzani - Datin Saerah

Saksikan Dendam Semalam
Jumlah episod Dendam Semalam: 20
Slot Azalea
Hari: Isnin – Khamis
Jam: 4.00 petang – 5.00 petang
Saluran: TV3


EmoticonEmoticon