Bunyi
‘Aneh Dan Menakutkan Dari Langit’ Di Kota Samarahan, Sarawak
- Dapat Perhatian Dunia -
Actually, aku pun baru tahu berita ni. Reporter nyer saper lagi..my hubby la. So aku terus klik kt youtube, carik bende nih. Bunyi.....macam bunyi alien kan. Ker aku yg terpengaruh sgt dgn citer2 kt tv. So, nak kasi korang perdengarkan jugak bunyi aneh tu. Kasi zassssss!!!!
Artikel di petik daripada SYAHRIL A. KADIR (Mynewshub.my)
Insiden ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit yang kedengaran di Kota
Samarahan, Sarawak pada 11 dan 12 Januari lalu kini mendapat perhatian
antarabangsa apabila artikel mengenainya yang disiarkan di The Borneo Post mula
dibincangkan secara hangat di dalam internet di seluruh dunia.
Pada yang belum tahu, sehari sebelum kejadian pada waktu mejelang Subuh
itu berlaku, terjadi perkara yang sama di Aaborg, Denmark.
Bahkan bunyi aneh dan menggerunkan tersebut pernah direkodkan di Sweden
pada 1 November tahun lalu
The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran
di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan
penduduknya.
Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat
(7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.
Bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan sejauh mana kaitannya antara
bunyi aneh itu dan kejadian gempa bumi tersebut.
Sila rujuk di sini :
http://www.theborneopost.com/2012/01/15/rumble-in-the-sky-over-samarahan/
Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk
Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu.
Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik
mengenainya daripada Jabatan Metrologi.
Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori
yang mengaitkan bunyi aneh itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High
Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP)
HAARP adalah program penyelidikan berkaitan ionosfera dan dinaungi
sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced
Research Projects Agency(DARPA).
DARPA adalah sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika
Syarikat untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan
ketenteraan Amerika Syarikat.
HAARP berselindung dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya
menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem
komunikasi dan pemantauan cuaca.
Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan
peralatan berteknologi tinggi iaitu Ionospheric Research Instrument(IRI).
IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio
berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai
iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi.
Apapun sehingga kini, belum ada jawapan jelas mengenai apa sebenarnya
yang berlaku di Kota Samarahan dan beberapa buah kawasan di dunia tempoh hari.
Yang pasti, bunyi yang aneh dan menggerunkan itu akan terus menghantui
penduduk selagi tiada jawapan yang jelas mengenainya.
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
15 comments
bunyi naga ya.....=]
Dub dab dub dab jntung. Mcm tnda end of the world
Bunyi dajjal kuar kali nak... Bait2 Som.
Eh dah ada hubby padu..
Sik jd nak maduk ngan adik mek tek..
tea: ktk nang ngegeh...
woooppp...kisah dulu2. memori daun pisang ke..hihihihihi.
agak2 bunyi ape ek?
bunyi apa tu...?
Bunyik naga nak sambut chinese new year.. Gik tdonya sementara nunggu minggu baru..
US ni tengah buat senjata gempa bumi agaknya... tu dah kira mcm tembak peluru berpandu!
yumida. mgkn tapi bukan bunyi dajal nak keluar tu...atau mgkin tanda2nya saja. kena refer pada yg pakar.
selamatkan lah kami ya Allah. Takut mek dengan cerita-cerita kedak tok. huhu.
tak blh dgr..tenet slow..
kehkehkeh..kenak org samarahan jak dgr ow...
salam...
dunia akhir zaman dah ni.....
macam bunyik snoring. cam bunyik alien pun ada. tapi kalau ada kaitan dengan HAARP tu pun logik jugak. kalau berkait dengan gempa bumi pun kebarangkalian tinggi.