Kembali Ke Pangkuan NUFFNANG Ku Sayang

Selepas 7 bulan blog ini remove iklan Nuffnang, baru-baru ini aku telah menampal kembali kod iklan Nuffnang di dalam blog ini (blog Yumida). Hari tu, aku bilang nak tukar angin, nak test market iklan lain dulu, yakni iklan Innity. So far, bagi aku iklan Innity antara yang terbaik berbanding pengiklanan lain. Tu bagi pengalaman aku la.

Dulu remove iklan Nuffnang, sebab Nuffnang bagi aku status non-glitterati. Pasal aku curang dengan dia, letak iklan Innity. So, aku pun merajuk la. Merajuk kejap. Sekarang aku tengok, tak ada dah erk ‘status glitterati’ kat status akaun Nuffnang kita tu. Perasan tak? Ada check?

Bermula Februari 2016 ni, aku pun nekad letak balik Nuffnang dalam blog ni. Mesti CPUV korang dah berderet-deret ni. Mudah-mudahan menjana hasil lumayan.

kempen cpuv nuffnang, cpuv, income nuffnang, innity, google adsense, geniee ssp, komli, glitterati
Nuffnang

Blog baru aku pasang iklan Nuffnang + Google Adsense. Blog Yumida ni aku pasang Nuffnang + Innity. Mengetest market lagi. Hakhak.. Harap takmo la merajuk lagi. Entry ni, entry terakhir aku tulis last beriklan dengan Nuffnang tahun lepas: Pengalaman Bersama Nuffnang: 2 Tahun Cashout RM4,287.38.

Tahun 2016 ni, moga lebih banyak rezeki masuk. Moga rezeki diri ini dan rakan blogger semua diberikan rezeki yang melimpah ruah. Happy berblogging ya…

Jom jana income dengan berblog:

8 comments

saya still xdpt nak buka website nuffnang

wah x perasan pula pasal status tu..jap nak check

untung lah.. kita pun ada problem denga nuffnang skrg...huhu

saya dah 3 thun dgn nuffnang..rm50 pun x sampai lg..huhu

alolo. selamat kembali dengan nuffnang yumida :)


EmoticonEmoticon