RAHSIA PENIPUAN DUNIA INTERNET



Di Malaysia pengetahuan dunia internet masih baru dan kesedaran pengguna
tentang kebenaran dan juga risiko alam ini amatlah sedikit. Sekiranya pekerja
kolar putih termasuk beberapa rakan kenalan saya sendiri pernah tergoda
dengan janji manis dan harapan kekayaan atau Jutawan segera ini, apatah lagi
masyarakat di luar. Statistik dan perangkaan tentang jumlah sebenar kerugian
rakyat Malaysia mungkin tiada buat masa ini.

Anggaran kerugian pengguna internet United Kingdom dan juga Amerika Syarikat sudah cukup untuk kita jadikan sebagai iktibar. Walaupun ramai di kalangan penduduk Barat yang berfikiran kritikal dan waras, namun harapan menjadi kaya di dalam waktu
yang singkat telah memukau ribuan maupun jutaan mereka untuk membazirkan
wang mereka. Timbul cerita penipu membuat keuntungan USD $100 Juta di
dalam masa sebulan dan pelbagai lagi.

Kenapa kita boleh tertipu dengan begitu mudah. Ramai juga yang mengandaikan bahawa risiko setakat RM$100 atau RM$1000 bukanlah sesuatu yang besar dan sekiranya ianya mendatangkan keuntungan ianya adalah berbaloi. Sebenarnya anggapan inilah yang menjadikan operator skim ini Jutawan dan kita yang menjadi ahli sentiasa tertipu.

1. PENIPUAN MELALUI EMAIL DAN ONLINE CLASSIFIED (EMAIL AND ONLINE CLASSIFIED SCAMS)

Penipuan melalui Email biasa di klasifikasikan sebagai Spam Email, tetapi ianya tidak semestinya Spam kerana kenalan kita maupun sahabat kita mungkin menghantar iklan kepada kita untuk menyertai program ini. Online Classified pula adalah iklan online. Anda akan bertemu dengan iklan online insebaik sahaja anda melayari Internet. Search Engine seperti Yahoo, MSN, Google akan menpromosikan iklan mereka mengikut keadaan atau thema andaSekiranya anda melayari laman web atau blog rakan anda, iklan tersebunyi mungkin ada di dalam betuk AdSense.

Antara penipuan yang lazimnya menggunakan email dan “Online Clasified”
adalah seperti di bawah. Anda biasanya menerima email dan membukanya lantas ;

1. DUIT PENDAHULUAN NIGERIAN (Nigerian Advance Fee
Frauds)
Contohnya anda akan mendapat email yang bertulis seperti ini. Kandungan
tulisan mungkin akan berubah-ubah tetapi tujuannya adalah sama:-
-----------------------------------------------------------------------
Lagos,
Attention: The President/CEO
Dear Sir,
Confidential Business Proposal
Having consulted with my colleagues and based on the
information gathered from the Nigerian Chambers Of
Commerce And Industry, I have the privilege to request
your assistance to transfer the sum of $47,500,000.00
(forty seven million, five hundred thousand United States dollars) into your accounts.
The above sum resulted from an over-invoiced contract, executed, commissioned and
paid for about five years (5) ago by a foreign contractor. This action was however
intentional and since then the fund has been in a suspense account at The Central Bank
Of Nigeria Apex Bank.
We are now ready to transfer the fund overseas and that is where you come in. It is
important to inform you that as civil servants, we are forbidden to operate a foreign
account; that is why we require your assistance. The total sum will be shared as follows:
70% for us, 25% for you and 5% for local and international expenses incidental to the
transfer.
The transfer is risk free on both sides. I am an accountant with the Nigerian National
Petroleum Corporation (NNPC). If you find this proposal acceptable, we shall require the
following documents:
(a) your banker's name, telephone, account and fax numbers.
(b) your private telephone and fax numbers — for confidentiality and easy
communication.
(c) your letter-headed paper stamped and signed.
Alternatively we will furnish you with the text of what to type into your letter-headed
paper, along with a breakdown explaining, comprehensively what we require of you. The
business will take us thirty (30) working days to accomplish.
Please reply urgently.
Best regards
Howgul Abul Arhu

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penipuan ini lebih ditujukan kepada individu atau syarikat di dunia barat,
kerana ianya melibat nilai kewangan yang agak tinggi. Penipuan ini juga disertai
oleh kakitangan awam beberapa buah Negara Afrika yang korup untuk
meyakinkan pelaburan individu atau syarikat barat. Ianya melibatkan beberapa
orang berjawatan tinggi di dalam kerajaan dan agensi-agensi kerajaan.

Penipuan ini juga melibatkan kehadiran mangsa ke negeri terbabit. Mangsa
mendapat keyakinan dari skim ini setelah mendapat pengesahan daripada
pegawai agensi kerajaan yang berkenaan bahawa perkara ini adalah benar.
Setelah kembali ke negaranya, mangsa akan menyalurkan wang pendahuluan
yang diperlukan yang pastinya lesap. Apabila berada di negara berkenaan,
mangsa juga perlu mengeluarkan duit untuk rasuah dan perbelanjaan yang
tidak sepatutnya.

Email yang diolah didalam pelbagai ragam dan gaya ini hanyalah untuk
menyakinkan anda bahawa ada wang yang tersimpan di Sesebuah Negara yang
mana anda boleh membantu untuk mengeluarkanya dengan hanya memberikan
no akaun anda, letterhead syarikat anda atau yang lainnya.
Saya tidak perlu menerangkan secara panjang lebar berkenaan dengan Nigerian
Scam ini kerana ianya adalah amat jelas dan ianya hanyalah akan melibatkan
individu yang benar-benar mempunyai kewangan yang banyak yang disasarkan
oleh kumpulan ini.
Sebagai iktibar berikut adalah kenyataan mengenai skim ini.

1. Januari 5, 2001, Timbalan Gabenor Bank Pusat Nigeria (Central Bank
of Nigeria), M.M.R Rasheed telah didakwa di Mahkamah Persekutuan
Amerika Syarikat atas dakwaan menipu dan memberikan kenyataan
palsu berhubung penglibatan terus beliau dengan skim ini dan juga
penglibatan beliau di dalamakaun bank luar pantai (Offshore Bank).

2. Anggaran kerugian melalui penipuan ini adalah USD satu million
sehari di Amerika Syarikat sahaja.

Corak Nigerian Scam ini mungkin juga telah di adaptasi di dalam pelbagai
bentuk. Mungkin individu di Nigeria ini adalah bijak seperti Sang Kancil yang
pandai menipu Sang Gajah atau Harimau. Mereka telah berpindah ke variasi
yang melibatkan pengguna Ebay, mencuri database peniaga dan menghantar
check atau permohonan palsu. Berhati hatilah sekiranya anda menerima email
daripada mana- mana negara atau individu yang menpunyai nama berbau
Afrika.

2. PELUANG KERJA DI RUMAH (Work at Home Opportunities)
MAKE EXTRA CASH AT HOME!

***WIDE SELECTION OF JOBS . . . TOP PAY***
****WORK IN THE COMFORT OF YOUR OWN HOME****
**REAL JOBS WITH REAL COMPANIES**
PENDAPATAN TAMBAHAN DI RUMAH!
***BANYAK PILIHAN KERJA…PEMBAYARAN YANG TINGGI**
****KERJA DENGAN SELESA DARI RUMAH****
**KERJA SEBENAR DENGAN SYARIKAT BERPRESTIJ**

Di atas adalah sebahagian daripada kenyataan yang anda akan diperkenalkan
melalui program atau skim ini. Kenyataan ini disokong juga dengan pemukauan angka, yang menjanjikan pulangan yang tinggi setiap minggu.

REALITI SEBENAR KERJA DI RUMAH
Keadaan sebenarnya mereka hanyalah inginkan anda membayar yuran keahlian
melalui pembelian manual, kit atau cara untuk menjalankan kerja ini. Biasanya
selepas membayar anda akan mendapat buku mengenai program ini melalui
muat-turun secara digital (online download) atau melalui pos.

Pada dasarnya program-program ini memerlukan anda mempromosikan peluang perniagaan
ini kepada orang lain termasuk juga untuk mengajak kawan-kawan anda untuk
membeli “Manual Peluang Perniagaan’” ini. Anda akan mendapat komisen
melalui referral bagi setiap pembelian. Anda juga akan mendapat senarai syarikat
yang akan membayar anda untuk membuat “kerja di rumah” ini. Senarai
Syarikat ini pula tidaklah banyak, dan lebih menyedihkan lagi anda perlu
menghubungi setiap syarikat tersebut sendiri dan kebiasaannya syarikat tersebut
menghendaki anda membeli starter-kit sebelum anda boleh memulakan
“kerjaya” anda. Ini menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan duit anda lagi
untuk tujuan tersebut.

Lebih menyusahkan lagi syarikat-syarikat ini selalunya akan menghendaki anda menyertai sesi atau module latihan mereka sebelum anda boleh bekerja di rumah, dan ini juga anda terpaksa membayar. Akhirnya, kebiasannya anda terpaksa “melabur” suatu jumlah yang besar.

INILAH SEBENARNYA HASIL KEUNTUNGAN SYARIKAT-SYARIKAT INI.
Apa yang anda perolehi dari starter-kit atau module latihan syarikat ini kononnya
membolehkan anda “memasangkan” produk syarikat berkenaan secara sendiri
dari rumah. Sekali lagi anda dikehendaki membayar sejumlah wang bagi
penghantaran batch pertama produk separa-siap bagi anda meyiapkannya
(memasang sendiri dari rumah). Setelah anda bertungkus-lumus menyiapkan
produk-produk tersebut mengikut jumlah yang ditentukan oleh syarikat
berkenaan – contohnya 50 unit (minimum “submission” produk siap untuk
melayakkan anda dibayar), andapun akan menghantar (pada kos anda sendiri)
hasil “kerja” anda. Beberapa minggu kemudian anda mendapat surat dari
syarikat-syarikat ini memberitahu anda bahawa:-

“Dukacita dimaklumkan setelah memeriksa hasil produk siap pemasangan
anda kami dapati semuanya adalah tidak menepati spesifikasi produk siap
yang kami kehendaki. Ianya tidak lulus piawaian terakhir bahagian Quality
Control syarikat sebelum siap untuk dibungkuskan. Oleh itu pihak syarikat
tidak dapat membayar anda hasil dari kerja ini”.

Begitulah kesudahannya keadaan sebenar yang dialami oleh berjuta-juta orang
yang telah mengikuti program-program sebegini dari seluruh dunia.

3. MENGISI SURAT (Envelopes Stuffing Scam)
Iklannya berbunyi seperti berikut;
"Steady income for minimal labor - earn $2 each time you fold a
brochure and seal it in an envelope! Send $20 for more details."
“Pendapatan Tetap Kerja Mudah – RM2.00 Setiap kali anda mengisi
Surat atau menulis.! Bayar $20.00 untuk maklumat lanjut.


Anda mungkin membayangkan anda tinggal di rumah dan mengisi atau menulis surat dan anda akan di bayar mengikut apa yang dijanjikan. Sebaliknya Skim ini biasanya akan memerlukan anda untuk mengikanlan skim yang sama di surat khabar, message board dan sudah tentunya melalui teknologi terkini – media internet. Pengiklanan adalah dengan modal anda sendiri.

Oleh kerana itu ramai yang mengambil peluang menggunakan media internet kerana
kebanyakkan laman web yang menyediakan perkhidmatan Online Classified
adalah percuma. Namun untuk menampakkan legitimasi peluang perniagaan ini
anda digalakkan menggunakan iklan berbayar. Di Malaysia, program sebegini
juga dijalankan melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Melalui skim-skim ini
pelanggan seterusnya yang berminat dengan peluang ini akan membayar anda
untuk menyertainya.

Pengasas skim ini biasanya akan mengambil keuntungan daripada yuran
keahlian anda bernilai lebih kurang RM20.00 atau nilai penyertaan anda. Anda
rugi daripada nilai stem dan kos pengiklanan anda dan juga dari yuran keahlian
program yang mana anda akan serahkan kepada pengasas skim ini. Samada
secara sedar atau tidak apabila anda mematuhi arahan di dalam sistem ini anda
sebenarnya juga akan menipu orang lain melalui sistem ini.

Biasanya skim ini mensasarkan kumpulan suri rumah yang hanya mahukan
pendapatan kecil dan mengambil duit daripada mangsa yang lain.

4. MEMERIKSA PRODUK (Product Testing)
Anda membayangkan anda akan dapat mempunyai produk terbaru dan juga
menjadi pengguna awal (Consumer Tester). Sebenarnya skim ini seperti juga
skim yang lain akan mengambil keuntungan daripada yuran penyertaan anda di
samping tindakan susulan biasanya anda perlu membayar kos penghantaran
dan pengurusan (Shipping and Handling) yang tinggi daripada nilai produk
sebenar.

Individu atau syarikat yang terlibat di dalam skim ini mengaut keuntungan
daripada yuran keahlian dan harga yang tinggi untuk barangan yang murah dan
tidak berkualiti. Barangan-barangan ini juga kebanyakkannya adalah Rejected
Lots atau barangan tidak menepati piawaian daripada syarikat-syarikat
pengeluar dan pengilang yang mereka dapati secara murah secara “Black
Market”.

5. PENDAPATAN MELALUI MEMBERI PENDAPAT ANDA TENTANG BUKU-BUKU TERTENTU (Books Reviewer Fraud)

Iklan yang memukau! “Tinggal di rumah, hanya perlu berkebolehan untuk
membaca dan mempunyai minat untuk memberi pendapat anda (books
reviewer). Pendapatan hingga USD30,000.00 sebulan”.


Nampak menarik bukan.Seperti biasa, anda perlu membayar yuran seumur hidup (one-time payment)npada nilai di antara USD10.00 ke USD100.00. Sebagai balasan mereka akan
menghantarkan kepada anda atau melalui Digital Download senarai nama syarikat atau penerbit buku yang memerlukan pembaca untuk memberi pendapat tentang buku mereka. Sekali lagi syarat yang biasanya syarikatsyarikat ini perlukan adalah pengalaman anda di samping mempunyai kelulusan dalam bidang tertentu dan sebagainya.

Sebenarnya memang ada syarikat-syarikat yang sememangnya memerlukan
khidmat pembaca untuk memberi pendapat mereka tetapi melalui saluran yang
betul anda boleh menghubungi mereka secara terus tanpa membayar skim
seperti ini sesen pun. Sekali lagi mereka mengaut keuntungan daripada yuran
keahlian anda.

6. GUNAKAN PC ANDA UNTUK PENDAPATAN (Home Based Computer Work Fraud)
"PC Users - do overflow work and earn $14/hr with Data Entry and Word Processing from the comfort of your home, anywhere in the world!"
“Gunakan Komputer anda bagi menjana pendapatan $14 sejam melalui Kerja Menaip dan Kemasukkan Data hanya Dari Rumah Anda, di mana juga anda berada”


Di dalam program ini anda sekali lagi perlu menjadi ahli untuk mendapat akses
ke database laman web mereka. Bayaran adalah kepada Pemilik Program ini
samada secara yuran seumur hidup (one-time payment) atau secara setiap bulan
(monthly fee) selagi anda ingin mengakses peluang pekerjaan melalui database
mereka. Database program sebegini mempunyai senarai nama syarikat-syarikat
yang memerlukan khidmat jurutaip luar (outsourcing typist).

Anda perlu menghubungi syarikat-syarikat berkenaan melalui email dan
mendaftar dengan mereka. Anda juga mesti mempunyai kelayakan tertentu di
samping menepati kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh syarikat
berkenaan. Melalui program sebegini anda berkemungkinan untuk mendapat
pekerjaan secara freelance daripada syarikat-syarikat tertentu. Tetapi realitinya
peluang anda amatlah tipis.

Sebenarnya syarikat-syarikat yang benar-benar menghendaki pekerja sambilan
secara global adalah amat terhad. Kebanyakkan kerja-kerja freelance ini hanya
tertumpu kepada mereka dari negara syarikat-syarikat terbabit iaitu Amerika
Syarikat, Canada dan United Kingdom. Database yang diberikan kepada anda
itu sebenarnya adalah “Outdated”.

Apabila anda menghubungi syarikat berkenaan, mereka akan memberitahu bahawa kekosongan terbabit telah dipenuhi. Perlu diingatkan bahawa syarikat-syarikat ini memang benar memerlukan kekosongan beberapa bulan atau minggu yang lalu tetapi oleh
kerana anda hanya mendapat senarai data syarikat yang “Outdated” dari
program sebegini, peluang pekerjaan freelance yang legitimate amatlah tipis.

Jika anda bernasib baik mendapat pekerjaan freelance ini pula, bayarannya pula
bukanlah USD14.00 sejam seperti yang dilaungkan diiklan pemilik program
sebegini. Kadar bayaran sebenar biasanya adalah di antara USD1.00 ke USD2.00
sejam. Itupun kerjanya tidaklah tetap, bergantung kepada adanya kerja.
Jadi sekiranya anda mengambil kira kembali bayaran anda sebanyak USD19.99
atau lebih untuk mengakses peluang pekerjaan melalui database mereka,
ditambah dengan bayaran bulanan yang perlu anda bayar, ianya tentulah tidak
berbaloi. Kebiasaannya selepas beberapa bulan, anda masih lagi belum
menerima apa-apa tawaran pekerjaan secara freelance ini.

ditambah dengan bayaran bulanan yang perlu anda bayar, ianya tentulah tidak
berbaloi. Kebiasaannya selepas beberapa bulan, anda masih lagi belum
menerima apa-apa tawaran pekerjaan secara freelance ini.

SENARIO SEBENAR
Peserta PTRE biasanya tidaklah berminat terhadap iklan yang dihantar, tetapi
mengklik pada iklan terbabit juga disebabkan akan menerima bayaran pada
kadar tertentu daripada "Syarikat Pengiklanan Melalui Email".

Peniaga-peniaga biasanya tidak akan mendapat keuntungan daripada pelaburan
yang dikeluarkan untuk promosi pengiklanan cara ini kerana yang melihat
iklan-iklan mereka ini bukanlah target market mereka yang sebenar.
Iklan melalui email kaedah ini juga terhad sebenarnya kerana tidak ramai
peniaga-peniaga yang akan berterusan menggunakan khidmat sebegini
memandangkan pulangan pelaburan (ROI) menerusi kaedah pengiklanan ini
jika adapun adalah terlalu kecil.

Peluang pendapatan sebenar bagi mereka yang menjadikan program "Paid to
Read Email" ini sebagai sumber pendapatan biasanya adalah di antara USD 0 USD5.00
sebulan.

8. PENDAPATAN MELALUI SURVEY ONLINE BERBAYAR (Paid Survey Online)

Would You Like To Earn Up To USD250.00 An Hour Taking
Surveys Online?
Adakah Anda Inginkan Memperolehi Sehingga USD250.00 Sejam
Melakukan Survey Online?


Sekali lagi, salah satu contoh iklan yang memaparkan peluang anda
memperolehi pendapatan yang agak lumayan dengan hanya memberi pendapat
anda. Sejauh manakah kebenarannya. Mari kita tinjau bersama di bawah ini.
Melalui program ini, syarikat pembuatan dan pengilang mendapatkan khidmat
syarikat pengkaji pasaran untuk mendapatkan maklumat spesifik berkenaan
dengan pelanggan yang menggunakan produk mereka atau produk saingan
mereka bagi memperbaiki mutu produk-produk mereka yang akan dipasarkan.

Syarikat pengkaji pasaran mengupah syarikat survey online untuk
melaksanakan online survey. Peserta survey akan mengisi survey dan memberi
pendapat mereka untuk dikumpulkan oleh syarikat survey online. Selepas tiap
survey, syarikat survey online membekalkan "raw data survey" ini kembali
kepada syarikat pengkaji pasaran. Mereka akan menganalisa data, membuat
rumusan dan laporan terpeinci sebelum diserahkan hasil kajian kepada
pengilang. Punca kewangan adalah daripada syarikat pembuatan.

SENARIO SEBENAR
Pelayar yang mencari sumber pendapatan melalui survey online biasanya akan
mendapatkan maklumat atau peluang pendapatan malalui survey ini daripada
syarikat atau agen yang menjual maklumat “Bagaimana menjawab survey online
dan menjana pendapatan anda”. Biasanya maklumat ini dijual di dalam bentuk
keahlian atau "report" pada harga USD24.95-USD34.95 .

Selepas menjadi ahli dan mengakses senarai data syarikat survey online, bakal
peserta survey boleh memulakan "kerjayanya" ini dengan mendaftar dengan
setiap syarikat survey online yang dipilihnya. Walaubagaimanapun pelayar
hanyalah akan diberi peluang menjawab dan mendapatkan bayaran mengikut
profil peribadi peserta.

Syarikat survey online yang membayar peserta survey online adalah terhad.
Ketika pendaftaran anda perlu menyatakan profil anda, contohnya , “single
white male, tinggal di Oklahama, USA atau “married Asian female, dari Petaling
Jaya, Malaysia. Anda hanya boleh menyertai survey berdasarkan profil peribadi
anda dan di mana anda tinggal. Bilamana limit peserta yang diperlukan telah
tercapai, survey akan ditutup.

Sebenarnya peserta yang melayari internet untuk menjana pendapatan melalui
survey online perlu berdaftar sebagai peserta survey bagi sebanyak mungkin
Syarikat survey online dan perlu menjalankan secara aktif semua survey yang
ditawarkan hampir 6 bulan ke atas sebelum mendapat apa-apa bayaran.
Bayaran pula adalah kurang daripada pendapatan minuman purata pekerja di
Amerika Syarikat. Itupun sekiranya mereka benar-benar mendapat bayaran
daripada pihak Syarikat survey online.

Anggaran purata pendapatan bagi mereka yang melakukan survey online secara
tekun adalah di antara USD 0 hingga USD$15.00 Sebulan.

9. JURUTAIP BEKERJA DARI RUMAH (Work At Home Typist)
“If you are looking for a Work At Home Career with a Company that
provides Unlimited Income Paid Monthly without any selling. Earn
$.25 per adplacing PLUS Recruitment Commission. Flexible Working
Hours. Worldwide Position Open. Full Support and Training.
Freelance Home Typist”.

Ini adalah satu lagi program yang menjanjikan kebebasan kerjaya anda dari
rumah dengan bantuan penuh dari pihak syarikat. Syarikat-syarikat program
“Work At Home Typist” ini biasanya mendakwa menpunyai kerja menaip
untuk mereka yang boleh menaip dari rumah.

Untuk melakukan kerjaya ini Jurutaip perlu membayar yuran keahlian diantara
USD$10.00 ke USD80.00 atau lebih untuk mendapatkan manual lengkap dalam
menceburi kerjaya sebagai seorang "Home Typist" yang berjaya. Selepas
pembayaran menjadi ahli, penaip akan diberikan Kit atau Manual Lengkap
berkenaan secara "Digital Download" bagi memulakan kerjaya baru ini dan
menjana pendapatan.

Kit ini sebenarnya hanyalah mengandungi cara-cara untuk mempromosikan
program ini di seluruh dunia terutamanya menggunakan teknologi internet.
Ianya termasuklah cara bagaimana untuk meletakkan iklan-iklan di pelbagai
tempat termasuk secara "Online" dan "Offline". Ia juga disertakan perkataanperkataan
"pemukau" atau Hypnotic Words dalam bahasa Inggeris yang boleh
mempengaruhi prospek di samping beberapa teknik-teknik promosi dan
pemasaran yang lain, yang mana kebanyakkannya boleh diperolehi secara
percuma di internet.

Secara dasarnya kerja anda sebagai penaip adalah untuk menaip iklan
mempromosikan syarikat yang menjual program “Work At Home Typist” ini
secara "online" atau "offline". Untuk setiap penaip baru yang direkrut anda akan
mendapat komisen di antara USD5.00 hingga USD15.00.

Melalui pekerjaan ini peserta sebenarnya tidaklah akan menjadi seorang
"Freelancer" yang berjaya, tetapi hanyalah akan tolong mempromosikan
syarikat-syarikat sebegini menipu lebih ramai orang.

ANALISA TENTANG “PENIPUAN EMAIL DAN ONLINE CLASIFIED”

Bagaimanakah anda membezakan program atau skim yang benar dengan skim
yang ingin menipu duit anda. Sebenarnya sekiranya ada syarikat yang
memerlukan pekerja melalui Internet anda boleh menghubungi mereka terus
dan memohon pekerjaan dari rumah secara percuma (Pekerjaan sebegini dipanggil
Freelancer atau Telecommuter).

Walaubagaimanapun, jika anda masih mahu mencuba menyertai keahlian
program mencari pekerjaan melalui Database mereka seperti di atas, anda perlu
mengambil langkah di bawah ini untuk anda membuat keputusan sama ada
program tersebut adalah betul dan sah atau hanya akan membazirkan masa dan
kewangan anda.

Analisa yang perlu anda buat atau soalkan.
Apakah skop kerja atau tugasan anda?
Bagaimanakah anda akan menjalankan kerja
ini? Minta mereka senaraikan semua langkah
yang perlu anda lakukan untuk menjalankan
kerja ini.
Adakah anda akan di bayar gaji atau
komisen?
Siapakah majikan anda atau siapakah akan
membayar anda?
Bilakah anda akan mendapat gaji pertama
atau bayaran pertama anda?
Apakah jumlah keseluruhan yang akan anda
laburkan atau kewangan yang terlibat untuk anda lakuan kerja ini? Ini
termasuk dengan nilai yuran keahlian.
Apakah yang anda akan dapat dengan nilai yang telah anda laburkan ini?
Realitinya syarikat atau individu yang mempromosikan program sebegini
hanyalah menjalankan promosi untuk mendapatkan yuran keahlian anda. Dan
selebihnya anda perlu Selepas membelanjakan sejumlah wang untuk menyertai
program-program atau skim-skim di atas, kemingkinan besar anda akan
mengalami kerugian.

Program-program adan skim-skim ini secara amnya telah disiasat of Agensi Pos
Kebangsaan Amerika Syarikat di samping beberapa Agensi dan Pihak Berkuasa
Amerika Syarikat yang lain dan kebanyakkan mereka adalah palsu atau hanya
menguntungkan pihak yang menerima yuran keahlian.

2. SISTEM PIRAMID (Pyramid Scheme)
Sistem Pyramid dahulunya di Malaysia lebih dikenali sebagai skim Pak Man Telo. Sistem ini secara dasarnya adalah mengambil pelaburan daripada individu atau
kumpulan dan seterusnya membayar pendapatan daripada pelaburan ahli di bawah. Sistem ini juga dikenali sebagai “Chain Letters, Chain Referral, Binary Compensation Plan, Matrix Marketing atau Forced Matrix”. Pada asasnya ianya adalah sistem yang membayar imbuhan berdasarkan pelaburan orang yang terkemudian atau downline.

Di negara barat Sistem Pyramid telah wujud sejak tahun 1920-an lagi di Amerika
Syarikat dan juga Sepanyol. Ianya adalah variasi dari Skim Ponzi yang diasaskan
pada 1919. Sekali lagi, kehebatan dan kekreatifan pakar-pakar penipuan semasa
telah mengubahsuaikan sistem ini mengikut peredaran zaman yang berkaitrapat
dengan perubahan prasarana dan teknologi.

Contohnya, sebelum era internet, sistem pembayaran skim pyramid dan lain-lain
skim penipuan terkemuka agak melecehkan iaitu secara tunai, pengiriman wang
pos, cek dan sebagainya. Tetapi dengan wujudnya system pembayaran melalui
media internet, semuanya automasi. Kaedah-kaedah pembayaran adalah
menerusi system transaksi yang canggih seperti system Paypal, StormPay dan Egold.
Focus utama sistem ini adalah pelaburan dan penarikan pelaburan ahli baru.
Anda dijanjikan keuntungan besar dan kedudukan yang lebih apabila lebih
ramai orang menyertai program ini. Selepas beberapa ketika sistem ini menjadi
bentuk Piramid kerana bilangan diatas adalah sedikit dan bilangan di bawah
adalah ramai.

Motto mereka antara lainnya adalah Bekerja Secara Bijak, Bukan Bekerja Keras
(Work Smart, Not Work Hard). Tetapi “Motto Tersembunyi” yang sebenarnya
adalah “Bekerja Secara Bijak Sekarang, Kerana Ramai Yang Di Bawah Akan
Bekerja Untuk Anda Kemudiannya”.

Pengiklanan skim ini juga hampir menyerupai sebahagian besar sistem yang di
gambarkan diatas. Di dunia internet ianya lebih mirip kepada pemukauan
dengan pembelian syer, distributorship atau pencarian “Downline atau orang
baru di bawah anda”. Sistem ini sudah pasti akan menemui kegagalan kerana
selepas beberapa waktu ianya beroperasi kerana kadar pertambahan ahli baru
akan susut dan pelaburan baru tidak dapat menampung pembayaran ahli lama
apabila sampai waktu pusingan pembayaran berikutnya. Jumlah pelabur yang
ramai di bawah ini (pelabur terkemudian) pasti akan mengalami kerugian dan
tidak akan mendapat pulangan walau sesenpun.

Rasional sebagian besar yang memasuki skim ini adalah masih ada ramai lagi
yang akan menyertainya dan saya akan mendapat pulangan sebelum sistem ini
jatuh.

Samada kita sedar atau tidak apabila kita menyertai program sebegini, kita
sebenarnya mengambil hak orang lain. Tetapi realitinya, sebahagian besar
manusia tetap menyertainya kerana inginkan kekayaan dengan jalan mudah.
Sebagai contoh; suatu skim yang memerlukan anda mencari hanya 6 orang
downline dibawah anda dan akan menghasilkan penyertaan hampir sepuluh juta
peserta (10 million). Walaupun secara matematiknya di atas kertas ianya boleh
digambarkan, namun secara realitinya ianya sesuatu yang mustahil di Malaysia
kini.

CONTOH-CONTOH SKIM PIRAMID ONLINE.
1. HANYA SEDIKIT UNTUK BANYAK (Just A Little For A Lot)

Syarikat Webco menawarkan pelaburan USD10.00 dan Sistem Downline
Sepuluh, dengan tujuan anda mendapatkan USD10,000.00 selepas downline
anda cukup seribu orang (1,000 orang).Pemukauan adalah berdasarkan
pelaburan ang kecil USD 10.00. Anda di pukau dengan adanya Jutaan Pelayar
Internet yang mana untuk anda mendapatkan 1,000 ahli di bawah anda tidak
lah susah. Anda si umpan dengan harapan di dalam sedikit masa lagi anda
akan mendapat USD1,000.00. Jumlah pelaburan yang kecil ini membuatkan
ramai Pelayar Internet tidak akan menyaman sekiranya skim ini gagal.

Sekali lagi ibarat pepatah Melayu Sikit Sikit Lama Lama Jadi Bukit. Tetapi yang
kaya sebenarnya operator skim ini. Bayangkanlah sekiranya beliau menipu
100,000 orang beliau telah pun mendapat USD1 Juta. Anda pelabur hanya lah
berharap kepada USD1,000.00 Sahaja.

2. SEKAKI ATAS YANG LAIN (A Leg Up On The Others)
Syarikat Metal Trade menawarkan system binary yang mana anda hanyalah perlu membayar USD$288.00 yang mana USD$200.00 adalah untuk catalog masa hadapan syarikat tersebut. Selepas itu anda hanyalah perlu mencari dua orang downline sahaja. Dua orang di bawah anda akan mecari dua orang lagi dan begitulah seterusnya. Lebih besar kumpulan bawahan anda, lebih besar peluang pendapatan tunai bulanan anda.

Jika 12 orang menjadi ahli di bawah anda, anda berpeluang mendapat USD400.00, seterusnya 36 orang, 50 orang dan berikutnya. Anda di pukau dengan pulangan sehingga
USD$18,528.00 sebulan. Mengejutkan lagi mereka mendakwa telah menerima
sokongan Badan Perniagaan Amerika Syarikat dan juga telah dianalisa oleh
University of Harvard.

Penipuan identiti ini sebenarnyalah yang memukau ramai pelabur untuk mempercayai skim ini.

3. AZIMAT SEKOLAH ATASAN (Upper School Charm)


Persatuan Penyimpan Oxford menawarkan anda menyimpan duit dalam
bentuk pinjaman kepada bank. Dalam ertikata lain Persatuan ini berhutang
dengan anda. Anda akan dibayar balik sebanyak 10% sebulan compounding
sehingga sepuluh tahun. Anda juga digalakkan untuk menjemput rakan lain
untuk memberi hutang kepada persatuan ini. Sekiranya rakan anda melabur,
dengan setiap pelaburan mereka, anda akan diberikan 1% daripada nilai
pelaburan mereka sebulan.

Perjanjian atau akad yang anda setujui ketika anda memberikan pinjaman
kepada Syarikat ini membolehkan mereka melepaskan diri daripada
tindakan undang-undang. Anda bersetuju dengan risiko pinjaman yang anda
berikan. Umpan mereka adalah mereka akan mula membayar dengan
pelaburan anda atau pun pelaburan baru. Akaun anda memperlihatkan
pinjaman pokok anda kepada mereka tidak berubah, tetapi mereka telah
mula membayar dividen kepada anda. Trend ini akan mereka teruskan ,
biasanya selama setahun atau bilamana pelaburan baru boleh menampung
pembayaran mereka. Kepada yang menambahkan pelaburan mereka akan
membayar pada masa, tetapi mereka juga mengamalkan profiling untuk
megoptimasikan umpan mereka.

RINGKASAN
Hampir kesemua sistem yang dijalankan dan dipromosikan di atas
menyatakan kesahihan dan juga testimony yang akan meyakinkan anda
untuk melabur. Tetapi anda perlulah sedar bahawa hampir kesemua
program ini akan hancur di kemudian hari.
Perhatian! Trend di akhir 2005 – lebih banyak penipuan secara skim pyramid
ini melibatkan penawaran sistem pembayaran dan penerimaan imbuhan
melalui sistem kad ATM. Dalam kes terbaru, Bank Of Lousiana telah tertipu
melalui pemberian card Maestro Cirrus oleh beberapa sindiket berasaskan
skim pyramid.

3. SAHAM SYARIKAT ATAU RAKAN PERNIAGAAN
Skim ini mempengaruhi anda dengan menjanjikan anda peluang menyertai
syarikat mereka melalui pelaburan yang sangat minima atau bergantung kepada
kemahuan anda. Pelaburan daripada sekecil USD10.00 hingga ke ribuan Dollar.
Model mereka adalah berlainan sedikit, kerana ianya adalah seratus peratus
pembohongan. Ini kerana Syarikat ini tidak berdaya saing atau berpotensi
langsung untuk menjana keuntungan.
Antara contoh penipuan sistem ini adalah seperti berikut.

1. Pertanian.
Penipuan ini menggunakan sector pertanian sebagai landasan mereka menarik pelabur
untuk melabur. Anda mungkin akan menjumpai laman web di hantar email berkenaan dengan industri pertanian di Amerika Syarikat ataupun sesebuah negara
tertentu. Laman web ini akan mendakwa dan menerangkan tentang potensi komoditi mereka samada ternakan atau buah-buahan.

Anda dijemput untuk memiliki “lot” tertentu samada di dalam bentuk binatang ternakan atau pohon buahbuahan. “Lot” ini menjadi milik anda dan menjanjikan pulangan yang tinggi selepas binatang ternakan matang atau pohon buah-buahan berkenaan sampai waktu memetik. Anda akan berterusan diberikan keuntungan daripada keuntungan ladang tersebut.

Tujuan mereka menjemput anda melabur di dalam program ini adalah di atas alasan untuk menambahkan modal bagi meningkatkan pengeluaran hasil ladang berkenaan disebabkan permintaan yang semakin meningkat, ramalan kenaikan harga di samping
kekurangan pengeluaran. Anda telah dijanjikan pulangan yang tinggi.

Kebanyakkan laman web sebegini sebenarnya hanyalah menggunakan
maklumat sektor perniagaan yang sedang mengalami pertumbuhan, tetapi
sebenarnya mereka tidaklah menpunyai niat untuk menambahkan
pengeluaran. Mereka hanyalah menerima pelaburan anda untuk dilaburkan
di tempat lain atau untuk dilesapkan.

Sebagai contoh, anda diajak untuk menjadi rakan perniagaan memelihara
burung Ostrich di Amerika Syarikat secara kumpulan. Mereka akan
meyakinkan anda dengan mengatakan bahawa program ini mempunyai
insurans dan potensi berkembang yang amat besar. Tetapi di dalam
kebanyakkan kes, ladang tersebut hanyalah mengembar-gemburkan potensi
lading berkenaan atau jumlah pegangan mereka di dalam pasaran atau
pengeluaran ternakan tersebut. Mereka sebenarnya tidaklah memiliki apaapa
pegangan. Keuntungan yang dijanjikan juga adalah di antara 20% ke
300%. Ini adalah angka yang menakjubkan bagi sektor perladangan.

Bayangkanlah ribuan Pelayar Internet tertipu dengan mudah daripada skim pembelian
binatang ternakan, menternak susu culture di peti sejuk dan juga membuat keju. Tidak
mustahil Pelayar Internet dapat di tipu dengan mudah. Mungkin kita akan bertemu dengan rakan kongsi yang mengajak anda memelihara Kucing di rumah dan menjualnya.

2. TEKNOLOGI PRODUK.
Terdapat juga ribuan syarikat atau individu yang mendakwa mereka telah mencipta teknologi atau produk baru di dalam sesuatu bidang tertentu. Mereka mendakwa mempunyai paten “hakcipta yang didaftarkan” dan boleh membuktikan bahawa teknologi atau produk mereka sedang dan akan meletup di pasaran di dalam masa terdekat.

Oleh itu, mereka memerlukan pelaburan anda dan menjanjikan pulangan
yang tinggi. Sebagai contoh, sebuah syarikat R&D berasaskan teknologi
tumbuhan mengumumkan di laman web mereka tentang penemuan terbaru
mereka, “Biosonic”. Ianya satu teknologi berasaskan “wave energy” untuk
membantu tumbuhan membesar dengan cepat dan lebih optimal.

Syarikat ini mendakwa bahawa mereka telah mengikat “kontrak” dengan beberapa buah
negara dan mula menjemput pelabur untuk melabur. Setelah banyak
pelaburan yang diterima untuk projek ini, wang pelaburan telah dilesapkan
atas nama R&D. Surahjaya Sekuriti Amerika Syarikat mendakwa syarikat
terbabit kerana menggunakan nama dan kontrak yang tidak wujud dengan
kerajaan Saudi dan Jepun dengan niat untuk menipu. Disebabkan beberapa
akta di dalam Undang-Undang Syarikat Amerika Syarikat, syarikat ini dapat
melepaskan diri dan melesapkan jutaan wang pelabur.

RUMUSAN MODEL RAKAN NIAGA
Penipuan yang menggunakan model ini hampir kesemuanya akan melesapkan pelaburan anda. Mereka akan menggunakan maklumat atau data yang terkini dan juga ramalan pasaran semasa yang ternyata boleh meyakinkan anda bahawa keuntungan adalah pasti.
Tetapi sebenarnya mereka hanyalah menggunakan maklumat ini untuk penipuan semata-mata.

Kebanyakkan pelabur yang kerugian di dalm kes sebegini tidak membuat pendakwaan di
mahkamah atas pelbagai alasan. Bagi yang membuat tuntutan di mahkamah, tuntutan mereka gagal disebabkan beberapa kelemahan undang-undang di samping penyataan dan ikat-janji yang telah diberitahu di dalam bentuk “fine print” yang berpihak kepada “operator program”. Di dalam banyak kes sebegini, “operator program” dapat melarikan diri daripada tindakan undang-undang.

4. SISTEM KEAHLIAN KELAB ATAU PERSATUAN
(CLUB MEMBERSHIP PROGRAM)
Sejauh ini anda mungkin telah dapat menangkap cara atau teknik pengaruh atau
pemukauan yang individu atau syarikat tertantu gunakan untuk mengambil
duit anda. Model mereka yang mengambil duit dan mungkin memulangkan
sedikit kembali sebagai imbuhan atau keuntungan kepada anda sebenarnya
adalah duit ahli yang mendaftar kemudian. Kaedah ini meliputi Sistem Piramid,
Penipuan Terus dan juga Penipuan Rakan-Niaga. Mereka menggunakan fakta semasa, potensi pulangan yang tinggi dan juga “janji manis” untuk
meyakin dan seterusnya engambil duit anda.

Sistem keahlian yang mereka manipulasikan ini pada dasarnya diambil daripada sistem yang agak berjaya dahulu iaitu “Tupperware Parties”. Anda mungkin pernah melihat ibu
anda menjemput jiran anda ketika kecil untuk menghadiri majlis ini yang mana agen atau ibu anda akan memperkenalkan Tupperware dan menjual kepada jiran tetangga.

Sistem keahlian ini juga “memukau” masyarakat ramai dengan meyakinan anda
melalui ahli mereka yang ramai serta syarikat atau program ini adalah milik
anda.

Di antara “terma-terma yang memukau” yang digunakan adalah
- "The Friendship Investment Club", "Freedom Club", "A Gift Network",
"Season of Sharing", "The Spirit of Giving", "Northwest Family Reunion"
dan "Creating a New Paradigm".

“Sekali lagi media internet digunakan sebaik mungkin untuk
memudahkan lagi penyebaran maklumat, merekrut ahli baru,
menyimpan dan mengurus data mengenai ahli dan menerima
pembayaran berulang contohnya pembayaran bulanan secara
automasi”.

Mari kita dalami sebahagian daripada kumpulan sasaran mereka dan cara
penipuan mereka.

1. PERSATUAN ATAU KELAB UNTUK LELAKI
Antara yang masyhur "Pit Stop", "NASCAR", "Men's Club" dan "Money
Exchange". Sebagaimana nama yang digunakan, mereka mensasarkan
individu lelaki yang meminati sesuatu aktiviti atau kegemaran mereka.
Seterusnya mereka menawarkan keahlian dengan pulangan kekayaan dan
juga peluang menambahkan pendapatan dan membeli produk pada nilai
yang murah.

2. KELAB UNTUK WANITA
Sasaran mereka adalah wanita, yang mana "Circle of Friends", "Women
Helping Women", "the Gifting Club", "Heart to Heart", "Gifts for Charity",
"Renewal Celebration", "Women Empowering Women," "Women's
Empowerment Network", "Women for Women," dan "Dinner Party”.
Perkataan-perkataan ini “memukau” wanita dengan isu semasa, keperluan
atau kegemaran mereka. Sasaran mereka adalah yuran keahlian dan juga
pembelian lot keahlian.

3. PERSATUAN AMAL
Model ini pula menggunakan model “menderma dan kekayaan akan kembali
kepada anda”. Mereka mengambil kesempatan dan juga ehsan anda supaya
berderma dan menjemput rakan lain untuk menderma dan berpeluang untuk
melakukan kebaikan dan akhirnya mengecapi kebebasan kewangan.

(Financial Freedom)

Derma yang dipungut adalah seminima USD10.00 untuk bidang yang anda
gemari samada penjagaan alam sekitar, binatang peliharaan, menaja “anak
angkat” anda sendiri di dunia ketiga seperti di negara-negara Afrika,
Vietnam, Kampuchea dan sebagainya.

Tetapi agak menyedihkan kerana banyak dari organisasi-organisasi yang
bergerak di atas tiket persatuan amal ini hanya memberikan sebahagian kecil
sahaja dari pendapatan yang diperolehi hasil pemberian orang awam kepada
golongan atau perkara yang ditaja. Ada yang hanya memperuntukkan
serendah 0.5% sahaja kepada tujuan asas program kutipan amal ini.
Sebahagian besar dari jumlah pendapatan yang terkumpul sebaliknya
digunakan sebagai “belanja pengurusan”.

5. PROGRAM ONLINE MLM (Online Multi-Level-Marketing)

Online MLM menggunakan model yang mirip kepada sistem Multi Level
Marketing atau Network Marketing yang beroperasi di dunia nyata. Pada
peringkat awalnya banyak dari syarikat MLM terkemuka juga cuba menggunakan
medium internet untuk sistem "recruitment" mereka.

Bagaimanapun, disebabkan berbagai faktor banyak yang menghentikan sistem
"recruitment online" mereka kemudiannya. Kebanyakan laman web syarikat
berkenaan sekarang hanyalah lebih bersifat informatif dan e-commerce.
Majoriti Multi-level yang ada di dunia internet adalah yang seratus peratus
syarikat Online MLM yang tidak mempunyai sistem "recruitment" di dunia nyata.
Produk yang dipasarkan kebanyakannya adalah produk kesihatan atau informasi
di dalam bentuk digital download.

Bagaimanapun banyak juga yang tidak mempunyai produk yang jelas dan mirip
kepada "Ponzi Skim".
Secara dasarnya, Sekiranya anda menyertai program MLM ini anda perlu,
1. Membayar keahlian bulanan, tahunan seumur hidup atau.
2. Berterusan mencari ahli bawahan anda melalui sistem atau kit keahlian
syarikat.

Syarikat MLM akan membuat pembayaran di dalam bentuk "referral komisen"
dan bonus hasil daripada pendapatan starikat kepada ahli melalui pembelian
produk, pembelian sistem atau kit pemasaran, dan pembayaran yuran keahlian.

SENARIO BIASA ONLINE MLM.

Syarikat MLM menghebahkan pre-launch program mereka secara besar-besaran
dan semua di jemput untuk menyertai program ini untuk menjadi perintis atau
kumpulan atasan. Peserta yang baru ini mula mempromosikan program ini
kepada masyarakat ramai untuk menjana downline atau bawahan mereka.
Maka berduyun-duyunlah pelayar internet yang sememangnya sedang mencari
peluang untuk mendapat pendapatan lebih mendaftar menjadi ahli. Semua
menganggap inilah peluang terbaik mereka kerana hari pelancaran rasmi
program MLM syarikat berkenaan masih belum tiba sedang mereka telahpun
"secure" tempat mereka di dalam syarikat yang nampaknya akan "meletup"
dengan penuh kejayaan.

Pada hari pelancaran, Syarikat berkenaan (yang telah menjanjikan akan
membuat pengumuman gembira bagi semua) mengumumkan bahawa semua
ahli perlu "Upgrade" keahlian masing-masing bagi membolehkan mereka dibayar
komisen yang tinggi oleh syarikat bergantung kepada tahap upgrade keahlian
mereka samada "Silver", "Gold" atau "Platinum". Mereka yang "Upgrade" awal
dijanjikan downline yang ramai dari yang "upgrade" kemudian.

Mereka yang mencari sebanyak mungkin ahli pada peringkat "prelaunch" tetapi
tidak mahu "upgrade" keahlian mereka akan kehilangan downline mereka. Mahu
tidak mahu ramai di antara mereka yang terpaksa "upgrade" keahlian mereka
juga setelah penat-lelah mencari downline bagi pihak syarikat. Tetapi bagi
kebanyakan yang lain perkara ini sungguh menghampakan.
Berita gembira yang dijanjikan oleh syarikat itu sebenarnya adalah berita yang
sungguh mengecewakan.

Bagi mereka yang telah "upgrade" keahliannya, mereka perlu terus membayar
atau menjadi "paying member" setiap bulan bagi peluang mendapat komisen darahli baru yang bakal mendaftar. Disebabkan "Compensation Plan” atau Plan
Pembayaran yang tidak jelas dan sememangnya terlalu komplikated, selepas
beberapa bulan ramai yang masih tentanya-tanya kenapakah “referral komisen
downline mereka masih tidak cukup untuk membebaskan mereka dari masalah
kewangan atau "Financial Freedom" seperti yang dijanjikan oleh syarikat.
Selepas beberapa bulan pembayaran referral commission oleh syarikat kepada
ahli menjadi lembab kononnya disebabkan masalah teknikal, sistem atau server
syarikat.

Secara realitinya juga kebanyakan dari syarikat Online MLM juga tutup
secara mendadak atau menghilangkan diri selepas beberapa bulan beroperasi
tanpa membuat pembayaran yang tertunggak untuk beberapa bulan milik ahli.
Begitulah kesudahan bagi kebanyakan orang yang telah "mencuba" nasib
dengan Online MLM.
Nota: Tidak semua program Online MLM berakhir dengan penutupan program.
Bagaimanapun, nasihat kami,
berwaspadalah.

Di bawah ini disenaraikan sebahagian dari pelbagai masalah yang dihadapi di
dalam program Online MLM. Di antaranya ialah:-

1. Kebanyakan syarikat tidak menjual produk atau service yang berkualiti
yang ahli boleh mempromosi dengan penuh yakin atau tidak berdaya
saing. Kebanyakan produk telah ada di dalam pasaran.

2. Sekiranya produk dijual, ianya adalah pada harga yang tinggi berbanding
dengan produk yang dijual di kedai atau pasaran terbuka.

3. Terlalu banyak syarikat MLM, yang mendakwa merekalah yang terbaik
dan menjanjikan pulangan dan pendapatan yang baik. Prospek menjadi
keliru dan ramai yang menyertai lebih daripada satu program MLM.
Akibatnya mereka tidak fokus atau memberi tumpuan penuh dan tidak
mampu mempromosikan satu-satu program MLM dengan bersungguhsungguh.

4. Masalah saingan. Samada disedari atau tidak, setiap ahli sebenarnya
bersaing sesama sendiri dalam mempromosi produk syarikat kerana
mereka menggunakan landasan medium dan sistem atau "Kit Promosi"
yang sama yang diperolehi daripada sesebuah program MLM. Ini
sememangnya menyusahkan peserta untuk memasarkan, di sebalik janji
manis syarikat MLM tersebut.

5. MLM telah mendapat publisiti yang buruk sejak beberapa tahun
kebelakangan ini dan juga disebabkan oleh lambakan program. Pelayar
internet tidak lagi tertarik dengan sistem MLM ini. Kebanyakan pelayar
internet tidak akan melayan email, atau maklumat berkenaan MLM lagi di
dunia internet.

6. Sebagaimana biasa, peserta yang awallah yang akan menerima
keuntungan, peserta bawahan atau terkemudian biasanya hanya akan
menghabiskan pelaburan atau yuran keahlian mereka, di samping masa
yang terbuang.

6. PROGRAM PELABURAN PULANGAN TINGGI (HYIP High Yield Online Investment Program)

Bab ini amat menarik kerana ramai di antara rakan-rakan saya yang melabur
dan juga bermain dengan skim ini. Ada juga beberapa orang rakan saya telah
kehilangan ribuan ringgit sejak tahun 2000 disebabkan “pemukauan” dan
juga pemulangan pelaburan yang baik pada peringkat awal.

Pelaburan melalui skim ini menarik amat ramai peserta dari seluruh dunia.
Ianya juga meliputi skim Paid-To-Surf atau “Pendapatan Dari Melayari
Internet”. Ibarat pepatah melayu jangan bermain dengan api, api yang kecil
boleh dipadamkan.

Program Pelaburan Pulangan Tinggi Internet (HYIP) menjanjikan pulangan
pelaburan pada kadar yang sangat tinggi kepada pelabur berdasarkan jumlah
pelaburan dan jadual pulangan semula pelaburan. Pulangan Pelaburan
adalah diantara 1% ke 700% atau lebih.

Pembayaran semula pelaburan atau pulangan juga berbeza daripada setiap
hari, mingguan, bulanan atau tahunan. Pembayaran biasanya dibuat melalui
Digital Currency seperti E-Gold, GoldMoney, E-Bullion dan Pecunix.
Setengah Syarikat juga menggunakan khidmat Pay-Pal atau Stormpay.

Lazimnya Syarikat atau individu yang menawarkan program HYIP ini
mendakwa mereka menjalankan perniagaan yang melibatkan pelaburan
hartanah, Over-The-Counter Stocks, tukaran matawang asing (Foreign
Exchange Market) samada secara sendirian atau secara dana terkumpul dan
sebagainya. Bagi perniagaan hartanah biasanya mereka mendakwa
pelaburan hartanah di dunia ketiga dan di beberapa wilayah di Russia yang
baru mencapai kemerdekaan.

Mereka juga mendakwa membeli “Prime Bank” - Bank Securities seperti
Bank Guarrantees, Notes dan Debentures yang akan membawa pulangan
pelaburan yang amat tinggi.

Pelbagai bukti dikemukakan dan juga jaminan yang sistem ini adalah
selamat. Marilah kita melihat sebahagian daripada rasional fakta yang
diberikan oleh mereka.

1. “Bank Guarrantee” atau Jaminan Bank yang di
dakwa dibeli pada harga discount dan
kemudian dijual pada premium yang tinggi.
2. “Prime Bank Letter of Credit” yang mana
mereka mendakwa antara bank terjadinya
penjualan “Letter of Credit” sesama bank pada
kadar USD100 Million.
3. Sebagai “orang dalam” mereka mendapat
discount pada kadar 77%.
4. Mendakwa mereka mengumpulkan pelaburan
dan mampu membeli kemudahan “Prime Bank”
untuk diniagakan.
5. Mereka menunjukkan bukti daripada “Prime Bank” di antaranya: Chase
Manhattan, Barclay, Deutshe bank dan sebagainya.
Di atas hanyalah sebahagian daripada senarai pembuktian yang mereka
paparkan di laman web masing-masing.

Sekiranya anda melayari laman web yang menjanjikan pulangan tinggi
berwaspadalah bila mana anda melihat perkataan di bawah:-
roll program
bank secured trading program
high-yield investment program
leveraged pool
bank debenture trading program
currency trading program
off balance sheet program
money center instrument purchase and resale program.
world bank paper
Federal Reserve notes
blocked fund letters
IMF issued bonds
standby letters of credit
prime bank notes, guarantees or debentures
bankers acceptances
Bills of Exchange or Bills of Equity
commercial bank credit lines
irrevocable letters of credit
"zero interest" credit instruments or letters of credit
the arbitrage of senior bank instruments
Medium Term Notes (MTN)
currencies, commodities, gold and other financial instruments.
freely negotiable, unconditional, irrevocable, clear SWIFT wire transfers
callable conditional sight drafts
international banking days
ICC (International Chamber of Commerce) 400/500
UCC (Uniform Commercial Code) form references
fresh-cut or seasoned paper
collateral houses, sources or suppliers
validation of the MCC (Master Collateral Commitment)
irrevocable, non-retractable commitment of funds to purchase
instruments.

Tetapi hakikat sebenarnya semua itu adalah penipuan dan janji-janji kosong
atau apa yang mereka mahu pelabur fikirkan. Tiada HYIP yang layak atau
dibenarkan oleh bank untuk menjalankan bentuk pelaburan ini.
Sebenarnya mereka ini menjalankan “PONZI SCHEME”. Ponzi
scheme adalah sistem di mana Pemilik Skim menggunakan
pelaburan pelabur baru untuk membayar pelabur lama. Sistem ini
runtuh apabila hutang kepada pelabur lama lebih tinggi daripada
jumlah pelaburan baru yang diterima.

Nama Ponzi Scheme adalah diambil sempena nama pengasas
sistem ini Carlo Charles Ponzi sekitar tahun 1919. Seperti skim lain,
setelah lebih lapan puluh tahun Ponzi Scheme melalui evolusi yang
sentiasa berubah mengikut peredaran masa dan prasarana
teknologi disamping kekreatifan individu mengolah sistem ini
mengikut kehendak masing-masing.

Biasanya pelabur yang melabur dari awal akan mendapat pulangan
pelaburan dan juga referral komisen. Pelabur kemudian sememangnya rugi
besar. Pelabur lama juga akan rugi besar jika dia tidak sempat mengeluarkan
“pegangannya” sebanyak mungkin sebelum penutupan program secara
mendadak berlaku.

Bermula dengan pelaburan serendah USD5.00 atau USD10.00 anda diberi
peluang untuk menjana pendapatan berulang dan sekiranya anda melabur
dengan lebih banyak pulangan lebih tinggi dijanjikan.
Sejak enam hingga tujuh tahun yang lalu, amat banyak program HYIP yang
beroperasi kerana “mempunyai peminat” yang ramai. Ianya muncul lebih
pesat dari cendawan tumbuh selepas hujan.

Seperti yang telah diterangkan, ciri yang terpenting adalah setiap satunya
akan menawarkan pulangan pendapatan yang amat tinggi di antara 1%
sehari sehingga 700% sebulan atau lebih. Tawaran ini juga kadang-kala
ditambahkan lagi dengan pulangan referral commission ahli baru pada kadar
nilai 1% atau lebih daripada apa-apa nilai yang ahli baru laburkan.

Bagaimanapun, ada juga program yang cuba menambat hati pelabur yang
lebih berhati-hati dengan menyedia jadual pulangan menyeluruh yang lebih
rendah untuk jangka terdekat tetapi amat menguntungkan pada jangka
panjang. Kerana jadual pulangan yang begitu “menggiurkan” inilah, maka
ramai yang asalnya hanya melawati laman web berkenaan kerana ingin tahu
tetapi sudah mula terpengaruh, jatuh hati dan yakin dengan pulangan yang
bakal dikecapi.

Inilah “Kuasa Pemukauan Melalui Perkataan” yang kena tepat
pada tempatnya (Hypnotic Writing Working At Its Best). i
ditambah pula oleh sifat tamak dan perasaan “masih ada
masa” sebelum skim ini hancur yang menjadi pegangan
pelabur program ini. Akibatnya apa-apa pendapatan yang
telah didapati dilaburkan semula supaya beroleh pulangan
yang lebih berlipat-kali ganda.

Menyedari bahawa jeratnya telah mengena – iaitu kebanyakkan peserta yang
baru dibayar “dividen” masing-masing melabur kembali ke-semua pegangan
mereka, ketika inilah Pemilik Skim mula bertindak menutup laman web dan
menghilangkan diri.

Sebenarnya, pada ketika ini juga selalunya, Pemilik Skim sudah tidak mampu
membayar kembali pulangan bagi kesemua pegangan jika dituntut,
disebabkan programnya telah menghampiri “tahap tepu” (Saturation Point).
Saturation point di sini bermaksud jumlah rekrut atau penyertaan ahli baru
yang membawa Fresh Investment telah susut.

Jalan keluar bagi Pemilik Skim hanyalah menutup laman web dan
menghilangkan diri bersama puluhan malah ratusan ribu dollar milik ratusan
dan kadang-kadang ribu ahli yang masih terpinga-pinga.

Kesimpulanya.
Saya berharap saya telah menyampaikan system HYIP ini dengan jelas. Saya
berharap tiada lagi di kalangan kita yang akan terpengaruh dan terjebak dengan
permainan HIGH YIELD INVESTMENT PROGRAMS.

PENDAPATAN DARI MELAYARI INTERNET (Paid To Surf)
Pelayar internet mendaftar keahlian menjadi ahli program Paid to Surf tertentu
yang mereka pilih. Untuk mendapat pendapatan yang memuaskan, peserta
perlu melakukan “pelaburan”. Lebih banyak yang “dilaburkan”, lebih banyak
pendapatan yang bakal diperolehi. Pulangan pendapatan berlainan mengikut
program. Biasanya peserta dikehendaki melihat laman web peserta atau
pengiklan lain mengikut jumlah tertentu yang telah ditetapkan setiap hari untuk
mendapatkan “credit” harian yang akan dikumpulkan sehingga sebulan.

Di akhir bulan atau mengikut masa tertentu, “credit” tersebut akan dipindahkadi dalam bentuk :-
1. Duit
2. Traffik ke laman web peserta (peluang laman web anda akan ditunjukkan
kepada peserta lain).
3. Kedua-duanya sekali.


Sebenarnya Paid to Surf Program Provider akan melabur “pelaburan” asal peserta
di dalam Program Pelaburan Pulangan Tinggi Internet (HYIP) berdasarkan
perjanjian tertentu kedua-dua belah pihak.

Pulangan dari pelaburan inilah sebenarnya yang akan digunakan oleh Program
Provider untuk membayar peserta. Di samping itu, sebahagian dari yuran
pendaftaran atau “pelaburan” peserta-peserta baru juga digunakan sebagai
modal pusingan untuk membayar peserta lama yang telah sampai waktu
pembayaran mereka. “Program Provider” juga ada mendapat keuntungan
(jumlah yang kecil) daripada iklan syarikat-syarikat luar yang mengiklan di
dalam program ini.

SENARIO SEBENAR ATAU REALITI.


Di peringkat permulaan program, syarikat akan membayar ahli dengan cekap
dan effisyen. Tetapi setelah beberapa tempoh, pembayaran akan menjadi
perlahan, terutama kepada ahli yang mempunyai jumlah "credit" yang banyak di
dalam akaun dan mereka akan menggunakan alasan program mengalami
masalah teknikal dan sebagainya. Di peringkat 12 hingga 24 bulan berikutnya
selepas mereka mula-mula beroperasi, kebanyakkan program Provider ini akan
menghilangkan diri.

Walaubagaimanapun tidak semua program sebegini "hilang" terus. Ada yang
terus menjalankan aktiviti walaupun pembayaran peserta menjadi semakin
lembab. Tetapi majoritinya menghilangkan diri.
*Attachment – sila baca cerita 12 Daily Pro, sebagai iktibar.

LAMAN WEB AUTO SURF MENJANA KERISAUAN PENIPUAN

BERITA PEMBEKUAN AKAUN 12DAILYPRO DAN STORMPAY


Musim Bunga tahun lepas sebuah laman web; 12 Daily Pro mula menawarkan Pelayar Internet Skim yang menakjubkan, Pelaburan dengan pulangan 12% sehari melalui system Keahlian. Apa yang pelayar perlu lakukan hanyalah melayari beberapa laman Web sehari. Pelayar Internet akan dibayar mengikut pelaburan yang mereka laburkan berdasarkan tangga keahlian.Kerajaan Persekutuan dan Pihak Berkuasa Negeri Amerika Syarikat kini sedang menyiasat syarikat yang berpengkalan di Charlotte sekiranya inaya hanyalah salah satu daripada variasi Ponzi Scheme.

Ponzi scheme adalah skim yang diasaskan oleh Charles Ponzi immigrant daripada Itali pada awal kurun ke 20. Ponzi skim adalah skim penipuan yang menjanjikan pulangan pelaburan yang di ambil daripada pelaburan pelanggan kemudian. 12Daily Pro adalah di antara skim yang terbesar di dunia internet, hampir semua HYIP telah berlkembang dan menpunyai Jutaan ahli, skim ini dikenali sebagai Auto Surf dan juga HYIP business.

Skim ini sebenarnya mengambil kesempatan daripada pertambahan perbelanjaan
pengiklanan di dunia Internet., Contohnya SurfCityAutoSurf.com,menjanjikan pulangan pelaburan antara USD100.00 ke USD3,200.00 Sebulan hanya dengan melayari laman web.

Di 12dailyPro, pelawat dibenarkan untuk menjadi ahli secar percuma juga, tetapi untuk mereka mendapat pulangan tunai, ahli perlulah melabur USD$ 6.00 atau maksimun USD $ 6,000.00 Laman ini telah mendapat perhation Biro Penyiasatan Amerika Syarilat (FBI) Buat ketika ini FBI menjadikan penyiasatan penipuan Internet sebagai salah satu dripada bidang yang mereka focuskan, tangga ketiga yang utama (Third Level Priority).

Pada tahun 2004 badan ini menerima 207,000 aduan penipuan siber., ini adalah kenaikan 66% daripada tahun 2003. Laman 12dailyPro kini adalah di bawah penyiasatan FBI, Suruhanjaya Securiti Amerika dan juga dua negeri di Amerika. Pembayar utama 12Daily Pro iaitu Storm Pay juga telah dibekukan operasi kerana terlibat sebagai peranti pembayar. Laporan terkini jumlah ahli yang terlibat adalah di antara 300,000 orang dianggarkan sebahagian besar melabur USD$6,000.00. 9 hb February 12 Daily Pro masih beroperasi walaupun semua asset dan milik mereka telah dibekukan.

12dailyPro di jalankan oleh Charis Johnson, seorang wanita melalui sebuah syarikat
berdaftar di North Carolina Amerika Syarikat, Beliau juga menjalankan kegiatan melaui sebuah syarikat Enterprise LifeClicks LLC melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam beliau.Peguam beliau menyalahkan StormPay diatas isu perselisihan perjanjian menyebabkan ahli 12Daily Pro tidak menerima pembayaran. Peguam Charis, Johnson menyatakan StormPay mendesak hanya merekalah peranti pembayar untuk sebarang imbuhan kewangan 12Daily Pro. Sejurus selepas itu StormPay membekukan kewangan dan pembayaran 12DailyPro selepas mendakwa 12DailyPro telah menyalahgunakan model perniagaan mereka. Charis menyatakan bahawa beliau tidak pernah tidak membayar imbuhan kepada ahli 12DailyPro sehinggalah berlakunya perbalahan dengan StormPay. Peguam LifeClick's sedang mengkaji peruntukan perundangan yang sedia ada dan akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini. In a Didalam wawancara yang terbaru Pengarah Eksekutif, StormPay Steve Girsky menyatakan “beliau tidak melakukan sebarang kesalahan”,

Ditanya sama beliau percaya 12dailyPro beoperasi secara sah? Beliau menyatakan pada peringkat awalnya StormPay beroperasi secara sah, tetapi setelah pihak StormPay mengkaji perjalanan syarikat tersebut, mereka mengalami kesusahan untuk membayar kepada ahli 12Daily Pro.

Dilaman web, 12dailyPro, menyatakan pendapatan ahli adalah di biayai oleh pembayaran ahli baru dan juga pendapatan pengiklanan beserta dengan beberapa pelaburan luar yang tidak dinyatakan. (mirip kenyataan PONZI scheme) Ketika lawatan terbaru, pengiklan didapati daripada kumpulan syarikat yang kecil dan juga beberapa syarikat “AutoSurf” yang beroperasi hampir sma dengan 12DailyPro.

Sebahagian daripada ahli 12Daily Pro menyatakan bahawa pulangan pelaburan adalah kurang daripada yang dijanjikan kerana pembayaran balik termasuk yuran asal keahlian.

Seorang ahli yang melabur USD$600.00 sebagai contoh akan akan di kredit 12 hari
kemudiandengan nilai usd$864.00. Pulangan sebenar hanyalah USD264.00 iaitu 44% untuk 12 hari tersebut. Interest sebenar adalah 3.67% sehari, masih lebih besar daripada interest yang mana-mana bank akan berikan. Salah seorang ahlinya adalah Mike Wing yang mengetahui 12DailyPro daripada rakan niaga beliau, beliau mengharapkan pulangan USD$700- USD$1,000.00 seminggu.

Bilau mengeluarkan Simpanan Pencen beliau dan melabur USD$1,000.00 minggu kedua beliau menambahkan pelaburan usd$1,000.00 lagi. Selepas beliau mendapat semula pelaburan pokok beliau berjaya memperkenalkan kepada sepuluh lagi rakan beliau untuk menyertai program ini.

12DailyPro menjanjikan ahli yang berjaya menjemput atau merekrut ahli baru akan dapat berkongsi sebahagian daripada jumlah pelaburan baru. Wing berkata , pada mulanya beliau merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan 12DailyPro, tetapi disebabkan oleh janji pulangan yang tinggi, beliau tertarik untuk mengambil risiko tersebut. Minggu lepas pulangan USD$1,700.00 yang beliau tunggu tidak sampai, beberapa hari kemudian 12DailyPro menyatakan bahawa akaun mereka telah dibekukan.
“ Saya rasa seperti orang bodoh, saya tidak lagi akan melabur di dalam skim.”
.
↓↓↓Carian Pembaca Paling Panasss↓↓↓

7 comments

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera,

Saya ingin berpesan kepada rakan2 sekalian,
dimana telah wujud satu lagi penipuan internet.
Tetapi bukan di www.mudah.com.my.

Saya merupakan mangsa penipuan dan berharap
tiada rakan2 kita Ditipu juga oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab. TOLONG SEBARKAN!!

Saya telah kehilangan RM 3350 kerana cuba membeli
kamera digital DSLR Nikon D610 dengan harga
yang murah secara atas talian. Akhirnya dari tarikh 23/6/14 hingga sekarang masih belum menerima apa2. Sedih juga.. tetapi saya terpaksa terima hakikat. Dan hanya usaha report kepada pihak polis dan juga Kpdnk.

Cerita bermula apabila sy terjumpa iklan di internet kamera dslr yang
murah dan baru. Iklan sangat2 menyakinkan. Contoh link..

http://www.jejakpanglima.com/Classified/view.php?id=1649
http://www.asnclassifieds.com/nikon-d7100-241-mp-digital-slr-camera---af-s-dx-18-105mm-lens-m3207313.html
http://nasabayabasan.com/0/posts/7-cameras-video/24-body-and-lens/691-Nikon-D90-Digital-SLR-Camera-with-Nikon-AF-S-DX-18-105mm-lens.html
http://www.expatads.com/180-Nigeria/posts/13-Phones-Computers/70-Mobile-Phones/690877-Canon-Eos-60D-Digital-SLR-Camera-Body-with-EF-S-18-135mm-Is-Lens-Kit.html

Yang bestnya, dia ada website plak..
Ini link dia.. http://www.mibcltd.com/

Memang meyakinkan dan menarik perhatian.
Saya berurusan dengan seller ni melalui email.
panggilan no tel dalam website aktif tapi x berjawab
katanya melalui email, terlalu sibuk untuk angkat.

emailnya seperti berikut..
sales@mibcltd.com
salesmerchantintb@gmail.com
merchantintbs@yahoo.com

setelah saya pasti untuk beli,
penjual memberi no akaun yang
sangat tidak meragukan bagi saya.
Iaitu no akaun bank atas nama syarikat.

BANK : AM BANK
NO AKAUN : 2322022003255
NAMA AKAUN : LLKT SMART TECHNOLOGIES

Duit dah masuk, dan saya heppy la nk tunggu
barang. 23/6/14 dia bagi tracking dengan syarikat cour
ier yang x pernah dengar " Swift Parcel Service"
http://www.swiftservices.scbintlnet.com/#
korang cuba guna no tracking saya dan check!!
SP668723092. Mcm real kan?

Haha, yang ni dah meragukan nih. 24/6/14, saya
dapat sms dari courier service cakap parcel kena hold.
Seller juga ada email dan menyatakan ada kesilapan teknikal
dalam penghantaran iaitu. tersilap pos 3 biji kamera akibat kelalaian budak kerja store mereka!! Dan mintak saya Masukkan lagi RM4500 untuk kamera yang lebih tu..Nanti dia kata dia akan hantar store representative pick up kat saya.Nampak sangat dah menipu tu terang2!! Saya terus tersentap dan redha kerana telah masuk perangkap penipu..

Saya enggan bayar dan mintak hak saya sebagai pembeli, tetapi mcm tulah, penipu kan hendak duit sahaja.

Jadi selepas buat aduan di balai polis, saya rujuk SSM untuk mengetahui no daftar syarikat, alamat dan pemilik syarikat berdasarkan no Akaun Am Bank Tadi,,

Jeng3, Syarikat milik bangsa india, terletak di butterworth,Pulau Pinang. kalau dalam iklan webpage.. dia letak alamat
(NO 189 LOT 7787,ASSYAKIRIN COMMERICAL SQUARE
JLN SULTAN ISKANDARA,97000,BINTULU,SARAWAK,
MALAYSIA)
Ish2.. Korang mesti pening kan dengan modus oprandi penipuan pihak mcm ni.
Lagi satu, jenis perniagaan pula adalah berunsur jualan jentera dan kenderaan bermotor???. Adoi, lari tajuk dah..

Cuma yang saya pelik!!
1) kenapa dia susah2 nk buat domain yang berbayar untuk menipu?
2) Kenapa dia susah2 iklan sana sini jual kamera . Rajin ko ni!!
3) Dia ni ada fahaman yang mendalam jugak tentang kamera dslr ni, hemm.. Ada dalang lain ke yang berantai nih.?

Apapun, korang beringat lah, jangan jadi nasib macam saya K!!

Kalau nak berurusan jual beli melalui website, pastikan dia ada no daftar syarikat yang sah!!

No dibawah ni semua sindiket menipu kamera!! No masih aktif
0166852352
0167205475
0163242492
0163584969
0162705746

Berjaga- jaga dengan Merchant International Camera.

Jangan biarkan diri anda ditipu!!

Sekian Dari Saya,
Terima kasih.
NIZAM

thank give info... hampir jg sa join ni penipuan intnt..

This comment has been removed by a blog administrator.

Kalau dapat emel ni secara tiba2 apa pula tindakan saya nak kena buat?
Saya masih student. Tapi emel ni terlalu pendek dan x seperti surat emel yang saya terima sebelum2 ni.
Daripada: "Butler, La Donna"
Tarikh: 14/07/2015 4:08 AM
Subjek: €950,000.00 EURO
Kepada:
Sk:

Dear Beneficiary,

You have been selected to receive €950,000.00 EURO as charity donations / aid of the Qatar Foundation. Reply back for more information and claims.

Beantworten: qatarfunds@163.com

Yours sincerely,
Qatar Foundation

Itulah yang dia tulis. Saya tak pasti sebab saya student Cairo je. Tapi bila saya search tntang Qatar Foundation ni memang ada dan wujud. Ada sapa2 boleh explain tak?

Kalau dapat emel ni secara tiba2 apa pula tindakan saya nak kena buat?
Saya masih student. Tapi emel ni terlalu pendek dan x seperti surat emel yang saya terima sebelum2 ni.
Daripada: "Butler, La Donna"
Tarikh: 14/07/2015 4:08 AM
Subjek: €950,000.00 EURO
Kepada:
Sk:

Dear Beneficiary,

You have been selected to receive €950,000.00 EURO as charity donations / aid of the Qatar Foundation. Reply back for more information and claims.

Beantworten: qatarfunds@163.com

Yours sincerely,
Qatar Foundation

Itulah yang dia tulis. Saya tak pasti sebab saya student Cairo je. Tapi bila saya search tntang Qatar Foundation ni memang ada dan wujud. Ada sapa2 boleh explain tak?

This comment has been removed by a blog administrator.