SEGMEN : KOMEN & CADANG BLOG ieta

KLIK BANNER UTK JOIN


Assalamualaikum...
Terlihat segmen ni kat blog rakan2. Teringin di hati nak join. Terlebih dahulu nak mintak maaf pd empunya blog iaitu Akak Ieta..andai komen nanti terrrr...tacing jiwa akak. Actually, blog sy pun biasa2 jer.. Tak la kebaboom sangat...hihi..ade hati nak komen blog orang. Hikhik.. Suka2 nk join jer..kasi meriah. Manalah tahu sedikit sebanyak menyumbangkan prestasi blog akak ieta..kannnn.

1.   Memperbaiki header


Header akak sekarang pun ok. Cuma ia tak lebar..selebar ruangan blog..dan part bunga tu kelihatan  stretch..mungkin mencacatkan sedikit keanggunan header akak. Actually boleh dibaiki lagi. Tapi klo akak berminat nak buat sendiri pun boleh. Bawah ni ade beberapa cara utk mendapatkan header yg kebabom. Antaranya:

1) Lukis Sendiri

-Akak boleh tengok tutorial bawah ni utk buat header sendiri:

(i) Cara Buat Header Comel Transparent 

(ii) Cara Buat Header Blog Transparent


2) Tempah Melalui Blogger Lain

-Akak boleh tempahan header melalui:

Tempahan Dan Harga Design Header, Banner, Template Blog


3) Menggunakan header yg telah siap di buat

-Akak boleh download header dari sumber ini:

(i) Free Blog Headers ,

(ii) Download For Free Header Art | The Blog Boutique


2.   Center kan header
Melihat pada header akak sekarang, kelihatan senget ke bahagian kanan blog. Klo header tu center di tengah-tengah..akan nampak ayu sikit header tu. Hehe...wokey..saya suggest akak ikut tutorial ni..cara nak centerkan header.

Tutorial : Centerkan Header | ! LYSSA FAIZUREEN !



3.   Memendekkan kelebaran SHOUTBOX


Kelebaran (width) shoutbox pd blog akak sangat lebar. Bila seseorang nak drop komen di ruangan shoutbox, ia  mengambil sedikit masa utk membuat paparan keluar dari tempat persembunyian. So, cadangan saya ialah supaya kelebaran shoutbox ni dipendekkan.

4.   Remove hide shoutbox


Haaa...lagi satu cadangan saya pada blog akak pasal shoutbox ni. Akak boleh letak shoutbox ni pada sidebar blog. Tak perlu buat hide shoutbox. So, pengunjung boleh direct meninggalkan komen tanpa menunggu paparan hide shoutbox keluar. Senang dan mudah dilihat oleh pengunjung. So, bila akak nak check komen2 pengunjung  pada bahagian shoutbox pun senang. Tanpa perlu klik hide shoutbox berulang kali. Hehe...cadangan je. Ni bg memudahkan aktiviti akak menyemak kedatangan pengunjung.

5.   Pendekkan ruangan Google+Follower
Berdasarkan dlm blog akak...senarai google+follower iaitu RAKAN-RAKAN G+ BLOG IETA..merangkumi 2 barisan pic. Dahulunya ade 4 barisan. So, nice dah. Sebagai cadangan, sy suggest akak hanya buat 1 barisan sahaja. Macam yg sy sendiri buat di blog. Macam ni:


Ini kerana..pic rakan g+ yg banyak..akan mengambil masa utk meloading kesemua pic. Secara tak langsung akan membuatkan masa loading menjadi lama. Dgn widget 1 barisan ni akan membuat sidebar blog akak bertambah kemas.
Cara nak pendekkan ruangan google+follower ni...akak pergi ke DESIGN-LAYOUT-Google+Followers-SIZE-MANUALLY SPECIFY-1 BARIS [290px*150px].
Haaaa....akan memendekkan ruangan google plus akak. Loading pun bertambah cepat..hehe

6.   Menggunakan komen jenis pop up window


Komen yg akak gunakan ialah jenis embedded. Takde salahnya. Cuma..ia mengambil masa utk loading. Bg readers yg mempunyai tahap line tenet yg kurang laju..kurang suka utk meninggalkan komen yg berbentuk embedded. Sebab..ia memerlukan dua kali klik..loading pun lambat. Kadang2 komen yg telah ditaip tiba2 hilang. Cadangan sy, agar akak menggunakan komen jenis pop up window. Cepat dan mesra pembaca. Senang jer nak setting pop up window ni..akak tengok tutorial nih:

Tutorial : Pop-up Window | ! LYSSA FAIZUREEN !


7.   Mendelete widget yg tidak bermanfaat
Widget yg banyak akan membuatkan blog lambat loading dan menampakkan blog kelihatan serabut. Pastikan widget yg kita letak dlm blog memberi manfaat buat kita. Widget yg tak berkaitan, usah di letak. Sebagai cadangan la...widget ni tak berapa nak penting. Antaranya:
(i) Ikut dengan email
(ii) Label
(iii) Entri terkini
(iv) Mereka suka baca
(v) Mereka dari
(vi) Komen terkini
Terpulang pd akak nak remove mana satu. Widget yg banyak sebegini telah menyumbang pergerakan loading blog akak. 2.72 saat ialah tempoh meloading blog akak.

8.   Lebarkan ruangan body post blog akak


Melihat pd ukuran ruangan, antara ruangan post dan sidebar blog akak..kelihatan saiz ialah seakan sama. Cadangan sy supaya akak lebarkan bahagian body post tu. So, segala isi kandungan akak dpt di baca dgn mudah..dan kelihatan lebih kemas. Perlu kita ketahui, pengunjung datang ke blog kita bertujuan utk membaca entry kita. Jarang utk melihat pd bahagian sidebar blog. So, berikan usaha terbaik pd ruangan body post. Sini sy sertakan tutorial cara utk melebarkan body post blog:

Tutorial Lebarkan Body Post


9.   Pilih warna yg menarik sebagai warna latar widget


Warna yg sedia ada..kelihatan kelam dan kusam. Sedikit sebanyak memperlihatkan blog kelihatan lesu. So, juz cadangan utk akak masukkan warna yg menarik pd bahagian widget akak. Warna yg menarik ni macam warna yg ceria la. Warna cerah. So, klo akak masukkan warna cerah..pasti memikat mata pengunjung utk meredah ke dlm blog akak. Hehe.. Akak leh refer sini: Code HTML utk tengok kod2 warna yg menarik.

10.Pilih warna yg terang utk link blog


Warna sedia ada utk link blog di bahagian sidebar blog..berwarna kelabu pink kot...mungkin akak harus tukar ke warna yg lebih terang...dan kelihatan cantik setiap kali kita membuka pautan link..ini bertujuan utk menimbulkan kontra. Nampak lebih cantik. Hati pun tertarik utk mengklik..klik banyak kali..hehe.. Pilihan kod2 warna yg menarik..terjah di sini: Code HTML



11.Letak doa di bahagian atas blog selepas header


Bertujuan utk memperlihatkan blog lebih kemas. Lagipun doa tu kan bagus sbg tatapan pengunjung. Jadi sy cadangkan agar doa diletak bahagian teratas. Kedudukannya berada di tengah2 blog, iaitu di bawah header. Setiap kali pengunjung datang, secara automatik. pengunjung akan terpandang header dan membaca doa sekali. Bawah ni cara utk memasukkan gadget doa.

Tutorial : Add a Gadget Di Bawah Header Blog | Syira Qahira


12.Center kan menu tab


Melihat pada menu tab dlm blog akak. Kelihatan menyenget ke bahagian kiri blog. Klo menu tu berada di tengah2 blog, nampak lagi kemas dan teratur. So, bawah ni saya sertakan tutorial  agar memudahkan akak utk centerkan menu tab blog akak.

My JouRnEy In LiFe : Tutorial : Centerkan pages or menu tab

Haaa..klo akak nak button menu tab yg comel..cer akak tengok tutorial ni..santek tau..
Boleh la try utk button menu tab akak. Comei!

Tutorial : Create Page Menu Tab Yang Comel | ! LYSSA FAIZUREEN !


13.Letak blog archive selepas personal profile widget


Kepentingan blog archive dlm sesebuah blog memang tak dapat dinafikan. Pengunjung gemar membaca entry terbaru dan entry2 lama yg dihasilkan oleh penulis. Jadi, kedudukan dlm meletak blog archive sangat penting di sidebar. Sy suggest supaya akak letak widget blog archive selepas widget personal profile. So senang pengunjung utk melihat perkembangan dan artikel2 blog.

14.Mempercepatkan masa loading blog


Haaa..yg ni pun saya baru buat. Ramai yg tak tahu. So saya nak share ngan akak cara mempercepatkan loading blog. Ianya mudah je! Memang terbukti berkesan! Ikuti tutorial bawah ni utk meringankan loading blog. Cer akak try..
Tapi, sebelum tu akak check dahulu berat blog akak kat sini: Website Speed Test
Then, lepas buat tutorial lajukan loading blog..akak check lagi sekali
Cer tengok berapa jumlah masa blog dipercepatkan.
Sy de check berat blog akak kat speed test..ni hasilnya:

2.72 saat ialah satu tempoh yg lama utk meloading blog. Pastinya memberi kesan kpd pengunjung blog akak. Blog ringan dan mesra pembaca ialah blog kesukaan ramai. So, akak try la tutorial di atas. Moga ade perubahan.

15.Mengaktifkan ‘Do Follow’ utk blog akak
Banyak kebaikan diperoleh apabila kita mengaktifkan do follow blog ni. Reader yg meninggalkan komen dlm blog akak, akan menerima backlinks secara percuma melalui do follow blog ni. Malah, membantu menaikkan trafik blog akak dan memudahkan blog akak dijumpai dlm search engine. Haaaa..banyak manfaatkan. Cara nak aktifkan ‘do follow’ ni..akak tengok tutorial nih:

Blog - Do Follow | No Follow


Wokeh..tu je. Actually, blog akak memang dah ok..comel sangat. Segala yg di atas hanya saranan sahaja. Klo akak rasa sesuai dimasukkan dlm blog, akak laksanakan. Moga blog akak akan terus berkembang dan ramai pengunjung mendapat manfaat hasil ilham akak. Selamat berblogging kak...

.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

3 comments

Tahniah.... Keputusan telah diumumkan. Terima kasih ^__^ http://ieta-myblog.blogspot.com/2013/04/pengumuman-pemenang-segmen-komen-cadang.html (maaf harini baru berkesempatan inform diblog)