“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera” merupakan tema Hari Kemerdekaan kita pada tahun ini (2011). So, sebagai anak jati Malaysia..banyak kelebihan yang dapat kita manfaatkan hasil daripada usaha pemimpin2 negara kita yang terdahulu sehinggalah kepimpinan Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak.
Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan diyakini akan menjana satu transformasi ketara, ke arah sebuah negara Malaysia yang maju, didokongi oleh rakyat yang utuh perpaduannya dan tinggi mertabatnya pada pandangan dunia.
Sebagai anak Malaysia yg sudah merdeka kali ke-54, adakah kita mengenal dan memahami sepenuhnya erti kemerdekaan yang sejati dan hakiki???
Semoga kita semua menjadi anak Malaysia yang merdeka mengikut erti kemerdekaan sebenar berlandaskan pelbagai aspek berikut;
Kemerdekaan bangsa, mengikut politik terlepas daripada penjajahan lain-lain bangsa. Bangsa kita itu dapat berkuasa dan menentukan hala tujuan mereka dan bebas bangsa kita daripada ideologi buatan manusia. Yang mendapat tempat dan menjadi sistem hidup adalah sistem Tuhan Yang Maha Pencipta, yang dunia ini adalah milikNya dan kita juga kepunyaanNya.
Kemerdekaan ekonomi bermakna tidak ada monopoli oleh seorang atau satu golongan. Tidak ada penindasan, tidak ada sekatan, tidak ada penzaliman. Pengagihan kekayaan diratakan kepada semua rakyat jelata mengikut kebolehan, kemampuan serta keperluan.
Kemerdekaan fikiran bermakna semua rakyat boleh memberi pendapat dan fikiran, tidak ada ketakutan dan kebimbangan untuk memberi pandangan.
Kemerdekaan kebudayaan bermakna setiap bangsa ada identiti yang tersendiri dari sudut pakaian, pergaulan dan lain-lain lagi. Corak hidup berasaskan budaya sendiri, bukan ditiru dari budaya luar.
Kemerdekaan pendidikan bermakna semua orang diberi peluang untuk menerima pelajaran dan setiap orang diberi galakan untuk menerima pengetahuan mengikut bidang yang diminati. Yang patut menerima bantuan kewangan untuk pelajaran diberi peluang dan tidak ada diskriminasi tidak ada kroni yang menghalang.
Kemerdekaan agama bermakna setiap orang bebas amalkan agama yang diyakinkan.Masing-masing tidak boleh menghina tidak boleh memusuhi antara satu sama lain kerana agama.Tetapi tidak salah membuat penjelasan mencari kebenaran agar setiap orang dapat menganut agama yang jelas lagi terang kerana kebenaran itu hanya satu yang datang dari Tuhan.
Ada satu kemerdekaan yang amat penting dilupakan orang di mana kemerdekaan itu orang tidak ambil kira bahkan melupakan. Padahal dia penentu kebahagiaan dan keharmonian hidup dalam pergaulan manusia, bahkan penentu seseorang apakah ke Syurga atau Neraka. Kemerdekaan apakah yang dimaksudkan?
Merdeka daripada hawa nafsu yang jahat merosakkan manusia yang merosakkan diri sendiri dan merosakkan orang lain bahkan harta benda iaitu merdeka daripada mazmumah yang memusnah kepada mahmudah yang indah dan membahagiakan. Bebas daripada hasad dengki, sombong, pemarah, jatuh menjatuhkan yang memusnah. Merdeka daripada dendam kesumat, bakhil, tamak, penakut, pemalas dan culas. Riak, megah, mencari nama, ingin glamour, yang ramai orang tersinggung dibuatnya.
Diganti dengan kasih sayang, merendah diri, lemah lembut yang digemari dan jadikan pemurah, rajin, berani, bekerjasama, maaf bermaafan sebagai budaya. Ikhlas, lapang dada, bertolak ansur, hayati hati. Cintakan Tuhan, takutkanNya, dan mendekatkan diri kepadaNya.
Inilah dia yang dikatakan ‘Kemerdekaan Sejati’. AKU adalah ANAK MALAYSIA MERDEKA!!!
Blogger bertuah kena tag:
Nur Eyda
AmyLiana
POP
Elih Japahar
salwaismail
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓
8 comments
Thanks atas pemilihan blogger kena tag tu :) sgt terharu dan terpanggil utk join contest ni...memang sgt menarik...nanti kejap lg join !
elih j: wokeh..have fun!
goodluck utk contest ni! hehe :)
imbobo: u too!
good luck kak..cayok2 :)
kemerdekaan itu luas maksudnya dan meliputi pelbagai aspek..adakah minda anak bangsa kita sudah merdeka sepenuhnya?huhu
SK: betul tu...apa yg penting kita meraikan 2 perayaan utk 31 0gos ni..hari merdeka + aidilfitri...selamat beraya semuanya...
salam merdeka raya kak yumida :)
selamat hari merdeka dan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin