Wah, Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M) dah pun
dilancarkan. Khabarnya SR1M ni untuk membantu
golongan berpendapatan rendah, golongan perpendapatan sederhana dan di
kalangan pelajar. Dengan SR1M ni, ia
dapat mengurangkan perbelanjaan pengguna
ke atas penggunaan telekomunikasi. Malah, perkhidmatannya juga dikatakan
setanding dengan jenama lain pada harga
berpatutan dan murah.
Harga Pek Simkad Rakyat 1Malaysia (SR1M)
Pek
permulaan SR1M ditawarkan pada harga RM5.90
setiap kad sim dan dibekalkan dengan kredit
percuma berserta 150 megabait (MB)
akses internet.
Rate / Kadar Caj Panggilan & SMS SR1M
Pengguna
akan dicaj 8 sen bagi setiap 30 saat panggilan, 8 sen bagi setiap SMS dan 5 sen
bagi setiap MB data yang dimuat turun.
Berminat nak menikmati kadar murah SR1M? Beli simkad pada pengedar SR1M
dan daftar dengan mudah pada link berikut.
Pendaftaran
Kad Sim SR1M
Daftar simkad SR1M anda di sini: http://sr1m.com.my/registration.html
CARA MEMERIKSA BAKI KREDIT SR1M
Anda
boleh memeriksa baki kredit dalam simkad SR1M dengan menekan *126# dan kemudian
tekan butang panggil.
CARA MENAMBAH NILAI SR1M
Tambah
nilai (reload / topup) di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M
yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan
pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih. Senarai pengedar SR1M di setiap
negeri rujuk sini: http://sr1m.com.my/pengedar.html. Malah, jika anda berminat nak jadi pengedar
Simkad Rakyat 1Malaysia, anda boleh lengkapkan borang pada link tersebut untuk
permohonan menjadi pengedar SR1M.
KHIDMAT PELANGGAN SR1M
Hubungi
talian 011-2211-3311 untuk mendapatkan khidmat pelanggan SR1M.
NOMBOR USSD Simkad Rakyat 1Malaysia - SR1M
*126#
dan tekan butang panggil untuk Pertanyaan Baki.
*129#
dan tekan butang panggil untuk Menu Pengguna.
Kelebihan & manfaat penggunaan Simkad
Rakyat 1Malaysia (SR1M)
1) Tiada Pelan, Tiada Komitmen
Tidak
perlu mendaftar dalam mana-mana pelan untuk menikmati kadar rendah yang
ditawarkan SR1M.
2) Kadar Rata Ke Seluruh Negara
Nikmati
kadar rata panggilan dan sms SR1M ke semua rangkaian di seluruh negara.
3) Kualiti Liputan & Rangkaian
SR1M
menawarkan liputan rangkaian di seluruh Malaysia setaraf dengan pembekal
rangkaian sedia ada.
7 comments
nak guna la..
3gb biasa boleh tahan berapa lama
Amboi, makin pelbagai produk 1 Malaysia sekarang.. Tunggu review dari pengguna2 terawal dulu.. Kalau line semua ok boleh la guna.. Hehe..
RosmizaAli.Com™
hihi..sila2...pelan murah memang jimat habis
nanti share testimoni guna simkad 1 malaysia
3gb (rm45) sr1m utk penggunaan 30 hari
langganan pertama: 1.5gb
langganan kedua: 1.7gb
ada free panggilan percuma 47 minit & 47 sms
eh tetibe cam promoter lak..kena bagi komisyen ni oiiiii pengedar sr1m
aah sama la sis rosmiza. sebab tengok line jugak. takut kat sesuatu tempat takde coverage line sr1m nih. especially kat luar bandar, kawasan pedalaman. tunggu review dari mereka.
kena tengok jugak coveragenya dan kadar penggunaan internetnya..
EmoticonEmoticon