Pesta Kaul 2012 Bakal Gegarkan Mukah


Pesta Kaul Mukah pada tahun ini akan diadakan pada 21 April 2012 hingga 29 April 2012.

Bertemakan ‘Tiada Yang Seuniknya”, ia dijangka dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada 21 April 2012 di tapak kaul.


Banyak acara bakal dijalankan.
Korang boleh merujuk pd Jadual Aktiviti Pesta Kaul Mukah 2012. Sila KLIK SINI

Ingin mengetahui perkembangan lanjut Pesta Kaul ini? 
Korang bolehlah melayari laman sesawang  www.kaulmukah.com

Bagi mereka yg per-1 kali mendengar Pesta Kaul ni:
Haaaaaa...di bwh ni ialah pengertiannya.
So...selamat membaca :)

Kaul adalah perayaan tradisi yang diraikan oleh kaum Melanau yang tinggal di sepanjang pantai Sarawak. Pada masa laluKaul dilihat sebagai satu majlis keagamaan untuk menenangkan roh-roh laut, tanah, hutan dan ladang yang menjadikannya sebagai perayaan yang paling penting dalam tahun kaum Melanau Pagan.

Ia adalah upacara penyucian dan kesyukuran serta salah satu restu untuk memperoleh kedamaian serta nasib yang baik dalam menjalani kehidupan seharian. Ia diadakan pada permulaan dalam kalendar kaum Melanau Pagan yang menandakan musim tengkujuh telah berlalu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka sebagai petani dan nelayan.



.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

9 comments

Nur belum pernah sampai serawak... teringinnya..!

yumida sambut ke perayaan ni? misz domu tak pernah smpi ke sana pun...

Sekarang baru saya tau apa itu pesta Kaul.

menarik rasa mcm nak ke sana pula nak tgk secara live

dbah ya gmbar ktk ka? hihi.. mek pn br tauk pesta kaul ya utk ap.. huhu.. nice info~ :)

ismi huda: ya bukan kmk..pic di ambik dri google

Mesti rami Mukah waktu Pesta Kaul tuk...

Xsbr nk g esok... Thun ni 1st time nk g ke sana... Baru pindah mukah ;) hehe