Isteri Separuh Masa Episod Akhir

Drama Isteri Separuh Masa Episod Akhir | Episod 13
Medina Izwani (Emma Maembong) dipukul hingga pengsan oleh Zafril (Syafiq Kyle). Medina kemudiannya dikurung di sebuah rumah kosong. Alangkah terkejutnya Medina bila mendapati kaki dan tangannya sudah terikat pada kerusi. Ketika itu juga, rakan karibnya (Lia Natalia) menangis teresak-esak. Dia turut menjadi mangsa penculikan Zafril.

Medina merayu pada Zafril agar melepaskan dirinya dan juga sahabatnya, namun rayuannya tidak diendahkan ZafrilZafril ingin membalas dendam atas kematian abangnya, Megat (Erwin Dawson). Sekaligus menjadi penyebab kematian ibu dan ayahnya. Kerana itu, Zafril merencana rancangan jahatnya, ingin membuatkan hidup Medina terseksa!

Medina begitu terkejut mendengar kenyataan Zafril. Tidak dia menduga, lelaki jahat dihadapannya adalah adik kepada bekas rakan sekolahnya, Megat. Malah suatu ketika dahulu, Medina juga pernah menaruh hati pada Megat. Namun jodoh mereka tiada apabila keluarga menyatukan Medina bersama abang angkatnya, Nazrin Shah (Aiman Hakim Ridza).

Ketika Zafril ingin membawa Medina keluar dari rumah itu, Zafril telah dikepung oleh pihak polis. Penculikan Zafril tumpas! Medina dan sahabatnya berjaya diselamatkan. Malah suaminya juga berjaya menjejak keberadaan Medina sekaligus menyelamatkan keadaan. Medina menangis teresak-esak dalam dakapan suaminya.

Menurut pihak polis, Zafril telah lama menghadapi masalah psikologi. Dia merupakan pesakit mental di rumah sakit jiwa. Akibat tertekan kehilangan orang tuanya dan juga abangnya, Zafril menyalahkan Medina. Lalu mencetuskan dendam membara dalam dirinya. Mujur Medina terselamat dari ancaman bahaya.

Ibu mertua (Sharifah Shahora), bapa mertua (Mahmud Ali Bashar) dan juga neneknya (Normah Damanhuri) begitu gembira melihat kepulangan Medina dengan selamat. Malah mereka sekeluarga begitu teruja mendengar berita kehamilan Medina. Ini bermakna mereka bakal menjadi nenek!

Ketika membeli barangan bayi di kedai, Medina dan suaminya terserempak dengan Zita (Ayda Jebat). Zita merupakan bekas kekasih hati Nazrin. Pertemuan yang agak janggal. Zita memperkenalkan teman lelakinya kepada Medina dan Nazrin. Medina menyambutnya dengan ramah. Kini, Zita telah berubah. Medina gembira melihat perubahan Zita.

Medina sibuk menjalani urusan di kampus. Hinggalah menjelang hari peperiksaan. Malah kini dia bahagia bersama anak dan suaminya. Majlis konvokesyen Medina berlangsung dengan meriah. Nazrin membawa sejambak bunga lantas memberikan buat isterinya, tanda cintanya yang tak berbelah bahagi buat isterinya, Medina. Tamat!

Pelakon yang menjayakan drama Isteri Separuh Masa hingga episod akhir
Emma Maembong – Medina Izwani
 Aiman Hakim Ridza – Nazrin Shah
Normah Damanhuri
Mahmud Ali Bashar
Sharifah Shahora
Lia Natalia
Ziha AF
Natasha Elyzza
Nadia Shahera
Shafiq Kyle- Zafril
Erwin Shah Dawson - Megat
Mama Shida

Gambar Drama Isteri Separuh Masa
Isteri Separuh Masa episod akhir episod 13, sinopsis episod terakhir Isteri Separuh Masa, gambar, pelakon, pengajaran drama Isteri Separuh Masa episod akhir, last episode, ending Isteri Separuh Masa, episod kemuncak
Isteri Separuh Masa episod akhir telahpun disiarkan pada 8 Jun 2015

Info menarik pasal drama ni. Terjah:

1 comments so far


EmoticonEmoticon